Friday, December 27, 2013

Jumaat ini yang terakhir

Assalamualaikum(^_^)


Lepas berbulan belog tak diupdate, tanpa ada muqaddimah terus ke penghujung cerita praktikal.

Harini Jumaat terakhir 2013. Juga Jumaat terakhir sebagai budak praktikal. Jumaat terakhir di SKM [Shazril Khairy Mustafa & Ass] . Juga Jumaat terakhir  berofismatekan mereka-mereka yang baik hati J. Eh.banyak pulak terakhirnya.

Okai.



2 bulan aku berinternship berpraktikal di SKM, syok! Memang best. lagi-lagi bila kakak2 staff nye baya2 umor je, memang syokla dibuat geng, dapat pulak kakak sebelah senior kolej. Eh. Dekat kolej tak pernah bersua bertegur, tiba seofis sakan pulak bergelak kita ye kak!

Pengalaman? Banyak benda yang dapat belajar. Celik sikit mata aku dengan dunia guaman syarie ni . Alhamdulillah dapat pulak amanat boss yang berjela supaya kitorang yg praktikal ni makin bersemangat nak menempuh dunia guaman syarie. Syukran Boss!

Tapi, 2 bulan memang tak cukup untuk belajar semuanya, tak cukup untuk mendapat kepercayaan orang atas untuk bagi kita kerja yang susah2. Tak cukup untuk kentalkan hati menjadi seorang peguam. tak cukup puas nak membuat kerja. Juga tak cukup masa nak bercerekarama dengan kekakak ofismate. Haha.

Penghujung bulan kedua bagi aku, Peguam2 baru nak memberi kepercayaan untuk buat kerja, baru nak dipelbagaikan skop kerja, baru nak cekapkan diri handle segala bagai. Tiba dah habis. Rasa macam nak je sambung lagi kan. 

Apa pun, buat warga SKM, thanks a lot uolls. Banyak jasa kalian memberi segala jenis ilmu. Sabar melayan pertanyaan remeh temeh budak praktikal. Hehe..halalkan yang makan minum lunch breakfast segala bagai. Panjang umur jumpa lah lagi kita. Insha allah J

alhamdulillah. rezeki banyak breakfast pagi ni di pejabat :)




Walau semua terakhir, Aku paling harap ini bukan Jumaat terakhir aku. Aminn.Insha Allah.


No comments: