Saturday, December 31, 2011

2011 melabuh tirai

assalamualaikum !

tahun 2011 dah nak menutup tirai nampaknya . terfikir-fikir balik , apa je yg aku dah pertingkatkan ntuk diri sendiri sepanjang tahun 2011 ni? apa yg aku dah pertingkatkan ntuk keluargaku , islamku ? alhamdulillah , ada yg aku pertingkatkan dalam diam . tak perlulah rasanya kita hebah-hebahkan . silap bicara, yang baik bertukar dosa .


semoga segala yg dilalui sepanjang tahun ini menjadi kenangan dan pengajaran buat diri kita . kekalkan kebaikan , tingkatkan keimanan , tinggalkan kemungkaran :) sama-samalah kita berusaha ke arah yg lebih baik insyaAllah .

selamat tinggal kak wardina dan abby fana ..

assalamualaikum !

harini last day kak wardina kita bersiaran kat MHI... bukan wardina je yg tinggalkan mhi , abby fana pon sama. selamat tinggal..selamat berjaya dalam apa jua yg dilakukan.. chewahh. achu wish mcm dorang dgar je kan.mcm dorang kenal je.tape, sbb achu suka tgok dorang dua. best.lepas ni mesti rindu nak tgok dorang bersiaran kat MHI pagi2 tuu. sobsobsob..

untuk sapa2 yang terlepas MHI pagi tadi bole la play kat bawah ni.. bingkisan dan kenangan :)


(^_^)

Wednesday, December 28, 2011

aku pilih permata akhirnya...

assalamualaikum...!


Hari ini aku tawu beza antara kaca dan permata

Yang mana tahan lama disimpan, yang mana berisiko pecah dahulu

Yaaa..aku perlu bangun dari mimpi ini

Mimpi yang aku cipta seorang diri tanpa sedar tiada siapa yang menyambutnya

Alhamdulillah… ada yang menepuk bahu sedarkan aku

Rupanya ini hanya satu ujian kecil titipan dari Yang Agung

Titipan rasa sayangnya untukku

Memberi aku rasa fitrah itu

Dan memberi jua aku rasa natijahnya

Yang mana akhirnya aku tersedar kenapa selama ini Dia jauhkan aku dari semua ini

Sbb Dia sayangkan aku

Terima kasih Tuhan, kerna memberi rasa nikmat cintaMu , kerna menjadi kekasih yang Satu

Sesungguhnya aku amat yakin dengan janji Allah..subhanallah

Allah yubarik fik…

Wida’ yaa rafik…


(^_^)

Tuesday, December 27, 2011

water confident and basic swimming

assalamualaikum !

ada cerita baru ni. tapi baru x baru sgt laa.lama sikit. sebelum balik cti haritu, achu n kawan2 ko-k kembara reakreasi ada praktikal skit. kali ni aktiviti yg melibatkan air. aha , kami kena buat water confident n apungan. belajar berenang.. kat mana? tasik kolej kami laaa kan. hehe. mulanya memang masing2 takut. especially yg berkaum hawa lah kan..riuh rendah jugak lah sementara nak ke tengah tasik tu. mcm-mcm kerenah. ada yg tanya coach balik, kenapa saya hanyut ni coach? hahahaha.lawak gila. yg dah nak pengsan dalam air pon ada. yg berenang smbil nanges pon ada.hehe. tapi bila once dah turun tasik, badan dah terapung, da bole berenang..wahhh siyes best gila ahh.

masa turn achu neves jugak. 1st wat terapung terlentang , 2nd baru terapung dlm keadaan meniarap. masa 1st tu rasa mcm hanyut jeee, padahal x begerak pon weh.hehe. rasa macam dah jauh ke tengah , padahal dekat tett je aku berenang.caitt. bila dah balajar, bagi achu berenang meniarap lagi senang dari telentang.huhu. tpi kena blajar lagi, ni baru permulaannya..so, thanks a lot ntuk suma coach kami yg sabar melayan kerenah kami.haha. jommm kita layan gamba.

ape pon sebelum start kenalah baca doa dulu kan..moga diberkati dan dimudahkan semuanya.

masing2 sibuk amek baju keselamatan pakai.

dengar dulu taklimat coach. apa-apa jadi susah nati kang.hehe

tasik lengang.aman damai sebelum semua peserta ko-k turun

readyyyy...

ready ntuk apungan cara pertama..baringkan diri anda . hehe

step by step..best2

haaa..kan dah beterabur tu dalam tasik.hehe

mereka pon sama hebattt


kesimpulannya , memang best. lagi-lagi time buat bulatan kat tengah-tengah tasik. bulatan dalam keadaan terapung secara baring..best.aman jee rasa. sempat jawab azan asar tengah2 tasik masa tu. pengalaman best. tak sabar ntuk next praktikal. :)



daa korang . thanks baca (^_^)




Monday, December 26, 2011

a week !

assalamualaikum !

yeap. lamanya lah xmencoret lepaskan keluh kesah kat sini. hehe . rindu uhh . skang da mncul balik. sekadar menitipkan kenangan ntuk ms akn dtg :) . so, mggu ni kkolej cti seminggu . cuti mid sem . seminggu ni rest lah sikit . tpi x berapa nk rest sgt lah . cuma rest dri bejalan ke kelas. seminggu ni kena lah pndai susun jadual sbb naik je cuti bertimbun - timbun macam bukit tambun segala assgment nak hanta , presentation , soalan tutuorial lagik n mid term of course lahh kan. so, stdy je lahh. ini pon achu nak g stdy . sbb hujng2 cuti mau jalan.so kna stdy awal2.hehe. okei , tu je cerita ntuk seminggu ini. daaa



p/s : balik je umah baru 1st day cuti , pg2 da melecur tgn . minyak panas dapur ni da rindu tgn aku gamaknya.hahaks

Tuesday, December 13, 2011

5 Blog Pilihanku 2011



assalamualaikum !



masa untuk mencari lebih kenalan da tiba ... disebabkan da lama x masuk segmen BA, tetiba hari bekesempatan beberapa minit sebelum g klas pkul 2, hupdate la kejap kan. dan dsebabkan jugak skrang da ujung taun so segmen kali ni mmg sgt lahh sesuai kan..

jom kita tgok sapa yg kena... 5 blog pilihan achu 2011...jeng..jeng..jeng..


1.http://www.lyssasecret.com

menjadi pilihan hati num satu sbb banyak sgt manfaat lagi-lagi bkaitan blog yg kita bole blaja dri cik lysaa kita ni. thanks la bebanyak lysaa comel yee :)


2. http://islami98.blogspot.com/

menjadi pilihan hati sbb mmg suka lah baca entry2 kat blog adik iffah ni. sejuk hati , byk motivasi diri :)

3.http://www.dezamancottage.com/

ohhh..kalo td blog iffah byk motivasi dri. blog abg man ni plak kalo pape news yg HOT dia cepaatttt jee update. haruslah suma org suka kan. hehe

4.http://pilhanhati.blogspot.com/

aha, sesuai lah sgt kan blog ni jadi pilihan hati 2o11. tgoklah url blog die.hehe. entry kt sini pon bagus2..

5.http://ummualfateh.blogspot.com/

haruslah ada blog kakak seniri tersenarai dlm pilihan hati kan. walaupun dia kadang2 jarang hupdate, tpi bole jgak terjah blog dia melepas rindu bila lama x jumpak.hehe..


haaa, sapa plak blog pilihan korang ntuk 2011 ni? jom sama2 kita pilih.hehe

antara shoutmix dan chat box

assalamualaikum !

haii korang.. dah tawu dah berita HOT pasal shout mix? alah, mesti dah punya kan. pasal shoutmix dah tak free start taun depan. chewahh cakap taun depan mcm lmbat lagi je kan..start 2012 la senang cite. da banyak blogger cite sal bnda ni. masa achu baca sal bnda ni kat satu blog kawan achu ni nuyui , tetiba konpius, eh mana satu shoutmix ha? mana satu plak chatbox? sbb ramai blogger dok ckp pasni kita guna chatbox je sbb free. terus jee geledah blog seniri check balik aku punya shoutmix ke chatbox. haha. sengal btol bole lupa tetiba.

....

bila da check, oh lega. i guna chatbox je rupanya selama ni. wakaka... jadi xyah la risau nak berubah angin ke berubah hati ke kann. hehe. pada yg guna shoutmix, alert yaaa.. tpi kalo korang nak teruskan on jeee..:)

....

oke, sapa konpius jugak tetiba mcm achu? ni gamba shoutmix dan chatbox yee.



ini yg tak kena bayar tu... chatbox ! hehe



ini yg dah nak kena bayar tu.. shout mix ! heh. credit ti nuyui comel ntuk gamba ini :) pada sape yg nak baca lebih lanjut sal shoutmix ni leh la gi blog cik nuyui ni sbb dia pon guna shoutmix. taww..


ok, daaa (^_^)

Saturday, December 10, 2011

incik peguam da jumpa client..

Assalamualaikum !


Haii korang . sihat ? Alhamdulillah semua sihat yee. x yah g klinik bagai. Aha, bila cakap sal klinik ni, ingat tak entry before this ada achu share pasal Klinik Guaman Syarie yg achu n kawan2 nak buat last Wednesday ? Alhamdulillah , semuanya dah pon selesai. Bejalan lancar semua. Syukur sangat rasa. Para-para lawyer semua pon da jumpa client . boleh la tarik nafas lega . hehe. Semuanya client betol-betol taw. Kami tak tipu punya . ini serius . sebab lec nak kami praktis dari sekarang . Alhamdulillah , sikit sebanyak Klinik ni bagi pengalaman ntuk kami semua . Thanks Puan lecturer. Eheh :)

Jom tgok gamba-gamba sepanjang klinik guaman tu . tapi gamba client kena lah blur . rahsiakan identity . etika kena jaga kan. Ini sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat lain. insyaAllah..

banner :)

sesi bsama peguam dan kaunselor buat dlm kelas . jaga privasi client :)

perbincangan hangat para lawyer ...

khusyuk membelek enakmen sebentar..hehe

antara wajah para lawyer disegani..

aha , ni lec family law last sem. melawat klinik anak2 murid. menilik skill agaknya. hehe


antara senior yg dtg bagi sokongan dan tolong menghabiskan gula-gula :)



team cahaya Qaseh !!!

KAMI :)


tahniah dan terima kaseh ntuk semua sahabat yg da menjayakan klinik guaman ini ... ready ntuk debate pulak next week !!!

Thursday, December 8, 2011

life...

assalamualaikum !


life is too short..
grudges are a waste of perfect happiness
laugh when u can =>
apologizes when u should
and let go of what u can't change
love deeply and forgive quickly
take chance . give everything
and have no regrets..

life is too short..
to be unhappy :(
smile :) when u're sad
lovee what u had
always forgive . never forget
learn from ur mistake but never regret...



(^_^)

Wednesday, December 7, 2011

istilah - istilah pelik

assalamualaikum !

tibe malam ni rasa nak share perkataan - perkatan yg bukan dari bahasa malaysia asalnya ini.. ini belajar dlm undang2 jenayah . bila balik je kelas jenayah mesti rasa best , rasa semangat je nk buat nota sbb belajar jenayah mmg best dan yg penting tidak mengantuk atau menguap walau sekali yee dgar lawak sir farok . oouuhh . hehe .


aha , cuba kalian - kalian sebut tgok haa.. ACTUS NON FACTUM REUM NISI MENS REA .. ghaghagha..


ok.ok. yg tulisan kaler merah maksudnya . dari istilah tu kita pecahkan dua mcm kat bawah ni .

tak semua kesalahan jenayah diambil kira kedua2 faktor ntuk disabitkan suatu kesalahan . ada kesalahan yg xdiambil kira elemen mens rea , cntohnya kesalahan trafik . aha, dlm kesalahan trafik , cntoh pling senang langgar lampu merah la kan, dia xkira dah ko ada niat ke tak , ko sengaja ke tak , minda ko sedar ke tak , ko langgar je skali da tuduhan atas bahu beb. huhu.

mcm tu lah serba sedikit yee. sebenarnya ni nota achu. saja nak share kat sini :)

slamat belajar (^_^)

Sunday, December 4, 2011

kisah konvo ke 14


assalamualaikum !


konvo = bunga . sgt sinonim yaa :)


2 minggu suda belalu konvokesyen kuis kali ke-14 . bukan nya achu yg konvo pon kali ni. achu da konvo last year . lemaklah kan tetiap taun nak naik pentas salam ngan mb selangor. hehe. kali ni nak ikotkan ramai juga sahabat2 yg konvo tpi xsempat pon jumpak semua. xsempat nak raikan semua . pandang jee dari jauh.huhu.


untuk sahabat2 yg berkonvo , wahida , miji , kak dayah , kak hawa, beyonce ( tp xnmpk pon ) , nisa , dayah , izzati , najwa , dan semua2lah..tahniah yee korang .akhirnya berjaya !!!


konvo kali ni xsempat nak bejalan banyak2 sbb da melibatkan diri dgn ekstival konvo. jadi selalu berkejar - kejaran lah . bunga ntuk kak dayah, wahid n miji pon hari kejadian baru sbuk cari. seminit sebelum wahid kuar dewan baru terkocoh-kocoh cri bunga.hehe . program pon banyak , ada diana amir, catriona ross, ustaz ghazali , syarifah khasif , fatimah syarha dll . cuma gerai mgkin kurang meriah sbb da kurang dri taun lpas. ape pon ekstival da berjaya :)

jomm kita tengok sekilas pandang yee wajah2 insan berkonvo dan yg menyibuk konon konvo..


ini kak dayah wif her parents :) tahniah kak !

ini si tirmizi atau lebih dkenali dgn nama miji Qlate :) . tahniah beb !

dgn wahid xsempat nk begamba.huk.tp sempat kuar dinner reramai ngan family wahid n miji. wahid bertudung oren itu yaa :) tahniah wahid!

ana adik si wahida :)

kak ai akan jadi bertambah senget bila jumpa miji. hehe

kononlah kan konvo sama2. hahaks !

kak ai 2 darab 5 jaa ngan aku . berangan konvo .kui3




p/s : credit to wahid sbb tggalkan jubah dia ntuk kami sakan bergamba. haha..

Thursday, December 1, 2011

Klinik Guaman Syarie = Legal Aid Clinic

assalamualaikum !



haippp.. da lama xde cerita-cerita dongeng kat blog ni kan. agaknya ada tak yg rindu? hukhuk.. skrang da bole bermanja-manja dgn toshiba kesayangan sbb taaruf dan ekstival konvo suma da abes. alhamdulillah . tggal pogem kecik2 je akn menyusul. skrang rileks dulu. bole fokus pada study dan kelas dan kuliah dan keje skolah dan semestinya assgment lahh kan .


aha, bila sebut je assgment , actually yg banner kat atas tu pon salah satu my assgment lah. sem ni kami plajar tahun dua sarjana muda syariah dengan undang-undang kena buka satu klinik guaman syarie . ni ntuk subjek pentadbiran jenayah islam . meh nak story sikit , klinik ni dibuka ntuk sesiapa jeee. suma bole dtg. yg bukan plajar kolej ni pon on jee.asalkan masa klinik ni dibuka , hari rabu depan, 7 disember, pukul 11-12 tgahari , kalian dtg lah . mgkin sbelum ni ada yg bermasalah , nk cte malu. apa kata kalian dtg, jmpa kami dulu. insyaAllah akan ada pensyarah yg turut membantu .


kami mungkin bukanlah PEGUAM HEBAT, atau KAUNSELOR HEBAT tapii kami sedang praktis menuju ke arah itu :) . insyaAllah . kalau dtg sini, sedikit sebanyak kita bole konngsikan maklumat-maklumat berkaitan undang-undang.. mai laaaa.. mai laaa (^_^)


" masalah kesihatan jumpa doktor, masalah teknikal jumpa juruteknik, masalah undang-undang, jumpalah kami ... ingat , setiap sakit ada ubatnya, setiap masalah ada penyelesaiannya . itu JANJI ALLAH "


" LEGAL AID CLINIC "

HARI : RABU
TARIKH : 07 DISEMBER 2011
MASA : 11-12 TENGAHARI
TEMPAT : PERKARANGAN FAKULTI AKADEMI ISLAM ,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)