Friday, December 27, 2013

Jumaat ini yang terakhir

Assalamualaikum(^_^)


Lepas berbulan belog tak diupdate, tanpa ada muqaddimah terus ke penghujung cerita praktikal.

Harini Jumaat terakhir 2013. Juga Jumaat terakhir sebagai budak praktikal. Jumaat terakhir di SKM [Shazril Khairy Mustafa & Ass] . Juga Jumaat terakhir  berofismatekan mereka-mereka yang baik hati J. Eh.banyak pulak terakhirnya.

Okai.



2 bulan aku berinternship berpraktikal di SKM, syok! Memang best. lagi-lagi bila kakak2 staff nye baya2 umor je, memang syokla dibuat geng, dapat pulak kakak sebelah senior kolej. Eh. Dekat kolej tak pernah bersua bertegur, tiba seofis sakan pulak bergelak kita ye kak!

Pengalaman? Banyak benda yang dapat belajar. Celik sikit mata aku dengan dunia guaman syarie ni . Alhamdulillah dapat pulak amanat boss yang berjela supaya kitorang yg praktikal ni makin bersemangat nak menempuh dunia guaman syarie. Syukran Boss!

Tapi, 2 bulan memang tak cukup untuk belajar semuanya, tak cukup untuk mendapat kepercayaan orang atas untuk bagi kita kerja yang susah2. Tak cukup untuk kentalkan hati menjadi seorang peguam. tak cukup puas nak membuat kerja. Juga tak cukup masa nak bercerekarama dengan kekakak ofismate. Haha.

Penghujung bulan kedua bagi aku, Peguam2 baru nak memberi kepercayaan untuk buat kerja, baru nak dipelbagaikan skop kerja, baru nak cekapkan diri handle segala bagai. Tiba dah habis. Rasa macam nak je sambung lagi kan. 

Apa pun, buat warga SKM, thanks a lot uolls. Banyak jasa kalian memberi segala jenis ilmu. Sabar melayan pertanyaan remeh temeh budak praktikal. Hehe..halalkan yang makan minum lunch breakfast segala bagai. Panjang umur jumpa lah lagi kita. Insha allah J

alhamdulillah. rezeki banyak breakfast pagi ni di pejabat :)




Walau semua terakhir, Aku paling harap ini bukan Jumaat terakhir aku. Aminn.Insha Allah.


Sunday, September 29, 2013

SEPTEMBER



Bila ogos habis , sampai september. antara bulan yang sangat ditunggu. kenapa? september banyak sangat kenangan rasanya . pahit manis masin semua ada . yang paling terkenang harini 29 september. 


Dulu . 14 tahun lepas . 28-09-1999 . Rabu . Hujan lebat. kata orang malang memang tak berbau . Allah lebih sayangkannya . walau petang tu semua orang mencari tapi tetap tak ketemu . abah pergi di tempat dia mencari rezeki untuk anak isteri . di laut . abah pergi tatkala bakul sudah penuh berisi rezeki . juga dari laut . 


29 - 09 - 1999 . abah pergi jua . hanya jenayah yang dapat ditatap dikucup . tarikh keramat yang semua takkan lupa . semua yang menyayangi abah .  


29 - 09 - 2013 . walau dah 14 tahun berlalu . abah masih tetap hidup dalam hati semua anak-anak . rindu masih berkilo-kilo seperti dulu . kami simpan sedih sendu yang dulu . kami ganti dengan doa selalu . agar abah sentiasa bahagia di alam yang lagi satu . Insha allah . Al-fatihah . 


hidup masih perlu diteruskan. september bakal berakhir . apa pulak cerita oktober ? 


Friday, July 5, 2013

lovee..

assalamualaikum (^_^)

its 11.00 pm already ..

tiba-tiba terasa nak meraih semangat dari insan-insan kesayangan melalui belog ni .

dalam hidup ni org yg kita sayang 1st of course family. mak abah abang kakak adik anak menakan pakcik makcik tok tokwan bagai . tapi tak semua benda jugak dalam hidup ni kita share kan dgn family members kan? ada orang kawan tu penting . kedua terpenting selepas keluarga . kawan is everything . yes . i admit .

malam ni merindui dorang yang selalu bagi semangat pada aku walaupun dorang ni jauh dari aku .

bersyukur aku ada dorang dalam hidup ni .

wai..adalah bestfriend yang betul-betul "bestfriend" dalam erti kata yang sebenar . rabu lepas jumpa wai . wai cakap " It was such a great memory even in that short time. Thanks. " ahh..23 tahun aku hidup, dia satu satunya kawan yang sangat menghargai kawan dalam apa jua keadaan sekalipon. jarak bukan alasan . apa lagi pakwe . ahak . thanks lovee :)


its very great day . berpizza . berconetto . shopping .

and i like statement wai dekat belog . 

Always loving u, Wai J


...........................................................................................................

and iffah .. si cilik yang tak pernah bersua muka tapi banyak semangat dia titipkan . dan aku terasa makin rindu dan curious bila dapat tawu yg iffah sefamily dah selamat sampai ke bumi malaysia . alhamdulillah . dan iffah adalah lagi sorang insan yang sgt menghargai aku sebagai kawan sekaligus kakak dan achu nya :) . 

petikan kata-kata iffah ..

"achu kesayangan iffah yg iffah sangat rindu dan mengharapkan doa siang malam ni... huhu.achu yg iffah rasa nak nangis sebab tk sabar nak jumpa dgn org yg sentiasa tiupkan semangat utk iffah, walaupun tak pernah lagi jumpa kot.. huhu.achu yg iffah kagumi atas macam2 sebab,ana uhibbuki fillah :) "



iffah, ana uhibbuki fillah abadan abadaa :)
dan kata iffah..

"Achu, iffah sangat mendoakan keputusan yg terbaik bagi achu... semoga allah mengabulkannya dan percayalah, iffah janji iffah takkan berhenti mendoakan.."

afwan dik ..


.........................................................................................................................

dan semoga kalian juga ada orang kesayangan kalian yang tahu menghargai ukhuwah ini :) . have a nice day ! good night !
(^_^)

Wednesday, June 12, 2013

ESP [ ENERGIZING SOY PROTEIN ] #Shaklee

assalamualaikum pencinta belog ^_^


post kali ni mengenai kesihatan + kecantikan diri . pasal vitamin dan supplement . untuk post pertama pasal vitamin dan supplement ni aku pilih hot product dari Shaklee . 


ESP [ ENERGIZING SOY PROTEIN  ]
shaklee menawarkan banyak sgt vitamin . tapi ESP tgah hot aku kira . kenapa HOT ?


1) ESP membantu menjadikan kulit muka lagi cantik, halus gebu, kurang parut jerawat dan berseri.

2) Memang cepat mengenyangkan dan membantu dalam pengurusan berat badan. Sesuai dibuat sarapan pagi. Juga berupaya kurangkan parut jerawat di muka kerana terjadinya parut akibat dari kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel mati. 

3) ESP membantu memberi tenaga, badan akan lebih sihat  dan kurang berasa letih. 

4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP tersangatlah membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat.

5) ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi korang akan cepat kenyang dan kurang meragam.

6) Bagi ibu - ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum.


7) Meningkatkan kesuburan dalam proses pelekatan dan persenyawaan.






apa ada dengan ESP ni ?


1.Protein Soya ESP Shaklee berkualiti tinggi , berkesan dan  selamat untuk pengguna

2. Protein soya ESP Shaklee  berasaskan soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

3. Protein soya bukan-GMO ESP Shaklee dihasilkan di bawah Identiti Perservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

4. ESP shaklee telah ditambah kalsium jadi ia tidak berasid. kebanyakan soya bersifat asidik. ESP juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh.


5. satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu
 
6. Setiap satu canister ESP (850g) mengandungi 30 kg soya!

7. Soya Shaklee dibasuh dengan menggunakan air bukan dicuci dengan alkohol, jadi soya shaklee mempunyai isoflavon aktif. 




ESP boleh jugak dicampur dalam masker. 



yogourt  +  putih telur  +  sesudu ESP


kenapa yogourt ?

Yogurt  mengandungi mineral zink dan antioksidan serta vitamin A dan C juga membantu kulit kelihatan segar. Untuk menggunakan yogurt dalam perawatan kecantikan, pilih yogurt polos (plain) dan tanpa rasa (unflavored). Sebaiknya gunakan Yogurt organik  kerana ia tidak mengunakan susu dari lembu yang dirawat oleh antibiotik dan hormon. Jika jenis  kulit korang kering, sebaiknya pilih yogurt yang mengandung lemak asli untuk menutrisi. Namun, jika  kulit  korang  berminyak atau kombinasi, lebih baik memilih yogurt tanpa lemak (nonfat).


kenapa putih telur ?


Putih telur  kaya dengan vitamin juga bermanfaat untuk mengatasi jerawat. Putih telur digunakan untuk mengurangkan  minyak dan mengecilkan pori-pori, juga dapat menarik kotoran dan minyak dari kulit sehingga mencegah timbulnya jerawat.



try lah . memang best . nak ? boleh pm aku dekat pesbuk sarabasri :) harga cun punya okay !

Monday, June 10, 2013

welcome semester eight !!

assalamualaikum pencinta belog (^_^)


10 jun 2013. senin. new sem. new life. new story. new laugh. new room. new lecture. new finance. 


semua new lah . kolej je tak new new lagi. still the same. 


welcome semester EIGHT ! semester LAPAN ! semester LAST! 



permulaan semester hari isnin . dah start kelas tadi pagi . pukul 8 pagi tepat . subjek mama . pensyarah dah siap bukak lcd, maksudnya dah belajar laa untuk 1st day walau hanya sejarah . tutor pon lepas tu jugak . dan dah dapat pon gheja sekolah 2 . 


hurmm , aku kira ini satu permulaan semester yang baik lah nak dibandingkan dgn semester2 lepas . nampak lah sikit sem lapan sbb terus belajar , terus bahagi group assgment dan terus dapat kerja untuk present next tutor . pretty good right ? walaupun tadi pagi masok dewan kuliah beg tgn mama dah ada atas meja pensyarah. thats mean , pensyarah dah masuk, kau lambat. kihkihkih :p


semoga sem ni lagi banyak yang maniss maniss dari yang pahitt pahitt . pahitt susah nak telan . 


wish me luck beb !




i'm back !!!

assalamualaikum korangggg.....!!!


aha, i'm back. 

setelah lebih kurang sebulan tak dapat bukak gmail. emel gmail problem. 

and

tadaaa....

syukur alhamdulillah.

maka dengan ini bolehla saya update belog.hihihi..

i'm glad too ^_^

Wednesday, May 8, 2013

penangriannss..


Penangriannss sebenarnya group yg aku gelarkan masa holiday ke penang sebulan yang lalu. Yeapp, da sebulan lepas punya event sekarang baru update :P . geng penangriannss boleh kata semua geng sepersatuan seprogram dan sepersada di kolej…orangnya Hadrie, Syarafi , Paan, Saed, Fana, Shepa, Qilah aka kak ngah and aku!!

Singkat  sangat trip ke penang kali ni sebenarnya. Eh, bunyi macam dah banyak kali pegi holiday penang pulak kan..padahal 1st time. Except aku dan hadrie lah sebab kami orang penang. Perjalanan dari KL khamis malam naik tren ramai-rama. Memang gamatlah dalam tren tu kalau dah bergabung semua, tapi gamat tu tak lama. Lepas tu semua layan mimpi memasing dahh. Dalam 4suku pagi lebih kurang , kami sampai di stesen Nibong Tebal. Then , girls stay rumah aku and para lelaki stay rumah hadrie. 

Dalam 11 pagi kumpul balik and terus ke penang. Ingatkan hari tu panas sampai ke malam rupanya  hujan di tengahari. Haha..jadi program tergendala terencat semuanya. Sempat solat kat masjid terapung, pekena nasi kandaq Line Clear , nak pi rumah P.Ramlee tapi tak jumpa jalan.kehkeh..terus pekena pasemboq kat Padang Kota Lama, jalan Queensbay dan dinner kat Jeti Pulau Aman. Habis satu hari !

  
lunch @Nasi Kandaq Line Clear

        
        
@padang kota lama

dinner @jeti pulau aman



Esoknya , sarapan ditaja oleh ibunda Hadrie. So breakfast dah jimat duit poket. Haha.. pagi destinasi pertama Muzium Jeruk Pak Ali di Simpang Empat saja..shepa sempat beramah mesra membodek Pak Ali sampai suruh Pak Ali kirim salam kat mama dia..Pak Ali pon turutkan aja senget si shepa tuh. Dari Pak Ali terus ke Bukit Bendera..naik cabel tren, sampai atas jalan, makan , bergambar tu ajelah aktiviti wajib kami J. Habis kenyang ke Batu Feringghi . disebabkan masa berjalan harini terhad so lepak pantai kejap je then terus singgah Masjid Terapung untuk solat and terus gerak  balik ke Butterwoth. Dah sampai masanya mereka mereka ni pulang KL…

@Muzium Jeruk Pak Ali
@bukit bendera

girlss..


huduhhh...kahkahkah


i loveeu penangg...kbai



Wednesday, March 27, 2013

secebis tiupan semangat

assalamualaikum pencinta belog (^_^)


entry aku pagi ini mungkin lebih seperti warkah untuk insan . sekadar menitip semangat supaya dia tak terus jatuh dan masih berdaya bangun mengejar impian dengan senyum dibibir. insyaallah . 


dulu tulisan-tulisan dia di belog selalu jadi inspirasi aku untuk jadi kuat . selalu jadi ubat bila aku rasa lemah. letih. aku rasa tulisan dia sgt bertenaga . sesuai dgn tagline dia .. "Mencari damai yang hilang" . dan dari dia jugaklah, aku belajar mencari damai tu.. hakikatnya aku x pernah pun jumpa dia . tapi bla hati aku rasa down , aku rindu nasihat2 dia..walau dia seumur dgn anak saudaraku sendiri, tapi dia macam kawan yang sebaya dgn aku..


sekarang aku tahu, dia tgah susah hati.tgah serabut.bermacam perasaan dah bercampur dalam diri dia. sedih.hiba.stress.letihh.pedihh.kecewa.malu.gagal. semua. sampaikan dia merasa seakan hati dia dah mati.. aku terfikir, mana iffah yang aku kenal dulu. yepp, namanya iffah. maniss kan.. :)


buat iffah,
achu masih yakin yang iffah kuat dan boleh harungi semua ni . hidup memang buat kadang kita rasa tak adil . kadang kita di atas. kadang di bawah . kadang kita senyum . kadang kita menangis. tapi itulah warna warni kehidupan ni dik.. Dia xkan letakkan kita di atas selamanya. sebab Dia nak kita rasa jugak kehidupan di bawah . itu namanya adil . Dia tanak kita sombong dgn nikmat selamanya. sbb nikmat tu hanya sementara.. nampak tak adilnya Tuhan kita. betapa Tuhan kita sayangkan hamba Nya..


jadi, kembalilah jadi iffah yang mencari damai yang hilang itu. ingat pesan achu , jangan tamak dengan kejayaan. mungkin kasar bunyinya . tapi mendalam maksudnya . dalam mengejar cita-cita memang kena buat sehabis baik , semampu sedaya yang boleh . tapi jangan paksa kemampuan kita . mesin pon boleh meletop kalau sampai tahap limitnya . 


jalanilah kehidupan ni dengan senang hati . bukak kan hatimu . bangunkan hati mu. jangan biar ia terus mati. iman perlu direfresh , perlu direfill :)





      



take care dear . lots of luck. lots of lovee.. :)
      


Tuesday, March 12, 2013

Broga Hills !!

assalamualaikum pencinta belog (^_^)


pagi tadi dah memecahkan sedikit lemak yang memercikkan seguni peluh..eeuuww..haha. bukan hanya berjongging tapi mendaki . daki broga je lah tapi . walaupun bukit jeee, tapi ponat dia , haishhh..boleh tahan . rasanya daki gunung datok dulu pon xcepat penat mcm broga . bagi aku, broga neh tak tinggi tapi jalannya yg berbukit mmg cepat memenatkan lahhh..


kami berbroga berenam sahaja ... konon mau gerak pukol 5 pagi nak subuh di puncak dan menghayati matahari terbit lahh. tapi terlajak entah kenapa. gerak naik lepas subuh dalam pukol 7 kot.. ok lahh tu.. itu pon ada yang pancit tengah jalan. haha



berjalan . mendaki. jalan yang lekuk lekuk.. 





merenung matahari terbit lahh konon. *padahal candid jee*



ini jelah kami yang berbroga di pagi senin . takat ni jelah yang kami mampu . tak tertawan puncak broga dek kerana laparrrr -__- . lain kali saja naik puncak..bak kata hadrie . haha..
kbai broga . esok naik lagi :P

Saturday, March 9, 2013

dunia alarm !!

assalamualaikum pencinta belog ^__^



alarm ? tataw alarm tu apa? nampak benor nipu kalo tataw. kan korang slalu maen snoozeeee alarm. layan ngantuk punya hal ...haha...


alarm punya hal....
situasi 1 :


mesti selalu gini kan kauorang semua? aku pon.. lepas ni letak caption cem kat gambar tu..lagi ko tak bangun lagi gemok lahh kau. haaa..amek kau! . wakaka... :p



situasi 2 :


ini pon selalu jugak ni.. dengaq lagu alarm tu siap berangan , masok mimpi, menari bagai...hahaha. sengal gile...



so... penyelesaiannya...
ingat tuh ? jgn nak letak sgt lahh lagu yg boleh buat kau berangan dan sambung tido dengan teramatlah enak sampai bukan setakat subuh gajah atau unta malah subuh datok dinasour mungkin. :P



ok. tu je aku nak pesan. kbai !
dont forget to thank you for ur alarm. tell them (maybe uolls punya alarm banyak ) "i appreciate ur effort"


credit to : page 9gag..


Sunday, March 3, 2013

Adil pada diri adil pada kehidupan


Assalamualaikum pencinta belog (^_^)



Kadang – kadang dalam hidup ni, kita hanya fikirkan diri kita tanpa pedulikan orang lain. Hatinya, perasaannya, jiwanya..kadang pulak kita rasakan seperti kita dah cukup menjaga hati dan perasaan orang sampaikan kita rasa orang selalu buat kita kecik hati . tapi mungkin dalam kecik hati kita tu kita tak sedar yang sebenarnya kita pun selalu buat perkara yang sama. Mungkin tanpa sedar kita selalu kecikkan hati orang. Jadi jangan selalu fikir untuk puaskan diri dan hati kita saja tanpa peduli yang lain . tolehlah lebih dari 360 darjah agar kita adil dalam menjalani kehidupan ini . peace J



Tulusnya kasih mak..



Assalamualaikum pencinta belog (^_^)



Salam rindu untuk pembaca-pembaca yang rindukan entry  Put3ri Abah . dah lama menyepi . maafkan ana . J


Banyak sebenarnya kesah tapi tak terluah kat sini .simpan kejap dalam hati dan memori.Cuma tiba terasa nak mencoret kisah ibu . bila terkenang mak , jauh di sudut hati terasa tulusnya kasih seorang wanita yang namanya  mak..


Kalau nak kira tulusnya kasih mak..banyak sangat buktinya. Tak terhitung , tak terungkap tak berhenti jari menari di keyboard mungkin . cukuplah sekadar satu dua kisah yang nak aku share kan kat sini . kisah mak dan anak-anak bongsunya . kenapa anak-anak bongsu ? sebab satu kisah mak dan anak bongsu sebongsu bongsunya iaitu aku dan satu lagi kisah mak dan anak bongsu lelakinya iaitu abgku.


Satu hari, aku seharian sibuk menyepi depan Toshiba lovee menaip melihat mendengar mencari apa segala bagai di laptop kesayangan. Pagi-pagi mak menjenguk ke bilik, kata mak nak aku bawakan dia ziarah pak dan mak ngah di kampong sebelah . tapi mak sepertinya serba salah sebab tengok aku asyek dengan kerja sekolah kononnya. Tapi aku on jee kalau mak ajak jalan . apa lah sangat kerja sekolah tu nak banding dengan hajat mak tu kann..tiba petang, sedang asyek aku menaip, hidung semacam bau makanan sedapppp je . bila sedar dah asar, teringat janji dengan mak. Sebelum keluar., Sempat aku menjenguk ke dapur. Tiba datang mak , katanya “ ini mak buatkan adik maggi kari. Adik kan penat study”..aduhhh mak..dalam hati Allah saja yang tahu betapa terharunya aku dengan kasih mak yang satu ini..rasa berdosa sebab bukan setiap saat aku mengadap laptop tu aku stdy tapi aku sambil-sambil bermuka buku dan berburung biru. *nanges sebentar* .


Tapi inilah aku..dgn mak sgt malu, segan entah kenapa. Aku hanya zahirkan terima kasih dan rasa terharu tu dalam hati dan juga dengan menghabiskan maggi tu sambil kongsi dengan mak dan dengan mempublishkan di mukabuku yang mak aku buatkan maggi. Dalam hati kutuk diri sendiri sbb tak luahkan apa yang terbuku..


Satu hari lain pulak, aku di kolej, mak di kampong dan abang di ipoh. Aku call mak tanyakan khabar. Mak ceritakan khabar abang yang sakit tekak tak makan nasi dah 2 hari.mak risau , mak sedih dengar kisah abang. Kata mak , mak nak jee pegi ipoh tengok abang. Aku tersentuh. Bukan sebab aku cemburukan kasih mak pada abang tapi aku nampak betapa mahal dan tulusnya kasih mak pada anak-anak walaupun anaknya itu dah berumahtangga sekalipun. Sampai aku jadi sedih sendiri. Dan esoknya terus mak mengajak si along ke ipoh dan mak duduk dekat seminggu jugak kat sana…oh..mak..


Korang sedih ke baca kisah aku kali ni? Aku pon sedih ni. *lap air hidung* . tulus kan kasih seorang ibu. Tak terbalas kita sebagai anak. Entah macam mana hidup agaknya kalau ibu pergi dulu..tak sanggup kot. Ya Allah, panjangkanlah umur mak sebab kami tak sanggup hilang mak. Kerna mak lah ibu dan mak jugaklah ayah bagi kami . aminnn…


p/s : minggu ni rasanya mak akan ke JB pulak ke rumah si kakak. Mak tabah, gigih kaya dengan kasih sayang untuk anak-anaknya. Dari penang à ipoh à Johor !

gambar feveret sekeluarga....:)

Friday, January 18, 2013

bila buah hati dah merajukk..

assalamualaikum pencinta belog (^_^)


ini kisah semalam petang . di rumah beliau . beliau adalah salah salah seorang buah hati saya . nama beliau hensem mcm orang nya , Muhammad Arif Sufi . hensem kan nama beliau.. nak tgok gambar beliau ?

tapi ni masa beliau kecik lahh.. x ingat berapa bulan time ni..

sat sat lagi baru letak gamba beliau dah besar..makin hensem..memalu pulak tu kalau kena ngorat.haha...

..............................................................................................................



hokay.hokay.hokay.
tak payah nak berkontroversi sgt lah kan. beliau adalah anak sedara saya .
ok, dah bole start guna ganti nama *aku* macam biasa. belit lidah sebut saya.walaupun aku taip tak sebut.

entry ni macam biasa biar gamba yang bercerita . kisah arif sufi dan achusara..


kisah bermula bila si achu dah lepak lama kat umah dia, then tetiba nak balik naik moto tak bawak dia sekali.apa lagi haruslah ada drama kannn...dah la achu bawak moto ummi dia..haha..


okay..aku cakap jee " jommm..achu nak balik" .  arif kuar umah dulu..lepas  main2 sat . dia mula dah cari kasut dia..suruh kakak pakai kan..

ariff : achuu..achuuu *sambil jari ke atas ke bawah kat tepi kereta abah* ..jommm laa jalann..adik nak ikott..


ariff : ishhhh..*sambil jeling sikit* achu ni tak paham ke isyarat adik ni.nak ajak naik keta abah, achu tu bukan ada lesen pon. entah-entah pegang stereng keta pon tataw..kihkihkih :p





adik dah jalan pegang pegang moto ni pon tak paham lagi ke achusaraa uiiii...*hati dah pasrah*



dahhh laaa achuu . tak mau bawak sudah . merajuk . naik buai lagi bestt *sambil jalan ke buai*


tapii..tapiii..adik tak gheti nak naik buai ni . achu tolong laa angkat *sambil belit belit buai kat leher mintak simpati*



yeayy..dah naik. syukrann achu sayang :) *dalam hati ada misi tersembunyi sebenanya*


hokay...naik buai selow selow jaa. sambil tunduk jee bawah. mohon achu paham yang adik naik buai separuh hati je ni...




tunduk lagi.tunduk lagi...ishhh, nak kena achu ni. tak paham jugak.


kuis kuis*eh, macam nama kolej achu je kuis tu * simen dgn kaki..


ariff : hoyeeiii..buai laju laju sampai kena achu. *masa ni achu depan adik jee* kihkihkih....
achu : eh eh adik ni. balas dendam ke dikk..hahaha


adik kemudian turun buai bila si kak cik keluar dan terus ke moto....
ariff pon ke moto..




ariff : dahh laaa achu . tak mau bawak adik naik sendiri moto ummi ni.. adik bawak sendiri..
achu : chewah chewah si kecik ni...



beberapa saat kemudian si achu mengangkat si adik masuk rumah dan buka kasut dan achu lari keluar...hihihi



maka terburailahhh air mata si adikk..
mengamok nakkk ikottt.hahaha


 k, bai adik :)


k, bai jugak pada yang membaca kisah ini :P . hehehe...


Thursday, January 17, 2013

homework .

assalamualaikum pencinta belog (^_^)

salah satu bnda favourite pkara yg dihupdate dalam belog adalah HOMEWORK !! why ar ? emm, maybe sbb aku nak sedarkan diri sendiri yang sebenarnya dalam aku banyak tido, makan, twitter, pesbuk, game tu actually banyak homework ! tapi saja buat-buat tak nampak.. 


disebabkan kadang-kadang aku selalu sgt suka baca balik belog sendiri  *maaf ayat lintang pukang * , jadi aku suka hupdate segala keja nak kena buat dalam belog ni. sonang . dan lagi satu, kenangan la wehh semua bnda nih . kang dah habes blaja, da kawen, eh, baca balik suwett hape. mengenang zaman belajar..hewhew..

hokay.hokay.hokay,



konon lah bederet ketas memo nota kat board . 


empat daripadanya..

perincian :
SIYASAH SYARRIYYAH --> cari umar abd aziz ntuk present *nmpk sgt memo ats tu x update
TESIS LOVEE --> summary bahan n plisss jumpa puan b.
QANUN DUSTUR --> assgment buat ! 
AMALAN GUAMAN & KEHAKIMAN SYARIE --> failkan jawapan kpd pembelaan & tuntutan balas.                 tarikh baru : 24 jan 2013


tiga daripadanya..

perincian :
TATACARA MAL --> lengkapkan fail permohonan bagai. tarikh serahan dokumen : 21 jan 2013
UNDANG2 KETERANGAN --> buat nota . stdy . cari bahan assgment !!
PROGRAM KAMI 3 --> setelkan semuanya berkaitan perasmian penutup.



bila balik cuti mid sem seminggu di kampong halam.perkara nombot satu buat adalah senaraikan koje sekolah macam gini . tapii malangnya , sudahnya senarai je lah lebih . buat nya ciputt..cehhh..


**sekarang bangun, sambung buat tesis. k bai.





kan best sambil buat keja sekolah smbil pekena burger bakar banjir  LAVA GRILL neh..slurrppp*meleleh air liur