ehem . ehem . kali ni nak share pasal bunga sabun . kenapa bunga sabun ? sebab ini ajelah aktiviti aku cuti 2 bulan ni selain jadi cikgu tadika 2 mggu , layan anak-anak buah tiap petang . hehe. so, disebabkan ini adalah pengalaman baru aku , haruslah aku sematkan dan share kan dekat blog kesayangan kan . lagipun ada antara kawan-kawan yang tanya cemana nak buatnya . jadi, aku dgn berbesar hatinya berkongsi dgn kalian :)
apalagi , jomm buat ..
bahan - bahan :
1 ketul sabun lux putih
water colour ( aku guna buncho )
1 cup kecil tepung jagung
3 sudu gam putih
sedikit air panas ( baru mendidih )
tempat sagat (grater)
cara-cara nya :
sagat sabun lux hingga habis .
masukkan 1 cup kecil tepung jagung . saya sukat menggunakan tupperware kecil seperti dlm gambar di bawah . gaulkan sebati . (macam buat kueh raya pulak )
setelah tu , masuk kan pula 3 sudu gam putih . gaulkan jugak .
masukkan sedikit air panas yg betol-betol panas , gaulkan sampai ia jadi sprti doh plastisin . air jangan terlalu banyak sbb kalau doh terlalu lembut susah nak bentukkan bunga dan tak berkilat.
dah selesai campurkan pula dengan water colour , ikot warna kesukaan anda .
dah siap !!!
--> boleh simpan dlm bekas kecil mcm ni . elakkan terdedah pada angin dan udara sbb ia akan menjadi keras . ( ini lah bekas sukatan tepung jagung )
bolehlah cuba yee :) jommm layan hasil kerja ku pulak...dengan bantuan ibunda, kakak2 dan anak buah :) . kalau nak tawu sekarang kat rumah mana-mana sudut ada aje bunga sabun. hehe
--> kat meja telefon . kat meja hujung .
--> dalam almari buku . atas meja solek .
--> atas meja ruang tamu . atas rak .
ini plak taman - taman nak dibawa balik kolej . nak bagi roomate sorang satu :)
semalam berair mata menghadap lappy buat benda ni . semangat apa datang entah . hehe . tiba rasa rajen nak buat ni cantek-cantek pastu nak print tampal kat dinding meja study anak sedara . saja nak bagi dia semangat sikit :)