Thursday, October 15, 2015

Walnut Cookies untuk si manja !


Semalam si Manja Azra Zahirah request cake. Tapi sebab achu kurang rajin , cookies saja yang jadi. ok lah tu.



So, sebab ada yang bertanya resepi , senang nya aku share saja di sini. Asal resepi lupa dah amik kat mana. Simple dan sedap. Just do it :)

Bahan - bahan :

2  1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang (kalau nak manis lagi bole tambah gula castor juga)
250g butter
1/2 cawan serbuk koko ( tanak pon takpa. Ikot citarasa korang)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1-2 cawan choclate chip 

*choclate chip ni ikot citarasa okay. Nak letak apa dan banyak mana. Aku letak walnut & hazelnut. Menghabiskan apa saja bahan yang ada di rumah :)


Cara-cara :

- Ayak kan tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul rata.
- Masukkan baking powder dan soda dalam tepung yang telah diayak tadi, ketepikan.
- Pukul butter dan gula perang sampai creamy, kemudian masukkan telur dan esen vanilla. 
- Pukul lagi sampai sebati, sampai puas hati . Dalam 3-4 minit okay dah :)
- Kemudian, masukkan tepung sikit demi sikit dalam adunan tadi , Pukul sebati.
- Last, masukkan chocolate chip atau apa saja yang korang guna. Kacau rata.

Ok, adunan memang akan lembik sikit, jangan risau k. Tu baru jadi. Hasil dia nati jadi halus dan rapuh. Make sure masukkan tepung sikit-sikit, tengok adunan macam mana ok. 

Next, pre heat oven dalam 10 minit dengan suhu 170 celcius. Sementara tunggu oven panas tu letak adunan dalam peti sejuk. 


Dah ready tepek je macam ni. Aku saja letak badam atas tu.



Bakar. Dalam 15-20 minit . 


dan ini hasilnya :) . Biar rupa tak cantik mana tapi sedap!


Moga bermanfaat :)