Sunday, June 19, 2016

FENOMENA SEAFOOD MAK SITI SG ACHEH !

Hai korang!Upss..assalamualaikum...

sapa seafood lover? atau khususnya pencinta siput..apa saja jenis siput dia sental ...

haa..kalau korang stay belah utara atau balik kampung area penang-kedah-perak, maghii lee kampung sg setar, berdekatan sg acheh, nibong tebal.. cari Warung Seafood Mak Siti Sg Acheh. Segala jenis siput la ada.. Orang tok sah habaq, memang ramaiiiii gila kot.

Actually, lama dah kewujudan mak siti ni, dari aku skolah rendah lagi, ingat lagi dulu signboard dia biasa ja. tulis tangan ja " Mak Siti" . Tapi tak penah pulak aku sefamily singgah. padahal rumah x sampai 5 minit pon..tapi sekarang makin famous..sigboard pon dah cantik. Tahniah ntuk mak siti.kalau lalu pukul 12 malam tu mak aii..penuh tgok keta parking.. 

Apa yang best sangat ? 
Sebab korang boleh jumpa segala jenis siput kat sini.
sebab dia bukak setaun sekali ja..bulan posa. 
sebab kuah dia sedappp..

Disebabkan minggu ni 2 kali pi bersiput..so terasa nak up kat blog share ngan korang . Actually family aku semua pon baru malam tadi 1st time pi.. padahal memang sejak mak siti tak bukak lagi pon kitorang duk sini dah.haha.. Tips nak ke sini, kalau tanak sesak menunggu meja korang make sure datang awal seawal dia baru nak buka. 8.30 malam...!

Okay, belanja gambar sikit supaya korang terjebak bersiput macam aku..haha :p


Dulu .....


sekarang....


Nampak tak betapa ramainya umat...






oh, selain siput ada jugak menu lain macam bihun sup, laksa, rojak buah, sotong kangkung, chicken chop...semua pon sedap. 


Selamat Mencuba!


p/s : orang cakap kuala kurau pon ada kerang rebus. pon ramai cem gini. bukak time bulan posa saja jugak, So , mungkin itu next place kita bersiput :p

Monday, June 13, 2016

Settle study!

Akhirnyaa....yeay.
habis dah study.
habis dah final exam.
habis dah travel parit buntar-ukm.

FREE!

boleh dah nak plan jalan-jalan hujung minggu :)
boleh dah nak pi escape! yeass!
boleh dah buat jadual holiday :)
boleh dah pegi kenduri sabtu-ahad.
dah tak payah nak ponteng kelas semata nak pegi kenduri. haha.lol.

kalau tak,  hari khamis je stress tak beli tiket lagi . hehe

So, sekarang fokus kerjaya. Cari duit raya. duit jalan-jalan. duit kawen. eh.




                                   Bye classmate yang happy go lucky.haha...



Selamat Maju Jaya untuk diri sendiri. Korang, doakan aku okay! Tq :)




Wednesday, June 8, 2016

Kerjaya - Bukan cita-cita tapi impian

Hallo. Assalamulaikum !

Last week, alhamdulillah . Setelah 2 tahun bersabar dalam berusaha akhirnya sijil Peguam Syarie Penang dalam tangan. Jadi seorang Peguam Syarie bukanlah impian, kerjaya yang aku tak pernah mimpi. Sejujurnya walau habis ijazah dalam bidang undang-undang keyakinan ntuk jadi lawyer x pernah wujud. Nak jadi lawyer camna pon tak tau. Tapi Alhamdulillah, Allah tu Maha Merancang. Dia dah susun cantik. Dipertemu dengan mentor yang sangat berjiwa besar , tak tawu kat mana lagi boleh jumpa org macam dia. Bukan bodek tapi hakikat. Dia orang yang bertanggungjawab buka mata aku dalam dunia guaman syarie . Sentiasa memberi ruang dan peluang . Nasihat berbakul-bakul tak pernah jemu. Terima kasih bos!


Tetiba teringat lebih kurang 7 tahun lepas. waktu memula daftar kolej dalam diploma syariah dan undang-undang. Masa tu ada orang cakap kat mak  "nak jadi apa esok keluaq?" " ada kerja ke ambik bidang syariah"... senyum je lah masa tu. sebab rasa takziah untuk pemikiran orang sebegitu. Tapi Alhamdulillah, sekarang masa untuk aku buktikan bidang syariah bukan lah sesuatu yang cikai yang korang rasa boleh pandang jeling sebelah mata pon tak nak, yang korang rasa asal syariah esok-esok jadi ustaz ustazah, yang tak profesional langsung. Tak, Bukan. Bukan ye dik :)

Bagi aku kalau  tak dapat nak menjiwai dunia guaman syarie, kau tak kan paham apa sebenarnya Peguam Syarie. Kau tak kan rasa haibah Peguam Syarie tu sendiri :) So, dont judge a book by its cover . 


2 Jun 2016. Ini bukti. Ini hadiah aku untuk mak. Juga hadiah buat boss  bila kami 17 orang di bawah didikan beliau berjaya ditauliah sebagai Peguam Syarie Pulau Pinang :) 






 Terima kasih mak untuk setiap kasih sayang dan doa : )




Satu saja kata. Alhamdulillah. 
Selamat mencintai dunia hitam-putih. 
Pesan aku satu cuma, 
don't simply judge. don't assume. u better ask :) 

aha, thanks singgah jenguk :)

Tuesday, June 7, 2016

Update...

Assalamualaikum korang! Lamanya x update. sampai dah puasa pon. Cepatnya masa berlalu. Banyak sangat benda-aktiviti-entah apa segala memori 5 bulan ni . Sampai tak ter-singgah dah blog. Konon busy. Manis pahit semua ada. Yang manis-manis nanti kita update :)


Apa pun wishing u all happy fasting. Moga diberi kesihatan yang baik dalam melakukan ibadah sepanjang Ramadhan ini dan seterusnya :) .


Jom ODOJ!



Ok, thanks singgah. eh , jangan lupa niat posa :)