Assalamualaikum (^_^)
Rasulullah s.a.w bersabda , “ Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut pada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam”
“Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT , maka bercucuranlah air matanya”
Antara air mata yang tidak dituntut :
- · Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai.Bukankah Tuhan yang menentukannya?
- · Janganlah menangis tika menonton filem Hindustan apalagi korea. Bukankah itu Cuma lakonan?
- · Janganlah menangis kerna cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- · Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
- · Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
- · Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu pemberian Tuhan.
Maka simpanlah semua air mata itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment