Thursday, September 17, 2015

Kelebihan Surah Al Kahfi

Assalamualaikum semua :)



Dah start baca al kahfi macam tips yg dalam entry lepas? Tips habiskan Al-Kahfi !


Sunnah untuk kita baca Al Kahfi pada hari Jumaat atau dimulakan pada malam jumaat iaitu selepas terbenamnya matahari pada hari khamis . Jadi, apa kelebihan baca Al-Kahfi? Kenapa dituntut sangat, lagi-lagi hari Jumaat...







  1. Dipancarkan cahaya untuknya
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  

[HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani]


       2.   Diampunkan Dosa antara dua Jumaat



Hadis Riwayat Ubnu Umar : 

" Siapa yang membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat"





     3. Dilindungi dari Fitnah Dajjal 

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

 Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]




#KahfiKamon :)


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat :)


1 comment:

dyanzakhi said...

slm snggah dn follow sini ea :)