Wednesday, October 19, 2011

Petang rabu yg mengusik jiwa

assalamualaikum !


Tiap kali hujan lebat pada petang rabu aku jadi terusik jiwa . tiap kali pandang titis hujan yg lebat , aku akan ingat laut . dan tentu sekali aku akan ingat abah . arwah abah yang tercinta . satu-satunya lelaki dalam hidup aku yg paling aku cintai . tapi sayang , aku hanya sempat merasa kasih sayangnya selama 9 tahun .

Aku imbau kenangan lalu yg tak penah luput dri ingatan walaupun masa tu aku baru darjah 3. Insan sekecil aku juga tawu erti kehilangan org tersayang . aku bukan imbau kerna sedih, bukan kerna aku nak meratapi pemergian abah yg dah berbelas tahun berlalu . tapi kerna aku rindu . rindu nak menyebut nama abah. Rindu nak menyebut perkataan ‘abah’ . rindu nak dengar pujukan abah. Rindu nak tolong cabut rambut abah yg dah beruban . rindu nak minum air kotak yg dapat free kat skolah sama-sama dgn abah . kesimpulannya aku rindu . aku tak pernah jemu ulang kisah dengan abah. Kerna itu semangat buat aku .


Aku masih ingat

Rabu itu hujan lebat hingga ke lewat petang

Aku hanya mampu berdiri di jendela

Menunggu saat abah pulang

Dari zohor ke asar, dari asar ke maghrib

Tapi kelibat abah tak jugak datang

Abah tak pernah lewat sebegini

Keramahan dan sikap baik hati abah

Buat semua orang sgt sayang dan ingat akannya

Petang tu, ramai yg digerakkan hati mereka oleh Allah

Untuk mencari abah

Motor abah masih elok parking di jeti

Mereka turun ke laut mencari kelibat abah

Namun yang dijumpai hanya sampan abah

Yang penuh dengan ikan dan udang

Pasti buat keluarga tersayang bukan

Tiba malam semuanya tak tertahan menunggu polis esok pagi

Lalu 2 sampan turun lagi ke laut tengah malam mencari abah

Mereka hampir saja putus asa untuk pulang

Tpi Allah itu Maha Mengasihi

Dia telah tunjukkan kelibat abah terapung

29 -9-1999…

Aku bgun , pg itu aku bingung perlu ke skola atau tidak

Yg aku tawu, mereka tlah jumpa abah mlm semalam, dan abah di hospital skrang

Tpi aku tak tawu rupanya mereka hanya jumpa jasad abah yg suda tak bernafas..

Sampainya jenazah abah di rumah ,

Mana tertahan air mata melihat jasad abah terbujur kaku

Biar rakan-rakan gelakkan aku menangis

Mereka xtawu erti kehilangan macam aku

Alhamdulillah, Ramai yg datang menziarah

Itu tandanya abah seorang yang disenangi semua.

Aku bangga jadi anak abah, anak seorang nelayan biasa..

Sekarang , aku redha dengan ketentuanNya

Terlalu banyak hikmah disebalik setiap kejadian itu

Semoga abah aman di alam sana insyaAllah

Anak-anak abah sentiasa mendoakannya..

Al-Fatihah buat abah..



2 comments:

ahmad said...

hehe saya sempat rasa smpai 12taun .. lbih skit la :)

saRa k3c!k said...

salam ahmad..:)
bertuah laaa awk..tpi sikit ke byk ke mesti tak terhitung jgak kasih stg yg kita dpt tu kan...sama2 kita doakan ntuk mereka kat sana yee..insyaAllah