Penangriannss sebenarnya group yg aku gelarkan masa holiday
ke penang sebulan yang lalu. Yeapp, da sebulan lepas punya event sekarang baru
update :P . geng penangriannss boleh kata semua geng sepersatuan seprogram dan
sepersada di kolej…orangnya Hadrie, Syarafi , Paan, Saed, Fana, Shepa, Qilah
aka kak ngah and aku!!
Singkat sangat trip ke
penang kali ni sebenarnya. Eh, bunyi macam dah banyak kali pegi holiday penang
pulak kan..padahal 1st time. Except aku dan hadrie lah sebab kami
orang penang. Perjalanan dari KL khamis malam naik tren ramai-rama. Memang
gamatlah dalam tren tu kalau dah bergabung semua, tapi gamat tu tak lama. Lepas
tu semua layan mimpi memasing dahh. Dalam 4suku pagi lebih kurang , kami sampai
di stesen Nibong Tebal. Then , girls stay rumah aku and para lelaki stay rumah
hadrie.
Dalam 11 pagi kumpul balik and terus ke penang. Ingatkan hari
tu panas sampai ke malam rupanya hujan
di tengahari. Haha..jadi program tergendala terencat semuanya. Sempat solat kat
masjid terapung, pekena nasi kandaq Line Clear , nak pi rumah P.Ramlee tapi tak
jumpa jalan.kehkeh..terus pekena pasemboq kat Padang Kota Lama, jalan Queensbay
dan dinner kat Jeti Pulau Aman. Habis satu hari !
lunch @Nasi Kandaq Line Clear
@padang kota lama
dinner @jeti pulau aman
Esoknya , sarapan ditaja oleh ibunda Hadrie. So breakfast dah
jimat duit poket. Haha.. pagi destinasi pertama Muzium Jeruk Pak Ali di Simpang
Empat saja..shepa sempat beramah mesra membodek Pak Ali sampai suruh Pak Ali
kirim salam kat mama dia..Pak Ali pon turutkan aja senget si shepa tuh. Dari
Pak Ali terus ke Bukit Bendera..naik cabel tren, sampai atas jalan, makan ,
bergambar tu ajelah aktiviti wajib kami J.
Habis kenyang ke Batu Feringghi . disebabkan masa berjalan harini terhad so
lepak pantai kejap je then terus singgah Masjid Terapung untuk solat and terus
gerak balik ke Butterwoth. Dah sampai
masanya mereka mereka ni pulang KL…
@Muzium Jeruk Pak Ali
@bukit bendera
girlss..
huduhhh...kahkahkah
i loveeu penangg...kbai
1 comment:
salam perkenalan
done follow
http://www.iuzira.com/2013/05/my-doodle-dah-siap-by-munirah-mn.html
Post a Comment