Thursday, May 31, 2012

pendapat ulama tentang Hari Ibu

Assalamualaikum ..

Entry sebelum ni berkaitan hari ibu kan. aku da janji akan sambung lagi tentang hari ibu dalam islam macam mana . maaf lama sangat tertangguh .

Jadi kat sini aku memberi info yang aku dapat dari majalah Gen-Q . aku share kan kat sni sbb aku rasa mgkin xsemua org suka menatap buku dari merenung laptop bukan . hee. Ok, kat sini ada pendapat beberapa orang ulama’ mengenai sambutan hari ibu . sambutan yang bagaimana dibolehkan untuk orang islam..

Sheikh Faisal Mawlawi [Timbalan Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah]

Pendapat

Boleh menyambut tetapi dengan syarat:

· Sambutan itu hanya sebagai penghormatan tambahan yang dilakukan kepada ibu selari dengan penghormatan yang diberikan setiap hari kepada mereka.

· Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam syarak iaitu menyamai Hari Raya Aidilfitri dan Hari Aidiladha yang ada asasnya yang jelas dalam syarak.

Dr. Muhammad Bakar Ismail [Professor Tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran,Universtiti al-Azhar al-Syarif]

Pendapat

· Hari ibu merupakan bidaah-bidaah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bidaah dalam adat tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang,kecuali ia menghubungkan agama dan dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu,bapa,datuk dan nenek. Maka islam memberkati dan memperakui adat sebegini.

· Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pembaziran,kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.


Jabatan Mufti Selangor

Pendapat

1. Sambutan yang dilakukan sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t dan tidak membazir.

2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain kongsi suka dan duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah

3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga,majlis tahlil dan doa selamat,pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana

yang mahabbah.

Dan asalkan kita tawu yang seharusnya kita menyambut hari ibu ini adalah secara berterusan bukanlah hanya satu hari lagi2 hari-hari tertentu sahaja . cuba kita bayangkan, pada hari ibu itu kemain semua anak2 balik berkumpul makan besar beli hadiah mahal2, yang xdapat balik call , sms , siar kat media semua . tak dinafikan memang ibu happy . tapi tiba-tiba esoknya semua hilang sekelip mata . anak-anak terus sibuk dengan hal dunia bisness mereka sahaja . langsung tak call bertanya khabar , jauh sekali pulang menjenguk ibu . sedarilah yang ibu hanya mengharapkan dirinya disayangi , dilimpahi kasih sayang anak-anak secara berterusan tiap saat nafasnya bukan hanya pada hari-hari tertentu bahkan bukan pada harta wang ringgit anak-anak.

Boleh nak tetapkan satu tarikh istimewa untuk ibu. Mungkin susah semua anak-anak nak berkumpul setiap masa. Jadi pilih satu masa tetap supaya senang semua org nak amek cuti tpi dengan syarat sambutannya menepati syariat , kea rah yg baik dan berterusan. Aku ada satu cadangan untuk tarikh hari ibu .

Setiap family mesti ada adik beradik kan. Jadikanlah tarikh hari lahir anak sulung dalam family tu sebagai “Hari Ibu” . sebab? Sebabnya kan itu anak sulungnya . jadi tarikh itulah ibu kita menjadi seorang IBU.. anak tunggal ? lagilah best . sebab hari lahir sendiri untuk dijadikan hari ibu kan. Anak angkat pulak ? tak apa, kalau anda satunya2 anak angkat dalam family itu, pilihlah tarikh anda sah menjadi anak angkat mereka. X salah kan begitu .

Jadi, don’t worry be happy okeh geng J

p/s : pesan ku selalu lah beli majalah Gen-Q. best. Sangat bermanfaat semua info-info nya. Credit untuk Gen-Q untuk entry Hari Ibu ini ..

Friday, May 18, 2012

"selamat hari ibu"



Assalamualaikum (^_^)

seminggu yang lalu , masa tu tarikhnya 13 mei 2012, harinya jatuh pada hari ahad, minggu kedua bulan mei. Aku kira semua orang tawu tarikh apa tu . bagi yang masih xtawu , ia adalah tarikh “Hari Ibu” . Mungkin yang sedang membaca ni, ada yang tiba2 tepuk dahi.. “ alamak, lupa nak wish happy mothers day dekat mama lahhh”takpa, don’t worry dear. Pegilah ucap sekarang. Tak salah pon kan. Hari-hari pon hari ibu J Ada jugak yang cakap “ish.ish.ish.tak elok lah sambut hari ibu ni.kan asalnya dari kristian.harammm taw!”… hummm..bagi korang yang lain macam mana pulak? Apa reaksi korang? Apa yang korang buat masa hari ibu ni? Setahu aku seminggu yang lalu , 80% media massa sama ada bercetak atau penyiaran semuanya program berkisarkan hari ibu ni. Macam mana plak tu? Habis yang forum perdana ehwal islam pon pasal hari ibu macam mana plak? Aha…

Aku bukanlah alim ulamak, para ilmuwan atau ustazah pilihan yang nak mengupas isu ini. Entry kali ini aku Cuma ingin gerakkan dulu minda korang berfikir dan mencari mengenai hal ini. Macam apa hukumnya, kalau tak boleh apa solusinya supaya keadaan tak kelam kelibut..:) jadi, aku hanya ingin berkongsi fakta mengenai sejarah sebenar hari ibu. .katanya cerita asal pasal meraikan ibu tuhan bukan ibu manusia.jadi dri ibu tuhan mcamana plak boleh raikan ibu2 yg melahirkan kita plak?? aha.. kalau ada yang salah dialukan untuk menegur yee..

SEJARAHNYA…

Hari ibu sebenarnya perayaan pada musim bunga yang mana masyarakat Greece meraikannya sebagai tanda penghormatan mereka terhadap ‘Rhea’ iaitu ibu kepada Tuhan mereka.

1600 . Masyarakat di England merayakan 1 hari yg mereka namakan sebagai ‘Mothering Sunday’. Ia dirayakan pd tiap hari Ahad ke-4 setiap ‘Lent’. Lent ialah tempoh masa selama 40 hari mksudnya sama ada dlm bulan februari atau mac lahh. Dlm tempoh ni, dorang yg beragama Kristian akn stop lakukan pkara t’tentu atau memakan makanan t’tentu atas dasar agama. Amalan tu sbg menghormati terhadap ‘Mother Mary’ iaitu Maryam, ibu kpd Nabi Isa a.s atau Jesus yg dorang anggap sbg Tuhan.

Dlm tempoh tu juga , kebanyakan org miskin bekerja sbg pembantu rumah. Dorang sanggup keluar jauh tggalkan family sbb percaya Jesus akn berikan kekayaan dan kesenangan dlm tempoh tu. Sampailah hari ahad ke-4 tu, majikan dorang akan bagi cuti untuk balik kampong jumpa ibu masing-masing. Setiap ibu akn diberi “mothering cake”. Amalan dan tradisi ni menular seluruh dunia dan kini disambut sbg penghormatan kpd ‘Mother Church’ yg mana ia dianggap satu kuasa spiritual yang agung. Sejak tu perayaan ‘mothering Sunday’ni diraikan dgn upacara di gereja.

1872. Hari ibu di AS disambut hasil ilham Julia Ward Howe iaitu seorang aktivis social dan telah menulis puisi “ The Battle Hymn of The Republic”.

1907. Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen melancarkan hari ibu. Beliau telah Berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virgina agar meraikan Hari Ibu pada hari ulangtahun kematian ibunya, iaitu pada hari AHAD KEDUA BULAN MEI. Sejak tu, hari ibu dirayakan setiap tahun di Philadelphia. Anna dan penyokongnya telah menulis surat pada presiden , ahli korporat dan ahli politik mencadangkan agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.

1911. Hampir seluruh rakyat Amerika menyambut Hari Ibu.

1914. Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti am dan mesti diraikan pada setiap hari ahad kedua dlm bulan mei. Biarpun sebahagian besar ngara-ngara di dunia menyambutnya pd hari berlainan, tpi di Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia dan Belgium masih merayakannya pd setiap hari Ahad kedua bulan Mei..

TAMAT.

Dan aku kira di Malaysia juga begitu. Sbb hari tu di sebuah rancangan tv , pengacaranya memaklumkan bahawa sambutan hari ibu adalah pada setiap hari ahad kedua bulan mei. Ehem. Mungkin pada kita Hari ibu ni maksudnya sambutan sbg penghargaan buat semua ibu.pada hari tu, semua ibu diberi hadiah sbg tanda kasih sayang, diraikan sebaiknya. Tapi alam kita leka menyambutnya , pernah tak kita fikir asal usul hari ibu ni?cukupke hadiah je tanda kasih sayang? Cukup ke kta menghormati , meraikan dan menggembirakan ibu kita sehari je?

Kali ni aku tinggalkan korang dgn persoalan. Nanti aku update lagi berkisarkan sambutan yang macam mana pada Islam dan pendapat beberapa ulama yang membahaskan mengenai hukum menyambut hari ibu..fikir-fikirkan J


sekadar gambar hiasan..

p/s : Mungkin di kalangan pembaca sekarang ni ada pulak yang dalam kepalanya terfikir.. “habis, mksudnya aku sambut hari ibu tu mcm sambut ulangtahun kematian mama Anna Jarvis tu ke? “..



Tuesday, May 15, 2012

ujian itu nikmat

assalamualaikum :)


Sehari . dua hari . seminggu . sebulan . entah kenapa terasa ujian bertimpa . walau is sekecil zarah sekalipun , yang namanya ujian tetap menggoyah jambatan hati yang baru belajar erti ketabahan . jadi kecewa . patah hati . jatuh semangat sekejap .

Pelan – pelan kotak fikiran menanam satu semangat pada kotak hati . teringat kata- kata seseorang . “ bila kau letih dan hilang semangat , Allah tahu..betapa kau telah cuba sedaya upaya . bila tidak ada yang bererti buatmu , keliru dan kecewa..ALLAH adalah jawapannya J”.

Memang ada masalah yang buatkan aku keliru , kemudian kecewa seorang diri bila terasa diri dan usaha tak dihargai . memang ada hal yang buatkan semangat aku hilang macam tu aje . letih rasanya .

Tapi aku akui..apa-apa pun ujian , musibah & kesedihan yang dilalui . kembalilah pada Allah zahir dan rohani . pasti temui ketenangan yang dicari . pesan seorang sahabat “ andai ketenangan yang dicari , ia akan ditemui dalam ISLAM” .

Chill lah . peace J . thanks for reading. i luv my readers J

Sunday, May 6, 2012

putaran kehidupan

assalamualaikum :)





Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu..