Assalamualaikum !
Seminggu ni jiwa aku macam kosong. Banyak nya masa aku buang sia-siakan. Aku mengejar hal dunia smpai tak cukup 24 jam yang Allah kurniakan rasanya, tapi seminit pun aku tak mengisi untuk bagi makanan jiwa santapan rohani. Astaghfirullah. Sampailah lewat ptg semalam, masa bermalas-malasan atas tilam yang tak berapa empuk tu, dapat mesej dari sorang sahabat..katanya “ jomlah datang program motivasi ni. Best sangat. Penceramah dia ustaz yg zikir sedap yg selalu kita dengar kat masjid tu” .. wahhh, teruja jugak aku.sbb dah lama aku cari-cari sapa yg alunkan zikir tu.sedap.nak cari cdnya tapi tak taw..tiba mlm ni dia datang buat program kat kolej.. tapi kemalasan masih selimut diri aku. Malasnya nak siap.malasnya nak gerak ke kolej..aku biar je..entah kenapa, tiba tengah berfikir-fikir, baring-baring aku semacam datang satu semangat , macam ada yang berbisik suruh pegi jugak. Mana tawu tak banyak ada jugak ilmu yang aku dapat. Boleh jugak basuh diri aku yang tengah malas ni.huhu
So, lepas maghrib , solat siap terus ikut kawan sorang ni yang memang dah pegi program tu dri siang tadi. Aku ajak sorang lagi kawan aku.segan jugak aku nak join sbb program ni bukan ntuk jabatan aku sbenarnya.tapi dorang da sudi ajak, kita pon sudi lah pegi. Hehe . start je penceramah tu cakap, aku tgok peserta lain suma semangatnya..wahhh.luarbiasa yaa.tapi aku blur lagi sbb xjoin dari siang..bila start je dia zikir, dia bagi santapan rohani , aku da tersentuh. Sbb aku rasa aku jauh dari Allah.sampaikan aku rasa dari mula aku masuk dewan tu smpai lah habes program laju je air mata ni turun. Bukanlah saja nak menangis atau apa, tapi air mata kekesalan.air mata keharuan, keinsafan, kerinduan suma bercampur baur..dan sesungguhnya menangis kerana Allah akan padamkan api neraka kita. program ni memang buat aku rasa kerdilnya aku sbg hamba Allah. Tapi untungnya aku dipilih sebagai umat Rasululullah..
Baiknya Tuhan kita, walau kita selalu lupakan Dia, kita selalu biarkan masa berlalu sia-sia, tapi Dia masih lagi berikan kita lain peluang , Dia tak pernah lupakan kita. Baiknya Tuhan kita, walau kita selalu lupa cakap TERIMA KASIH TUHAN, tapi Tuhan tak marah pun, tetap bagi kita macam2.
Terima kasih sahabat nan satu, nurul atiqah dan suma kawan-kawan jabatan dakwah sbb ajak aku lebih mengenal Allah dan Rasulullah..motivasi sentuhan Qalbu sangat bermakna. Semoga kita menjadi umat Rasululullah yang bertaqwa yang takut akan hilangnya cinta..insyaAllah.
No comments:
Post a Comment