Sunday, March 3, 2013

Tulusnya kasih mak..



Assalamualaikum pencinta belog (^_^)



Salam rindu untuk pembaca-pembaca yang rindukan entry  Put3ri Abah . dah lama menyepi . maafkan ana . J


Banyak sebenarnya kesah tapi tak terluah kat sini .simpan kejap dalam hati dan memori.Cuma tiba terasa nak mencoret kisah ibu . bila terkenang mak , jauh di sudut hati terasa tulusnya kasih seorang wanita yang namanya  mak..


Kalau nak kira tulusnya kasih mak..banyak sangat buktinya. Tak terhitung , tak terungkap tak berhenti jari menari di keyboard mungkin . cukuplah sekadar satu dua kisah yang nak aku share kan kat sini . kisah mak dan anak-anak bongsunya . kenapa anak-anak bongsu ? sebab satu kisah mak dan anak bongsu sebongsu bongsunya iaitu aku dan satu lagi kisah mak dan anak bongsu lelakinya iaitu abgku.


Satu hari, aku seharian sibuk menyepi depan Toshiba lovee menaip melihat mendengar mencari apa segala bagai di laptop kesayangan. Pagi-pagi mak menjenguk ke bilik, kata mak nak aku bawakan dia ziarah pak dan mak ngah di kampong sebelah . tapi mak sepertinya serba salah sebab tengok aku asyek dengan kerja sekolah kononnya. Tapi aku on jee kalau mak ajak jalan . apa lah sangat kerja sekolah tu nak banding dengan hajat mak tu kann..tiba petang, sedang asyek aku menaip, hidung semacam bau makanan sedapppp je . bila sedar dah asar, teringat janji dengan mak. Sebelum keluar., Sempat aku menjenguk ke dapur. Tiba datang mak , katanya “ ini mak buatkan adik maggi kari. Adik kan penat study”..aduhhh mak..dalam hati Allah saja yang tahu betapa terharunya aku dengan kasih mak yang satu ini..rasa berdosa sebab bukan setiap saat aku mengadap laptop tu aku stdy tapi aku sambil-sambil bermuka buku dan berburung biru. *nanges sebentar* .


Tapi inilah aku..dgn mak sgt malu, segan entah kenapa. Aku hanya zahirkan terima kasih dan rasa terharu tu dalam hati dan juga dengan menghabiskan maggi tu sambil kongsi dengan mak dan dengan mempublishkan di mukabuku yang mak aku buatkan maggi. Dalam hati kutuk diri sendiri sbb tak luahkan apa yang terbuku..


Satu hari lain pulak, aku di kolej, mak di kampong dan abang di ipoh. Aku call mak tanyakan khabar. Mak ceritakan khabar abang yang sakit tekak tak makan nasi dah 2 hari.mak risau , mak sedih dengar kisah abang. Kata mak , mak nak jee pegi ipoh tengok abang. Aku tersentuh. Bukan sebab aku cemburukan kasih mak pada abang tapi aku nampak betapa mahal dan tulusnya kasih mak pada anak-anak walaupun anaknya itu dah berumahtangga sekalipun. Sampai aku jadi sedih sendiri. Dan esoknya terus mak mengajak si along ke ipoh dan mak duduk dekat seminggu jugak kat sana…oh..mak..


Korang sedih ke baca kisah aku kali ni? Aku pon sedih ni. *lap air hidung* . tulus kan kasih seorang ibu. Tak terbalas kita sebagai anak. Entah macam mana hidup agaknya kalau ibu pergi dulu..tak sanggup kot. Ya Allah, panjangkanlah umur mak sebab kami tak sanggup hilang mak. Kerna mak lah ibu dan mak jugaklah ayah bagi kami . aminnn…


p/s : minggu ni rasanya mak akan ke JB pulak ke rumah si kakak. Mak tabah, gigih kaya dengan kasih sayang untuk anak-anaknya. Dari penang à ipoh à Johor !

gambar feveret sekeluarga....:)

4 comments:

Unknown said...

banyak pengorbanan mak utk kita...

follow sini..jemput ke blog yumida

miz jelita said...

jaga lah hati mak..ni lah entry paling penyentuh hati ku...tapi xlap air hidung lagi lah :P tingat aku kat arwah tokwan aku :'( sbb lately ni aku jrg bcakap ngan arwah sblm dia pergi..dlm ati ni cam ada ja yg pisahkan kami..jadi jgnla alpa dek kerana bisikan setan..hargai ibu :)

achusara said...

haii yumida :)

kann..pengorbanan mak mmg tak terkira.xmampu nk balas.

achusara said...

haii mizz jelita :)


dah sampai ajal dia wahid..Tuhan lebih sayangkan tok wan kann..kita ni doakan ntuk kesejahteraan dia kt sana.. bakal pengantin jgan sedih2 okai :)