Friday, December 27, 2013

Jumaat ini yang terakhir

Assalamualaikum(^_^)


Lepas berbulan belog tak diupdate, tanpa ada muqaddimah terus ke penghujung cerita praktikal.

Harini Jumaat terakhir 2013. Juga Jumaat terakhir sebagai budak praktikal. Jumaat terakhir di SKM [Shazril Khairy Mustafa & Ass] . Juga Jumaat terakhir  berofismatekan mereka-mereka yang baik hati J. Eh.banyak pulak terakhirnya.

Okai.



2 bulan aku berinternship berpraktikal di SKM, syok! Memang best. lagi-lagi bila kakak2 staff nye baya2 umor je, memang syokla dibuat geng, dapat pulak kakak sebelah senior kolej. Eh. Dekat kolej tak pernah bersua bertegur, tiba seofis sakan pulak bergelak kita ye kak!

Pengalaman? Banyak benda yang dapat belajar. Celik sikit mata aku dengan dunia guaman syarie ni . Alhamdulillah dapat pulak amanat boss yang berjela supaya kitorang yg praktikal ni makin bersemangat nak menempuh dunia guaman syarie. Syukran Boss!

Tapi, 2 bulan memang tak cukup untuk belajar semuanya, tak cukup untuk mendapat kepercayaan orang atas untuk bagi kita kerja yang susah2. Tak cukup untuk kentalkan hati menjadi seorang peguam. tak cukup puas nak membuat kerja. Juga tak cukup masa nak bercerekarama dengan kekakak ofismate. Haha.

Penghujung bulan kedua bagi aku, Peguam2 baru nak memberi kepercayaan untuk buat kerja, baru nak dipelbagaikan skop kerja, baru nak cekapkan diri handle segala bagai. Tiba dah habis. Rasa macam nak je sambung lagi kan. 

Apa pun, buat warga SKM, thanks a lot uolls. Banyak jasa kalian memberi segala jenis ilmu. Sabar melayan pertanyaan remeh temeh budak praktikal. Hehe..halalkan yang makan minum lunch breakfast segala bagai. Panjang umur jumpa lah lagi kita. Insha allah J

alhamdulillah. rezeki banyak breakfast pagi ni di pejabat :)




Walau semua terakhir, Aku paling harap ini bukan Jumaat terakhir aku. Aminn.Insha Allah.


Sunday, September 29, 2013

SEPTEMBER



Bila ogos habis , sampai september. antara bulan yang sangat ditunggu. kenapa? september banyak sangat kenangan rasanya . pahit manis masin semua ada . yang paling terkenang harini 29 september. 


Dulu . 14 tahun lepas . 28-09-1999 . Rabu . Hujan lebat. kata orang malang memang tak berbau . Allah lebih sayangkannya . walau petang tu semua orang mencari tapi tetap tak ketemu . abah pergi di tempat dia mencari rezeki untuk anak isteri . di laut . abah pergi tatkala bakul sudah penuh berisi rezeki . juga dari laut . 


29 - 09 - 1999 . abah pergi jua . hanya jenayah yang dapat ditatap dikucup . tarikh keramat yang semua takkan lupa . semua yang menyayangi abah .  


29 - 09 - 2013 . walau dah 14 tahun berlalu . abah masih tetap hidup dalam hati semua anak-anak . rindu masih berkilo-kilo seperti dulu . kami simpan sedih sendu yang dulu . kami ganti dengan doa selalu . agar abah sentiasa bahagia di alam yang lagi satu . Insha allah . Al-fatihah . 


hidup masih perlu diteruskan. september bakal berakhir . apa pulak cerita oktober ? 


Friday, July 5, 2013

lovee..

assalamualaikum (^_^)

its 11.00 pm already ..

tiba-tiba terasa nak meraih semangat dari insan-insan kesayangan melalui belog ni .

dalam hidup ni org yg kita sayang 1st of course family. mak abah abang kakak adik anak menakan pakcik makcik tok tokwan bagai . tapi tak semua benda jugak dalam hidup ni kita share kan dgn family members kan? ada orang kawan tu penting . kedua terpenting selepas keluarga . kawan is everything . yes . i admit .

malam ni merindui dorang yang selalu bagi semangat pada aku walaupun dorang ni jauh dari aku .

bersyukur aku ada dorang dalam hidup ni .

wai..adalah bestfriend yang betul-betul "bestfriend" dalam erti kata yang sebenar . rabu lepas jumpa wai . wai cakap " It was such a great memory even in that short time. Thanks. " ahh..23 tahun aku hidup, dia satu satunya kawan yang sangat menghargai kawan dalam apa jua keadaan sekalipon. jarak bukan alasan . apa lagi pakwe . ahak . thanks lovee :)


its very great day . berpizza . berconetto . shopping .

and i like statement wai dekat belog . 

Always loving u, Wai J


...........................................................................................................

and iffah .. si cilik yang tak pernah bersua muka tapi banyak semangat dia titipkan . dan aku terasa makin rindu dan curious bila dapat tawu yg iffah sefamily dah selamat sampai ke bumi malaysia . alhamdulillah . dan iffah adalah lagi sorang insan yang sgt menghargai aku sebagai kawan sekaligus kakak dan achu nya :) . 

petikan kata-kata iffah ..

"achu kesayangan iffah yg iffah sangat rindu dan mengharapkan doa siang malam ni... huhu.achu yg iffah rasa nak nangis sebab tk sabar nak jumpa dgn org yg sentiasa tiupkan semangat utk iffah, walaupun tak pernah lagi jumpa kot.. huhu.achu yg iffah kagumi atas macam2 sebab,ana uhibbuki fillah :) "



iffah, ana uhibbuki fillah abadan abadaa :)
dan kata iffah..

"Achu, iffah sangat mendoakan keputusan yg terbaik bagi achu... semoga allah mengabulkannya dan percayalah, iffah janji iffah takkan berhenti mendoakan.."

afwan dik ..


.........................................................................................................................

dan semoga kalian juga ada orang kesayangan kalian yang tahu menghargai ukhuwah ini :) . have a nice day ! good night !
(^_^)