Friday, January 18, 2013

bila buah hati dah merajukk..

assalamualaikum pencinta belog (^_^)


ini kisah semalam petang . di rumah beliau . beliau adalah salah salah seorang buah hati saya . nama beliau hensem mcm orang nya , Muhammad Arif Sufi . hensem kan nama beliau.. nak tgok gambar beliau ?

tapi ni masa beliau kecik lahh.. x ingat berapa bulan time ni..

sat sat lagi baru letak gamba beliau dah besar..makin hensem..memalu pulak tu kalau kena ngorat.haha...

..............................................................................................................



hokay.hokay.hokay.
tak payah nak berkontroversi sgt lah kan. beliau adalah anak sedara saya .
ok, dah bole start guna ganti nama *aku* macam biasa. belit lidah sebut saya.walaupun aku taip tak sebut.

entry ni macam biasa biar gamba yang bercerita . kisah arif sufi dan achusara..


kisah bermula bila si achu dah lepak lama kat umah dia, then tetiba nak balik naik moto tak bawak dia sekali.apa lagi haruslah ada drama kannn...dah la achu bawak moto ummi dia..haha..


okay..aku cakap jee " jommm..achu nak balik" .  arif kuar umah dulu..lepas  main2 sat . dia mula dah cari kasut dia..suruh kakak pakai kan..

ariff : achuu..achuuu *sambil jari ke atas ke bawah kat tepi kereta abah* ..jommm laa jalann..adik nak ikott..


ariff : ishhhh..*sambil jeling sikit* achu ni tak paham ke isyarat adik ni.nak ajak naik keta abah, achu tu bukan ada lesen pon. entah-entah pegang stereng keta pon tataw..kihkihkih :p





adik dah jalan pegang pegang moto ni pon tak paham lagi ke achusaraa uiiii...*hati dah pasrah*



dahhh laaa achuu . tak mau bawak sudah . merajuk . naik buai lagi bestt *sambil jalan ke buai*


tapii..tapiii..adik tak gheti nak naik buai ni . achu tolong laa angkat *sambil belit belit buai kat leher mintak simpati*



yeayy..dah naik. syukrann achu sayang :) *dalam hati ada misi tersembunyi sebenanya*


hokay...naik buai selow selow jaa. sambil tunduk jee bawah. mohon achu paham yang adik naik buai separuh hati je ni...




tunduk lagi.tunduk lagi...ishhh, nak kena achu ni. tak paham jugak.


kuis kuis*eh, macam nama kolej achu je kuis tu * simen dgn kaki..


ariff : hoyeeiii..buai laju laju sampai kena achu. *masa ni achu depan adik jee* kihkihkih....
achu : eh eh adik ni. balas dendam ke dikk..hahaha


adik kemudian turun buai bila si kak cik keluar dan terus ke moto....
ariff pon ke moto..




ariff : dahh laaa achu . tak mau bawak adik naik sendiri moto ummi ni.. adik bawak sendiri..
achu : chewah chewah si kecik ni...



beberapa saat kemudian si achu mengangkat si adik masuk rumah dan buka kasut dan achu lari keluar...hihihi



maka terburailahhh air mata si adikk..
mengamok nakkk ikottt.hahaha


 k, bai adik :)


k, bai jugak pada yang membaca kisah ini :P . hehehe...


Thursday, January 17, 2013

homework .

assalamualaikum pencinta belog (^_^)

salah satu bnda favourite pkara yg dihupdate dalam belog adalah HOMEWORK !! why ar ? emm, maybe sbb aku nak sedarkan diri sendiri yang sebenarnya dalam aku banyak tido, makan, twitter, pesbuk, game tu actually banyak homework ! tapi saja buat-buat tak nampak.. 


disebabkan kadang-kadang aku selalu sgt suka baca balik belog sendiri  *maaf ayat lintang pukang * , jadi aku suka hupdate segala keja nak kena buat dalam belog ni. sonang . dan lagi satu, kenangan la wehh semua bnda nih . kang dah habes blaja, da kawen, eh, baca balik suwett hape. mengenang zaman belajar..hewhew..

hokay.hokay.hokay,



konon lah bederet ketas memo nota kat board . 


empat daripadanya..

perincian :
SIYASAH SYARRIYYAH --> cari umar abd aziz ntuk present *nmpk sgt memo ats tu x update
TESIS LOVEE --> summary bahan n plisss jumpa puan b.
QANUN DUSTUR --> assgment buat ! 
AMALAN GUAMAN & KEHAKIMAN SYARIE --> failkan jawapan kpd pembelaan & tuntutan balas.                 tarikh baru : 24 jan 2013


tiga daripadanya..

perincian :
TATACARA MAL --> lengkapkan fail permohonan bagai. tarikh serahan dokumen : 21 jan 2013
UNDANG2 KETERANGAN --> buat nota . stdy . cari bahan assgment !!
PROGRAM KAMI 3 --> setelkan semuanya berkaitan perasmian penutup.



bila balik cuti mid sem seminggu di kampong halam.perkara nombot satu buat adalah senaraikan koje sekolah macam gini . tapii malangnya , sudahnya senarai je lah lebih . buat nya ciputt..cehhh..


**sekarang bangun, sambung buat tesis. k bai.





kan best sambil buat keja sekolah smbil pekena burger bakar banjir  LAVA GRILL neh..slurrppp*meleleh air liur

Tuesday, January 8, 2013

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

assalamualaikum pencinta-pencinta belog (^_^)


gila lama aku x lembutkan jari dekat belog sendiri ni . selalu masok mampu baca entry lama-lama balik je sambil jalan belog orang . 

petang ni tetiba nampak abg feroz kemain post buat GA , ape lagi , tetiba je nafsu berblogging aku datang..act nafsu rebut hadiah...haha. aku kan pantang napak GA, contest bagai ni. 

so, setelah sekian lama x hupdate belog, inilah permulaan entry untuk 2013... happy new year korang walaupun dah tak berapa nak new year sgtlah kannn...hehe

eh, korang tanak join sekali ngan aku berebut-rebut hadiah GA abg feroz ni ke ? nak? kalau nak , kita mulakan dgn niat...

" sahaja aku mulakan entry tahun baru 2013 kali ini, dengan entry berebut hadiah abg feroz..semoga aku di kalangan yang bertuah..aminn "





abg feroz sekali buat GA , bukan main dia punya sponsor taw... sebab tu la kita kena join..korang tgok la sendiri banyak mana sponsor dia kaut...kalau takde sponsor, takde la namanya jiwa rosak ye abg feroz? eh?...gurau je..hehe

  mGosip
  Cuba Teka 



bila dah sponsor banyak gila cem gini , hadiah haruslah gempak. tak gitu bang ? katanya antara hadiahnya Domain.Com, cash 50, topup 50 hengget , cash 40 hengget, cash 30 hengget...wowwww !!! . eh, ni antara je ni.. meh aku kasi link hadiah terus. korang belek sendiri satu-satu kasi puas hati . 


nampak tak ? nampak tak betapa banyaknya hadiah sampai kena buat senarai link baru...berlaboi-laboi kau..eh, berbaloi-baloi :p


aku memang tak kudukut maklumat . jadi , aku nak sebar-sebarkan GA  abg feroz ni lah . wahai blogger fatin athirah , blogger ieza mieza dan blogger kemba tolo , marilah sama-sama berganding bahu berebut hadiah :P

***semua orang bole join. jommmm laaa..rajin - rajin melawat Jiwarosak.Com ehhh ? chowww...daaa.wsalam :)

Saturday, January 5, 2013

pasrah segalanya...

:::::::::::::::::: assalamualaikum ::::::::::::::::::::::::::



Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci