Hati manusia kadang terlalu rapuh dalam menghadapi liku kehidupan. Terlalu senang patah dan terluka dek kerna hal kecik..
Sebulan ini banyak yg aku fikirkan perihal persahabatanku. Terasa macam aku diabaikan, seperti aku ini orang asing yang tak pernah mendengar keluh kesahnya . tanpa sedar hatiku pertikaikan segala bentuk pertolongan dan kasih sayang yang dah berlalu. Aku mempertikaikan kenapa layanannya padaku dan pada teman-teman lain berbeza. Sampailah aku membaca saranan dan kisah seorang penulis muda berkaitan sahabat. Baruku faham apa erti ikhlas dan matlamat sebenar dalam satu persahabatan..
Membaca tulisan Hilal Asyraf ini buat aku terasa seperti terkena batang hidung sendiri. Lalu aku sedar yg selama ini hatiku sebenarnya mengharapkan balasan. Walau mungkin di mulut lain yg diungkapkan.terasa mau ucapkan ‘maafkan aku sahabat’ padanya.
Betul, aku sukakan kehangatan ukhuwah. Tapi bukan semua orang faham akan ukhuwah. Ukhuwah yang tertinggi adalah itsar iaitu melebihkan sahabat daripada diri kita sendiri. Walau kadang sahabat sendiri mungkin rimas bila kita seperti terlebih ‘take care’ padanya.. Teori ukhuwah itu bukan terletak pada dua hala. Kita beri, dia balas. Dia baik, kita baik. Ukhuwah tersimpan dalam satu individu tanpa menuntut individu lain membalasnya. Dalam ukhuwah, kita yang perlu memberi.
Aku sedar. Daripada aku mendambakan balasan sahabat ku, rasanya lebih baik aku lupakan saja balasan daripada sahabat itu. Jangan berkira dengan pengorbanan untuk sahabat sbb itu yg memaniskan ukhuwah. Biarlah aku korbankan masa untuk sahabatku. Aku korbankan ruang jiwa untuk sahabatku. Apa saja yg kita korbankan. Jangan sesekali pernah ungkit. Ikhlaslah. Kita bina hubungan kita dengan ikhlas, kita harapkan nanti Allah akan membantu melembutkan hati sahabat kita, dan buatkan kita dengan sahabat kita hidup dalam kasih sayang. Aminn.
Aku perlu ingat, hati manusia bukanlah macam tanah liat. Sekali ketuk terus berubah. Aku tak boleh hidup dalam novel. Jadi, aku takkan berputus asa dengan persahabatanku. Yang aku perlu ingat adalah, dia sememangnya adalah sahabatku, tapi mungkin aku belum menjadi sahabatnya sekarang. Tak mengapa.
Jadikanlah sahabat kita sebagai sahabat kita. Diri kita pada dia, nantilah dulu. Biarlah kita berkorban, dan biarkanlah dia yang masih tidak mampu memahami semua ini. Jangan kita demand apa-apa. Yang penting, kita dirikan persahabatan kita, hanya untuk mendapat redha Allah.
“Hubungan kamu dengan sahabat kamu, adalah tanggungjawab kamu kepada Allah. Kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kamu atas kebaikanmu. Tetapi kamu mengharapkan balasan Allah atas kebaikan kamu. Hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia kepada Allah” .