Wednesday, August 12, 2015

Bila Promoter Insuran call...

Hai korang..Assalamualaikum..

Mesti korang semua pon pernah dapat call dari insuran sekian-sekian nak promote insuran pakej sekian-sekian.. kan ? Kita cakap la tak nak ke,  dah ada insuran ke mesti dia masih nak jugak explain kan..hehe.

Mahgrib tadi aku dapat call.. Actually dri mggu lepas lagi tapi aku x penah nak angkat. sebab naik je num 03++++ aku taw dah tu tak lain tak bukan mesti org nak promote insuran. petang tadi 3 kali call aku x angkat2. 

Sampai la ke maghrib, kalau ikot kawasan aku , ada la dalam 5-10 mnit lagi nak azan. Tiba naik lagi num 03..tapi lain sikit dari petang tadi . aku saja la angkat jugak. Sebab masa tu husnuzon lagi, takkan agen insuran nak call promote maghrib2 kan.. Sekali angkat betul. Muqaddimah dia cantik je wish birthday kat aku, siap doakan aku panjang umor murah rezeki sebab semalam bday aku. Ok takpa lagi. Kita Thank you lagi. Masuk je dia cakap nak amik masa sikit nak terangkan sekian-sekian... aku cakap.. "eh takkan sekarang kot. maghrib ni:.. Then dia jawab. "oh yeke... " . aku pulak yang garu kepala. eh eh dik, takkan awak xtawu masa solat maghrib pukul brapa kot. cari rezeki cari jugak, tapi jeling-jeling la jam sikit yee...

Boleh pulak dia kata "oh..kak nak solat dulu ye..pukul brapa saya boleh call balik " ..  memang takla aku nak layan kau malam-malam dik oi. sebelum letak sempat dia cakap..ok kak saya pon nak gi solat maghrib ni (sambil gelak) . haish. 

Akak harap ko betul-betul solat Maghrib lah dik ye. Aminn..

2 comments:

kisah earty said...

sabar je r dengan dorang ni kan.. hehe

achusara said...

betul. macam2..