Wednesday, November 22, 2017

Japanese Cotton Cheesecake

Assalamualaikum..hai kome :)

sebetulnya aku bukanlah orang yang selayaknya nak update resepi bagai ni. tapi apa salahnya kan . memandangkan haritu time rajin membaking  pakat dok mintak resepi, dan memandangkan blog ni pon lama tak bercerita..so, share sinilah . :)



terliur tak ? haha.. saja up gamba dulu. Act ni kek pertama kali buat.

Allright. 

Bahan-bahan :
[A]
220 g cream cheese (resepi asal guna 250g)
50 g butter
100ml freshmilk
5 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
60 g tepung kek superfine
20g tepung jagung
garam secubit

[B]
140g gula
5 biji telur putih 
3/4 sdk jus lemon *tanak letak dah pon takpe
1/4 sdk tartar

JOm masak!
1- cairkan cream cheese dan butter dan susu dengan teknih double bloiler. Kemudian sejukkan.
2- Pukul kuning telur, then masukkan dalam adunan cream cheese tadi, kacau sebati.
3- Ayakkan tepung, masukkan dalam adunan tadi sikit demi sikit, kacau sebati. Pastu masukkan garam , jus lemon, kacau sebati, ketepikan jap.Siap bahan A.
4- Now kita nak buat meringue. So pukul putih telur sampai buih, then tambah tartar, masukkan gula sikit2, pukul lagi sampai bertanduk n bila korang tebalikkan bekas tu dia tak jatuh. ha jadi dah la tu. nak buat ni make sure telur putih takde campur sikit pon dgn telur merah eh. kang tak jadi la tanduk tu. tapi jgn terlalu lama sgt pulak pukul. OK .Setel bahan B.
5- Next campur adunan bahan A dan bahan B tadi. kaup balik rata sampai sebati.
6- Tuang dalam loyang.Upss, sebelum tu griskan bawah loyang, bawah dan tepi salut dgn kertas baking supaya nati kek dah masak senang dan angkat bawa keluar. Kalau takde ketas baking boleh je guna kertas A4 putih n griskan dgn butter.pon boleh.
7- Bakar 170C , 1 jam. jgn lupa panaskan dulu oven sebelum tu dlm 10 minit. 

OK Setel . Selamat Mencuba:)

Sebenarnya resepi ni ada yang aku dah olah sesikit ikot citarasa aku dan orang2 di sekeliling. nak cheese lebih la. cheese kurangkan sikit lah. macam2 lah depa. tapi takpa, cooking is the way to love others :) . haha. so, pengalaman aku bila kita kurangkan cheese tapi bahan lain sama, teksturnya akan jadi ala-ala span. lagi2 kalau kita makan panas2. mak aku suka camtu. sebab dia tak makan cheese2 bagai ni tapi bila cheese dia kurang dan jadi ala-ala kek span dia suka pulak. haha. tapi biasanya kita nak tekstur dia gebu, padat. so biasanya lepas masak masukkan dulu dalam peti ais. aku biasa masak malam, then esok baru makan. semalam la sejukkan. korang akan nmpk beza tekstur dia dgn baru2 lepas masak.




Once again, selamat mencuba guys !

eh. thanks jengah baca :)





Thursday, November 16, 2017

Masa

Assalamualaikum..

Lama rupanya masa yg aku ambik untuk  update semuanya.
Tapi tetap bukan semuanya. Bukan cara aku cerita semuanya di sini.
Yg biasa menjengah ke sini sedari dulu pasti tahu
Update ini sekadar melepas rindu sang jari yg dah lama tak menari di keyboard :)

Dalam tempoh masa ni byk yg berlaku
Yg gembira.yg sedih. Pertambahan dan kehilangan.
Alhamdulillah aku senyum gembira dengan pertambahan
Tapi aku jadi sangat rindu dgn kehilangan
Tapi tetap Redha dan ikhlas dalam melepaskan
Kerna dia disayangi Tuhan 

Okay.tutup yg sendu
Ntuk diri  sendiri ?
Good job ntuk diri.tahniah ntuk diri
Ntuk tiap improvement
Inshaallah semuanya baik-baik saja
Baik kerja, keluarga dan personal.


So, good job Sara! Well done!
 Tahniah sempat curi masa di waktu pg ntuk update blog.haha...
Nasib ada yg kasi jelajah iPad. So jgn persia peluang depan mata
Makanya laju la update . Sbb aku tau ada yg rindu dgn blog ini.Tq :)

Okbaiiiii....

Wednesday, May 17, 2017

GUNUNG SEMANGGOL - AIR TERJUN PECAH BATU

Assalamualaikum kome!

alahai. lamanya tak menulis. habis hilang skill mengarang semua :P  takde lah nak mengarang mana sangat . just nk share hiking bebaru ni dgn officemate. Kami gi gunung semanggol, perak .

Nice. View cantik. atas tu sejuk. gila ramai. cuma kami tak dapatlah  view awan carpet sbb sampai atas pon dah pkul 9. tapi still sejuk bekabus sbb subuh tu hujan . Bila sampai atas puncak tgok 80% semua adik2 jee.. dari rombongan adik2 tadika, skolah rendah, skolah rendah, geng2 baru habis blajar. geng2 ipt... yang golongan cem kitorang ni atau pakcik makcik sikit sgt lah . tapi takpe lah nasib baik kitorang pon muda lagi memasing . eh. 

tapi serius ramai betul bebudak kecik. lajuuu plak tu dorang naik turun. kebanyakannya memang org kampung situ. bila tanya, " berapa kali dah naik ni dik? " " masuk ni 8 kali dah kak" ohhhhh....padan lah laju. ok bai. paling kecik aku jumpak umur 5 tahun. perempuan. pon kemain. masa selisih tu dah nak sampi puncak. aku dah nk turun. masa tu tgok stamina adik tu macam xde apa. macam baru start hiking. maknye yang termengah2..haha.. 

trek gunung semanggol ? agak mencanak naik.  gunung ni tak tinggi mana. 390 m. tapi boleh tahan penat sbb banyak mendaki. tapi so far ok. niceee... kalau korang laju, bole buat tak smpai sejam. haritu kitorang santai2..banyak benti. so dalam 2 jam jugak... trek dia jgn risau dah ada tanda. and korang mesti akan jumpa selisih ramai yang naik turun. tapi walaupun dah ramai yang mula naik gunung semanggol ni , khazanah hutan ni masih bersih terjaga. trek tak teruk lagi. 

Nak repeat ? Mesti . sbb nak cuba buat tak sampai 2 jam. Insha allah . 

Jom layan gamba. 






ini tgh otw lagi. akan jumpa satu kawasan lapang. 
dari sini boleh nampak view cantik jgak. ni orang panggil bukit botak.

memang ini je port yang tinggal ntuk kitorang lepak makan nasi lemak kat atas puncak tu. 
hujung2 je. lain penuh.haha..

sia -sia bakar lemak 2 jam. haha.

puas hati :)

Kitorang cam biasa, turun hiking akan cari port mandi air terjun. so alang-alang kat semanggol, 
naik lajak atas sikit ke trong. Air terjun pecah batu . Bukan kawasan peranginan ke reakreasi ke apa. 
dia kampung-kampung je. bebudak yang mai mandi situ pon banyak org kampung situ je. 
Best. Tak tercemar. Air gila sejuk. 





muka aku nampak sangat aku penakut nak selam dalam air sebenarnya. 
tangan menggagau cari tgn orang nak pegang. hahaha. aish. terok.


bakar-bakar sikit. makan. mandi. balik. habis sehari. esok sambung kerja dgn kaki sakit.hahaha.. padan la sapa suh pegi hiking time cuti sehari tgh2 weekdays. dah la kerja nak hadap naik turun tangga. urghh..