Saturday, June 25, 2011

cOntest saYa sAyaNg fAmily saYa :)




assalamualaikummm....sahabat blogger..pembaca, penjenguk, pengintai semua..
sihat ke korang? moga sihat la yee..

lama kan x nmpak achu? kan3?
aha, nmpk banner apa terpampang kt atas tu?
tu mknanya achu join contest lagi..hehe

aku ni kalo nk update blog tersangatlah liat..
tapi kalo nk update sbb join contest, tgah mls pon bole jadi rajen.hihii
apa tggu lagi, tercongok je tgok banner tu..
jommm join...

senang je contest ni..suma blogger leh join..
korang leh baca syarat kt sini..dezaman cottage
paling penting..due date lambat lagi 22 JULAI 2011 (JUMAAT) 11.59 PM

so, achu nak start pertandingan ni..heee

gamba 1 yg dipertaruhkan ialah :

ok kawan2 dan abg pengadil dezaman cottage ( eh, mana hg taw pengadil dia abang ke kakak haa???) yee, gamba di atas gamba achu dgn family terchenta..suma adik bradik tu, termasok brother dan sister in law and anak2 buah yg come lote lahh..yg xde cuma sorang, abg num 2 xdpt cuti ats2 sbb tertentu.tak yah la mention sbb dlm contest ni kot yeee..hehe. ni la family achu yg achu sygggg sangat. tanpa mereka ni semua, xtawlah camana..ini time aidilfitri..aha, lupa, tajuk gamba ni... u're the best mom ! sbb tu lah kitorang suma tengok mama lovee..heh.cool tak ? cool tak? mak lah ibu, mak lah ayah bagi kami semua.. abg dan kakak lah pengganti kasih syg arwah abah. pengorbanan mereka semua nilainya tggi sgt.x terbalas dgn nyawa rasanya.. last, mak, abg, kakak, dan permata2 hati zahra,a'an,yana, amir,ain,dan qaisara...achu lovee all of u.. thanks a lot
(^_^)

aha, gamba kedua ini ceritanya mengenai family achu yg terchenta jugak..tapi ini raaamaaaiii punya. ini sebelah arwah abah. yg ramainya kat sini actually family maksu dan abah jee..sbb abah ni ada 3 beradik jee..ini pon time raya jugak..sebenanya x cukup lagi ni..xpa, kita bagi mana yg ada dulu nooo..haha. yg duduk tgah2 pakai tudung coklat tu arwah maklong..baru je kembali ke rahmatullah.al-fatihah buat beliau.sebelah kanan, tudung biru itu adik abah, maksu. sebelah kiri tudung coklat tu mama lovee saya...:) ini jee adik bradik abah. tapi hasilnya raaamaaiii.. yg bestnya, kalo time dorang ni suma ballik kampong, datang beraya..parking umah achu FULL. soploh biji kereta..smpai kan mak ndak sebelah mak nk dtg beraya pon patah balik sbb segan..ramai sgt.hehe..lawakk pulak. anak2 cousin pulak, kitowang smpai x kenal.ini anak sapa..yg baju merah anak sapa..budak comel ni nama apa..yg ni dah dapat duit raya belum..mcm2 lah ragam..hehe.tapi itulah yg bahagianya..meriah btol..alhamdulillah.semoga uhkwah kekeluargaan ini kekal hingga hujung nyawa..aminn.. achu saaayaaanggg korang :)

ok, i'm done ! achu buat entry ni dan join contest ni bukanlah hadiah semata sebenarnya..sbb ia contest pasal family dan achu suka join contest..hehe..

so, achu nak mereka yg terpilih ini joinlah jugak yeee...x rugi pon..

1- kecik : dia ini wajib join sbb dia ini yg suh saya bkak tgok contest di dezaman cottage ini..
2- kawanku shad : shad..jomm laaa..
3- kak miza : dia ini tgah xde keje cuti ni, join lah contest taw !

okeiii, daaa . senyum slalu >_<


cari barang hantaran? hadiah buat kekasih hati di hari ulangtahun?

sila lah beli dan tempah homemade coklat ini..
sedapppp hingga menjilat jari..
pasti terbaekkk !!!
hanya di dezaman cottage :)

Sunday, June 12, 2011

contest twinkle twinkle little star !!!


asslm korang - korang semua..
mlm ni buka blog tibe nmpk ...ohh, putri abah ditag oleh setia..
contest again?
menarik taw contest kali ni..

simple jee..
korang pon wajib mesti join..sbb senang sgt..
nk tawu camane?
sini jomm....


syarat - syarat yg diluluskan kementerian contest adalah spti berikut :-


  • wajib FOLLOW Blog tyra , Blog Akma, Blog Apple dan Blog Diera
  • Buat Satu Post Tajuk berkenaan Contest diatas
  • Tag 3 orang and dorang mesti tau
  • Letak banner ni okay :)
  • Kalau dah join tinggalkan link dekat entry ini
  • Tarikh tutup akan diberitahu kemudian

hadiah nye menarik taw..
jadi, achu tag mereka ini..

ok, i'm done too ! >_<


ku bertunang dengan 'dia'....... buat selamanya



Alkisahnya bermula....

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... .....

............ .

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


sumber: http://al-insyirah/. forummotion.com

Wednesday, June 8, 2011

jom jadi bloglist sang setia !!!


asslm korang. jumpak lagi kan3?
tadi kan achu cakap bosan..jadi achu blogwalking lak..
da lame x wat keje nih..
antara yg achu suke pegi of kos blog cik setia kite..hehe

dah lame sebenarnye nk join masok bloglist setia nih..
sbb achu mmg suke bace, usha2 setia nih..
eh2..korang jgn salah paham pikir lain pulak ehh..
mksudku penulisan setia..cite2 die.
n paling best setia ni suke join contest..
ade je dia nmpk contest, nk join..hehe
kan3? btol x setia?

tp tulah, sebelum2 ni sibuk sane sini..
xsempat nk join
ni pon tgah byk lagi koje..
tpi apa bole buat..bosan dan malas dtg serentak..hehe
dri x sempat , sempat lah jugak jadinye.heh.lol.

so, apelagi korang buat tu?
JOMM LAHH JOIN SKALI...
bole pegi kat sini taw...sile..sangat setia



bak kata setia..
boleh menambahkan kawan, followers..dan mengeratkan ukhuwah antara bloggers :)

" jangan tggu lama2..nati setia diambil org" hehe.. (^_^)
daaa...

uppsss..lpe plak achu..
achu nak tag die ni lahh..


setia..setia..nak tag 2 org bole tak? bole kan ? tak bole pon nak jugak.. :)

my dear twin..kechik

Tuesday, June 7, 2011

i'm bored !!


asslm korang..
bosan lah..kenapa ntah skrang rase cam xde life kalo balik bilik..
aku lagi suke time pegi klas..
roomate xde, x best..
nati kak su g posting, tggal aku sorang lagi..
xtawu jadi serupa apa dah aku ni nati.
wahahaha..

rindu cam dolu - dolu..
best jee..
riuh rendah, bising, ceria.. hummm :(

nk wat hape pon x semangat..
cane aku ni..
nk hupdate puteri abah ni pon blur2..

k laa.. daa -_-



Wednesday, June 1, 2011

ya Allah..kerdil rupanya hamba ini..


asslm sahabat..syukran jazilan pada yg sudi jenguk2 membaca puteri abah ni..jasamu dikenang..
datang jenguk tu tggal lahh link korang skali kat mister link tu..senang puteri abah melawat blog kalian semula yee.. :)

apa sebernanye achu nak tulis ni yee..
aha, achu skrang ni tgah blaja dgree syariah law semester 4 ..
achu bagitaw bukan nk promote atau menunjuk nunjuk..
tapi achu semacam tgah ber muhasabah diri semula..

achu sebernye dah dekat 4 tahun kt bumi kuis ni menuntut ilmu..
sbb dulu achu diploma pon di sini..then ada rezeki, trus smbung dgree.
skop subjek yg achu blaja..kebanyakannya arabic lahh.
fiqh ibadah, ulum hadis,ulum quran,fiqh mirath,nizam al-qada',usul fiqh..
masyaAllah..

apa pula motif achu senarai subjek2 yg islamic2 tu?
kalo tgok pd yg sepatotnya, bole lah nk kata kita ni byk ilmu agama..sepatotnya!!
tapi skrang ni, waktu ini, achu rasa kosong ! nothing !
ntah hape benda yg achu blaja 3 thun ni..
kerdilnya aku ni ya Allah..
bila sem ni achu amek semula subjek ulum Quran..
belajar balik semuanya dgn ustazah yg sama..
baru rasa hati dan minda ni celik sikit.

bila fikir balik..
hitam sgtkah hati aku dulu tu?
dlm satu klas ni, subjek tarikh tasyri'
ustaz tanya satu soalan..apa sifat2 takbiratul ihram?
ramai yg x leh jawab termasok achu.
sedangkan itu yg kita buat tiap2 hari..solat 5 waktu ada takbiratul ihram..
blaja fiqh ibadah..usul fiqh tpi soalan yg satu tu pon xleh jawab..

masyaAllah..
terasa sgt2 naif aku dgn ilmu Mu Ya Rabb..
Engkau bimbinglah hati ku menuju jalan Mu yg penuh cahaya..
yg penuh nikmat kasihmu ya Allah..
aminn..




taaruf yg memberi seribu makna..


asslm sahabat2 sume..lamanya an achu x update blog. last week seminggu ada taaruf adik2 baru 2nd intake..sibuk lah sikit. mane nk kejor kelasnya.. nk bg komitmen ngan assgment.. nk hadir pogem.. tapi alhamdulillah semuanya bejalan lancar..

kali ni achu terasa nk share ngan korang sal taaruf..
actually, taaruf ni lah pogem 1st yg achu penah join as a ajk..kalo sebelum2 ni kalo join pogem pape pon setakat jadi peserta jee.. so, ini pengalaman pertama lahh..
perasaan ? yaaa..mmg penat. byk yg perlu dikorbankan. tapiii sgt besttt... :)

apa yg seribu makna tu achu ?
aha..dulu achu xtaw pon camane taaruf ni.
bg achu just kite wat keje, nk urus orientasi dak2 baru.. tu jee..
iyee, dulu achu pon pandang cam..asal la kawan aku ni snggup tggal klas sbb taaruf??
bila achu join..baru rasa nikmat nye apa..
baru tawu betapa lagi besar ganjaran pahala yg akan kita dapat..masyaAllah

byk yg achu belajar..
achu belajar didik hati kita btol2 ikhlas lakukan sesuatu hanya krana Allah.
selama ni achu tawu ckp, tpi x buat btol2.
tpi masa taaruf lain..
achu dapat rasakan perubahan hati ni..
dgn nasihat ustaz..
pesanan sahabat2 yg ingtkan kita supaya tiap hari betulkan niat krana Allah..
subhanallah..

taaruf adk2 baru ni buknlah hanya semata2 satu pogem rutin suma institut buat bila ada kemasukan baru..mugkin di tmpt lain iye..tpi tdak di kuis..
kami ditaklifkan untuk mendidik adk2 baru ke arah menjaga biah solehah.. menjadi ke arah mahasiswa islam dalam erti kata sebenar..
baru achu paham apa itu biah solehah..
"persekitaran yg baik"
byk sgt kenangan dan input yg achu dapat ntuk perbaiki diri..
time kasih ntuk suma sahabat taaruf..
dan ntuk kak salwa n kak ai yg mengajak achu ntuk join taaruf ni..

achu simpulkan pengalaman ni secara ringkas jee..
ada lahh sikit memori yg nak dikongsi sekitar mnggu taaruf..
tgoklah yee (^_^)







daa...wsalam. moga ceria2 selalu.. :)