Wednesday, August 26, 2015

Thursday, August 13, 2015

First-Segmen Erna : Bloglist-Walking Ogos 2015!

Hai korang! Assalamualaikum..

Tadi masa blogwalking jumpa satu blog ni, blog  ERNA. and dia tgh buat satu segmen. segmen macam tajuk entry aku ni. :) . So, sebab dah lama tak join segmen, apa lagi join le. Bole tambah kenalan sambil2 support rakan-rakan blogger. ye dok?

Jom join . Klik je kat banner untuk tgok syarat k. Tak susah pon. Ko tempek banner segmen ni kat entry blog korang. Follow blog Erna, then habis!

Eh, tarikh last penyertaan ESOK taw. 14 Ogos 2015 jam 11.00 malam k.




hashtag #supportblogger


kenapa ejaan #hashtag aku macam salah je,   eh, thanks singgah baca ! 

Wednesday, August 12, 2015

Bila Promoter Insuran call...

Hai korang..Assalamualaikum..

Mesti korang semua pon pernah dapat call dari insuran sekian-sekian nak promote insuran pakej sekian-sekian.. kan ? Kita cakap la tak nak ke,  dah ada insuran ke mesti dia masih nak jugak explain kan..hehe.

Mahgrib tadi aku dapat call.. Actually dri mggu lepas lagi tapi aku x penah nak angkat. sebab naik je num 03++++ aku taw dah tu tak lain tak bukan mesti org nak promote insuran. petang tadi 3 kali call aku x angkat2. 

Sampai la ke maghrib, kalau ikot kawasan aku , ada la dalam 5-10 mnit lagi nak azan. Tiba naik lagi num 03..tapi lain sikit dari petang tadi . aku saja la angkat jugak. Sebab masa tu husnuzon lagi, takkan agen insuran nak call promote maghrib2 kan.. Sekali angkat betul. Muqaddimah dia cantik je wish birthday kat aku, siap doakan aku panjang umor murah rezeki sebab semalam bday aku. Ok takpa lagi. Kita Thank you lagi. Masuk je dia cakap nak amik masa sikit nak terangkan sekian-sekian... aku cakap.. "eh takkan sekarang kot. maghrib ni:.. Then dia jawab. "oh yeke... " . aku pulak yang garu kepala. eh eh dik, takkan awak xtawu masa solat maghrib pukul brapa kot. cari rezeki cari jugak, tapi jeling-jeling la jam sikit yee...

Boleh pulak dia kata "oh..kak nak solat dulu ye..pukul brapa saya boleh call balik " ..  memang takla aku nak layan kau malam-malam dik oi. sebelum letak sempat dia cakap..ok kak saya pon nak gi solat maghrib ni (sambil gelak) . haish. 

Akak harap ko betul-betul solat Maghrib lah dik ye. Aminn..

Monday, August 3, 2015

Jodoh dan solat !

Assalamualaikum korang.

Bila tiap kali sampai waktu solat, aku selalu teringat pesan seorang sahabat yg selalu cakap kat aku bila aku solat lambat ..  dia pesan dalam sinis... " kenapa solat lambat2, nanti jodoh pon lambat.. "..

ok..pesan dalam sinis dia tu memang makan dalam sikit la sbb aku xda calon jodoh lagi kan. Tu soal kedua. Tapi betul-lah sebenarnya apa yang dia cakap tu. 

Ce korang fikir.. konon-nya tiap kali solat doa.. 

...."Ya Allah Kau kurniakanlah aku jodoh yang SOLEH. Yang solatnya di awal waktu. Yang selalu pi masjid. Yang beriman, Yang boleh membimbingku ke arah Cinta-Mu. Cepatkanlah sikit jodohku Ya Allah....... " blablabla...

Tapi.. kita sendiri solat buat sambil lewa. lewat-lewatkan. Pastu harap doa makbul cepat-cepat. camna tu? Tak malu ke? Aha... tak sentap kau?


Betul. Betul sangat. sama jugak dengan harapan yang nak kan jodoh baik, jodoh soleh. Jadi diri sendiri kena berusaha ke arah tu dulu. Macam tu jugak bila jadi mak-ayah. Nak anak soleh solehah, mak ayah kena sama-sama jadi soleh solehah. Baru betul :) 

Jom berubah jadi lebih baik. Frasa 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' bukan hanya untuk menabung. Tapi untuk perbaiki diri jugak!


Upss..thanks singgah page aku baca conteng yang ntah hapa-hapa ni !


Sunday, August 2, 2015

Jamuan Aidilfitri & Majlis Persaraan

Assalamualaikum. hai semua :)

Masih dalam syawal kan. Tak kan sunyi dengan Jamuan Raya . Sampai kadang dalam seminggu tu tiap hari susun jemputan raya. Harini  Pejabat Daerah, esok Bank sekian-sekian, lusa Pejabat Kesihatan, tulat Mahkamah..haa..jangan sampai tertungging kenyang sudah . uppss.


So, kitorang berjamuan raya jugak. Sekali dengan meraikan staf mahkamah yang akan bersara... aku bukanlah kakitangan mahkamah. tapi sebagai salah seorang yang selalu link dan bekerjasama dengan Mahkamah PB , jadi aku diajak la skali :)





Untuk jamuan ni memang haruslah bergotong royong. Masing -masing amiklah part masing2..




Alhamdulillah. Jamuan kecil-kecilan tapi tersangatlah kenyang. Cukupla untuk keluarga kecik kami. Selamat berehat untuk Encik Abdullah. Rindu nak kerja boleh cari kami :) . Terima kasih semua staf mahkamah yang jemput kami join jamuan ni :) . Jasamu ku kenang. 





ohh.. thanks jugak sahabat2  yang datang dari kb jenguk kami kat sini :)