Monday, February 27, 2012

ehem..ehem..jumpa lagi kita :)


Assalamualaikum (^_^)

Yeayyy...jumpa lagi. jumpa sape tuu ? nak tawu bacalah sampai titik terakhir entry.hehe


Harapan pertama on9 harini adalah untuk update blog berkaitan jadual finalku semester ni secepat yg mungkin , mungkin dalam masa 10 minit…atau 20 minit paling lama ( campur tolak usha2 fb lagi :P ). So, ceritaku harini semuanya pasal exam. Sbb harini, 27 februari 2012 , adalah hari pertama final exam . tapi aku punya paper start rabu ni, 29 februari 2012…ada lagi 2 hari . debar exam belum sampai kat lubuk hati aku. Tggulah selasa mlm mungkin, aku dah mula nak muntah, tak lalu makan mnum tapi tidur mesti lena sbb esoknya exam. Haha.

Jadual final exam kali ni mmg agak menyesakkan mindaku dan mensenakkan perutku yg agak sensitive macam aku ni. Sebab apakah? Korang tgoklah sendiri… gap exam kemain 3-4 hari, tpi sekali mai paper..tudiaaa bederet. Dah la sem ni suma subjek killer thriller. Menghafal je. Ouuuchh… sakit eden L


oh..x nmpak ye? meh nak terangkan.

29 - 02 -2012 : undang - undang keluarga 11

08 - 03 - 2012 : al-Maqasid al-Syariah

09 - 03 - 2012 : undang - undang pentadbiran jenayah islam

14 - 03 - 2012 : Itinbat al-ahkam wal ayat al-ahadith

15 - 03 - 2012 : undang-undang jenayah

16 - 03 - 2012 : Fiqh al-muamalat 11


Jadi dsebabkan jadual tu agak menakutkan aku , aku dah prepare dah. Bukan prepare nota, prepare jadual.hahaha. sebelum exam semangat gila aku buat jadual stdy kunun. Tpi aku rasa sepanjang stdy week itu hari takdelah ikot sgt.hehe…tapi kira oklah tu kan semangat kena ada taw..:)



So, kawan-kawan semua, adik abang kakak…wish me luck . doakan siti sarah basri kali ni lebih bersemangat menelaah pelajaran . ketepikan semua nafsu game, fb dan movie ( blog ?). kuat ingtan terhadap mak kat kampong dan segala ilmu di dada . moga dipermudahkan segalanya . aku nak naikkan lagi pointer ! aminnn J

p/s : rasanya aku dah ready kot nak final. Sebab semalam dah beli cococrunch untuk sarapan setiap pagi..hehe


Friday, February 24, 2012

Kiasan hati seorang teman

Assalamualaikum (^_^)



selamat pagi . good morning . apa khabar semua kawan2 dan pembaca? harini awal pagi aku bukak pntu blog.kenapa? sbb rasa hati x tenteram. blog kan salah satu tmpat dan salah satu cara menceriakan hidup, menghilangkan stress... :) jadi yg belum berblogging, cubalah . hehe


iye, mmg jarang sekali aku nak mencoret rasa hati kat laman ni. segan rasanya.bukanlah jenis aku nak berkongsi segalanya di sini. cuma kadang mungkin dah buntu , rasa perlu diluahkan tpi tatawu pada siapa nak berkongsi. jadi, inilah tempat terakhir aku , mungkin :)


entah kenapa seminggu ni aku jadi kusut, hati sntiasa x tenteram. cepat sgt sensitif, nak terasa hati dgn kawan sniri. rasa jeles ngan kwn sniri. dah jadi seorang yg lebih pendiam dri biasa. kurang bising dan kurang senyum . sampaikan kawanku nan seorang cakap , b'cakap ngan sara ni mcm cakap ngan robot.cam xde perasaan.huuu...

terus terang aku katakan, yeap, aku mmg sensitif orgnya.tapi tidaklah sampai nak sensitif xtentu pasal tak kira orang. cuma mungkin aku lbih cepat terasa hati dgn org yg paling rapat dgn aku. dan kalau boleh , biarlah aku terasa hati tanpa ada yg sedar. sbb mungkin lebih baik seorang yg terasa hati dari ramai yg terasa hati kan ? itu pendapat aku cuma...


Betullah,persahabatan umpama buku. Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang! ye, aku juga sedang menulis ttg persahabatan aku kira..



yang pastinya, aku sgt2 nak mintak maaf pada kawan yg seorang itu. banyak bersabar mungkin dgn perangai pelik aku seminggu ini.banyak rasanya salah aku pada dia. bagi aku, yang berlalu biarlah berlalu, tapi jgn terus biar sepi berlalu tanpa ada penjelasan untuk difahami. Maaf dari aku..hanya Tuhan yg tahu.aku sendiri bingung kenapa. rasa macam something wrong somewhere.kadang yang negatif saja terlintas di fikiran. satu family semua dah terbayang bayang..kadang rasa semacam ada yg buruk nak menimpa.tapi aku positifkan diri balik.hanya doa padaNya membantu saat ini.Yang membaca doakan aku juga yaa :)


mungkin juga kedatangan final yang makin menghimpit diri buat aku celaru. tapi semangat belajar aku jugak hilang . sedih saja yang selalu datang . namun aku gagahkan diri jugak menghadapi semua ini, hanya ujian kecil dariNya mungkin ,yang ingin menambah keimanan hambaNya...insyaAllah,ujian itulah yang membuat kita semakin kuat dan tabah jalani kehidupan kini...


cukuplah kiasan hati pagi ini.buat sahabat, maaf sebanyaknya. hanya satu , aku sayang ko macam dri aku sendiri..itu pasti :)



moga akan terlukis pelangi indah untuk hari ini dan seterusnya.insyaallah :)

Tuesday, February 21, 2012

syarat baru nak log in FB !

Assalamualaikum (^_^)

haaaa? apa pulak syarat baru nak log in facebook neh? nak log in pon kena ada syarat ke? ada jelah bnda baru kat facebook ni. haishh. kata hati dengan tak senang. belek punya belek..hehe.tawu apa syaratnya? syarat ni bermusim plak tu. dan untuk orang2 tertentu je taww. tgoklah sendiri gamba kat bawah ni..

:
:
:

ha.ha.ha.ha.ha.
sapa makan cabai, dia la yg terasa pedas kan.
tiba-tiba saya pon tersedar yang final exam dah dekat. next week.
ohhhh...tidak.

lepas ni lah cerita pasal jadual final exam this semester yg menyedihkan dan mengerikan.
bye blog. bye facebook . :(


Friday, February 17, 2012

Air mata kita yang mengalir...


Assalamualaikum (^_^)


Rasulullah s.a.w bersabda , “ Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut pada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam”


“Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT , maka bercucuranlah air matanya”


Antara air mata yang tidak dituntut :


  • · Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai.Bukankah Tuhan yang menentukannya?
  • · Janganlah menangis tika menonton filem Hindustan apalagi korea. Bukankah itu Cuma lakonan?
  • · Janganlah menangis kerna cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • · Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • · Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
  • · Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu pemberian Tuhan.

Maka simpanlah semua air mata itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT.


Saturday, February 11, 2012

Bila dah bangun pagi-pagi..

Assalamualaikum (^_^)


aha . haiii... selamat pagi yaaa semua . good morning kata mat salih . صباح الخير kata orang arab . da sarapan pagi dah semua ? harini bangun pukul berapa korang ? ishhh, banyak pulak soalnya kan. hehe. bukan apa, selalunya pagi2 weekend ni diri sendiri pun liat nak bangun awal . selalunya pagi sabtu bangun awal sbb nak kena terjun tasik kolej berkayak sbb ada ko-k. haha. this week ko-k cansel . yuhhhu :)


kena pulak semalam ada berita yang harini takde air dari 10 pg smpailah 10 pg esok. terus harini lepas subuh jeee semua jadi rajin terus mandi awal mengalahkan weekdays yang kelas pukul 8 pagi .haha..basuh baju siap . masak air untuk bekalan air masak sesiap . senang cerita semuanya berkaitan air lah kan . itulah sebabnya pagi2 aku pon dah tercongok bukak blog sana-sini sbb dah segar bugar mandi awal siap basuh baju . hehe. terus bukak blog BA , sbb kat blog BA kan banyak bloglist untuk diblogwalking . baca entry2 para blogger pasal knapa blog dorang lagi best dari ben ashaari . lawak jeee alasan-alasan mereka ini. nak layan blogwalking jugak? meh sini jommm..


1 - Blog - blog yang lagi - lagi best dari blog ben ashaari
2 - jelajah sini kot-kot ada blog korang kat senarai list ni
3 - mereka kata blog mereka unik dan lain dari yg lain


malas laaa nak blogwalking blog orang . bukan orang tu nak blogwalking blog aku balik pun . layan novel lagi best . ohhhh, nak layan novel yeee? jommm sini pulak..


1 - Cinta Kedah dan KL
2 - senarai cerpen



thanks untuk blog BA , adik hanna aleeya dan metro online yg mengisi kekosongan pagi aku harini. hehe

eh, sama pulak macam aku tgah beronline neh. wakaka..