Tuesday, January 13, 2015

MISI BANTUAN BANJIR KUALA KRAI

Asslamualaikum semua :)


Insha allah  saya dan rakan-rakan office dari Shazril Khairy Mustafa & Associates (SKM GROUP) dengan kerjasama PGSM UTARA (Persatuan Peguam Syarie Malaysia) ada anjurkan Misi Bantuan Banjir Kelantan . Insha allah Rombongan Misi bantuan akan bertolak dari Pulau Pinang pada 30hb Januari ini ke Kampung Ngangoh Kuala Krai , Kelantan. 


Berikut adalah antara senarai barang-barang yang diperlukan. Maklumat dari keluarga rakan di kampung tersebut mereka sememangnya memerlukan sumbangan wang tunai bagi membeli barangan keperluan rumah. Dan diharapkan kita kecualikan sumbangan dari bentuk pakaian dan beras kerana dah terlalu banyak. Beras terlalu banyak tapi alatan memasak tiada. Untuk membawa segala barangan alatan rumah dari Penang ke Kelantan juga mungkin mengalami sedikit kekangan jadi kita  lebih cadangkan untuk kita mengumpul dana dan diserahkan pada mangsa banjir untuk membeli barangan yang diperlukan. 

Selain di dalam senarai di atas, Antara barangan yang masih diperlukan adalah persalinan solat seperti sejadah, kain telekung, kain batik dan kain pelekat.

Kami ada beberapa tempat pengumpulan barang-barang sumbangan :
1) Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Bertam, Kepala Batas, Penang
2)Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Anak Bukit, Kedah
3)Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Kulim, Kedah
4)Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Sungai Petani, Kedah
5) Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Balik Pulau, Penang
6) Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Parit Buntar, Perak

Pada yang berdekatan dengan mana-mana pusat pengumpulan barang boleh ke sana. 
Untuk sumbangan wang tunai boleh salurkan ke Akaun Maybank 157410158626 atas nama Siti Sarah Bt Basri. 

Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi Encik Shazril Khairy Mustafa di talian 012-4394730 atau saya sendiri untuk di kawasan sekitar Parit Buntar-Nibong Tebal , Siti Sarah Basri di talian 017-2182862. 

Jika ada sumbangan wang tunai diharapkan agar maklum pada saya sama ada melalui call/mesej/whatsapp.

Insha allah setiap sumbangan dari kita adalah ibadah dan tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T. Semoga usaha kecil kita ini dapat membantu meringakan beban saudara-saudara kita di sana. Doakan misi kami berjalan lancar. Terima Kasih semua :) Jazakallah.

Wednesday, January 7, 2015

#quotes

sometimes..
when words are too loud
silent is the cure
lets forgive and forget!


peace :)

Monday, January 5, 2015

Pengajaran

Assalamualaikum. hye semua!


Dalam hidup ni dah tentunya macam-macam dah yang jadi, yang tiap orang lalui. Pahit , manis, sakit hati, marah. Tapi sayangnya tak semua orang lihat sesuatu perkara yang jadi tu sebagai ujian dan tak ambik hikmah yang muncul di sebalik tu. Senang cite tak ambik pengajaran lah kan.


Kenapa lah kan. Lain kali apa je yang jadi yang buat kauorang rasa fed up ke apa, take noted. ambik pengajaran. Supaya next time kalau bnda yang lebih kurang came up tetiba kauorang akan beringat. Tak gitu? Kalau tak sampai bila-bila lah perkara yang berlaku dalam hidup ni xkan berubah. Duk lagu tuu jugaklah nampaknya. 


Kalau semalam jalan-jalan kat pantai selipar jepun putus. lain kali spare selipar dalam kereta. Supaya tak membazir duit beli banyak-banyak selipar time keluar padahal kat rumah banyak dah jugak selipar tu. aha. Contoh je lah .  Peace :)


So take note ya. Ambik pengajaran. Cedok hikmah kejadian. 

Saturday, January 3, 2015

DECISION!

Assalamualaikum. hye korang!


Pernah buat decision ? tak kisah la decisoan yang macam mana tapi mesti pernah kan. Aku dulu even masa zaman dah masuk kolej adalah seorang yang sangat tak suka buat sebarang keputusan . mesti kalau boleh tolak orang lain yang putuskan. atau akan ambik masa yang lama untuk berfikir. Jangan la suruh aku buat keputusan yang penting-penting dalam masa yang singkat . time tu tanya pastu  la-la tu jugak nak jawapan. Memang tak lah kan. 


Tapi bila dah makin dewasa , dah makin matang berfikir sikit, al maklum lah 2015 ni usia dah nak menginjak 25, cara berfikir pon dah lain. Kita tawu nak tak nak kena buat keputusan. Dari hal kecik sampai lah hal paling besar dalam hidup. Macam kita drive keta jugak lah , sampai simpang kau kena decide nak ke-kiri or kanan . Kalau lambat fikir alamat kena hon panjang lah dengan orang belakang kan.  Tak gitu? 


Alhamdulillah, bidang kerja aku sekarang pon memerlukan aku sentiasa tawu untuk putuskan sesuatu perkara tu dengan baik . Bayangkan lah kalau client datang mintak nasihat then tanya apa options yang dia ada dan apa yang terbaik untuk dia pilih. Haa..kau bukan setakat buat pilihan untuk diri sendiri tapi cadangkan pilihan yang terbaik untuk kehidupan orang lain. Itu sebab pentingnya buat keputusan . Tapi nak buat sesuatu keputusan tu jugak haruslah ada ilmu pengetahuan , bersesuaian dengan satu-satu keadaan kan. Jangan main hentam keromo saja. Hehe..


Ok-lah . Aku saja tetiba rasa nak coret pasal buat keputusan petang ni. Sebab tengah baca Contengan Jalanan karya Hlovate, then tertarik dengan frasa "the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th".


Diri nak jadi apa pon kena decide jugak. Sebab nak masuk syurga neraka tu bukan ditentukan berdasarkan amal ibadah orang lain, tapi diri kita sendiri. Jadi buat lah keputusan yang baik-baik untuk dapat yang baik-baik :) . Sebelum masuk mode tazkirah yang lagi panjang, better aku stop kat sni saja. 

ok then. million trimas singgah page aku. Jumpa lagi!

Thursday, January 1, 2015

thank you 2014 , assalamualaikum 2015!

assalamulaikum korang!


Happy new year! Selamat Tahun Baru semua! 

harini adalah muka surat pertama kisah kita dari 365 muka surat "tahun baru". Kisahnya kita juga yang karang. Jadi tulislah yang manis-manis, cantik-cantik, indah-indah belaka ya!

Sebelum lakar kisah permulaan 2015, jom throwback kisah 2014 . 2014 yang warna-warni. Terima kasih Tuhan atas segala nikmatMu selama hari ini. Alhamdulillah beberapa target tercapai untuk 2014 :)


penghujung 2013 complete as a dgree student . Alhamdulillah, ogos 2014 selamat bergraduasi .


Thank You mother sentiasa ada untuk raikan setiap kejayaan anak-anak. 





and.. thanks a  lot bff, sentiasa ada memberi semangat walau apa keadaan kita sekalipun . jarak bukan halangan bersahabat :)

............................................................................................................

Penghujung November 2014 , alhamdulillah bersama 6 rakan seperjuangan sefirma berjaya dalam interview Peguam Syarie Negeri Kelantan. Satu langkah untuk perjuangan seterusnya sebagai Peguam Syarie ! 





Terima kasih SKM Group terutama Shazril Khairy Mustafa & Associates!
SKM GROUP 2015 terus maju !!!


..................................................................................

dan target untuk sambung diploma lepasan ijazah di UKM tercapai jua ! 
Alhamdulillah . Terima kasih ya Rabb .
satu semester dah habis dengan baik insha allah.


Maka, tamat jua kisah 2014.

Assalamualaikum tahun baru, 2015 :)

Semoga ketabahan, ketenangan dan kejayaan sentiasa mengiringi kita semua. Semoga setiap apa yang dilakukan mendapat keberkatan Allah S.W.T hendaknya. 

Happy New Year everybody !!!