Tuesday, January 8, 2013

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

assalamualaikum pencinta-pencinta belog (^_^)


gila lama aku x lembutkan jari dekat belog sendiri ni . selalu masok mampu baca entry lama-lama balik je sambil jalan belog orang . 

petang ni tetiba nampak abg feroz kemain post buat GA , ape lagi , tetiba je nafsu berblogging aku datang..act nafsu rebut hadiah...haha. aku kan pantang napak GA, contest bagai ni. 

so, setelah sekian lama x hupdate belog, inilah permulaan entry untuk 2013... happy new year korang walaupun dah tak berapa nak new year sgtlah kannn...hehe

eh, korang tanak join sekali ngan aku berebut-rebut hadiah GA abg feroz ni ke ? nak? kalau nak , kita mulakan dgn niat...

" sahaja aku mulakan entry tahun baru 2013 kali ini, dengan entry berebut hadiah abg feroz..semoga aku di kalangan yang bertuah..aminn "





abg feroz sekali buat GA , bukan main dia punya sponsor taw... sebab tu la kita kena join..korang tgok la sendiri banyak mana sponsor dia kaut...kalau takde sponsor, takde la namanya jiwa rosak ye abg feroz? eh?...gurau je..hehe

  mGosip
  Cuba Teka 



bila dah sponsor banyak gila cem gini , hadiah haruslah gempak. tak gitu bang ? katanya antara hadiahnya Domain.Com, cash 50, topup 50 hengget , cash 40 hengget, cash 30 hengget...wowwww !!! . eh, ni antara je ni.. meh aku kasi link hadiah terus. korang belek sendiri satu-satu kasi puas hati . 


nampak tak ? nampak tak betapa banyaknya hadiah sampai kena buat senarai link baru...berlaboi-laboi kau..eh, berbaloi-baloi :p


aku memang tak kudukut maklumat . jadi , aku nak sebar-sebarkan GA  abg feroz ni lah . wahai blogger fatin athirah , blogger ieza mieza dan blogger kemba tolo , marilah sama-sama berganding bahu berebut hadiah :P

***semua orang bole join. jommmm laaa..rajin - rajin melawat Jiwarosak.Com ehhh ? chowww...daaa.wsalam :)

Saturday, January 5, 2013

pasrah segalanya...

:::::::::::::::::: assalamualaikum ::::::::::::::::::::::::::



Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Friday, November 9, 2012

aidiladha-korban-kenduri-perjumpaan keluarga [part three]


Assalamualaikum (^_^)

Insyaallah ini cerita part three about  “aidiladha-korban-kenduri-perjumpaan keluarga ”. nak ulang part one and two ? sini klik PART ONE and the PART TWO.

Kali ni hanya fokus cenghita pasal kenduri dan perjumpaan keluarga tok wan aku buat pertama kali nya . Keluarga besar Haji Osman. Idea asal perjumpaan ni dari my  tok cik.. atau nama glamor tok cik leh . Pengarah program dan ketua segala gerak kerja dan tulang belakang terpenting perjumpaan ini adalah pak teh aku , Mr Ishak bin Haji Md Noor. Congrats Pak Teh  sbb semuanya berjalan lancar. Dan my sweet siblings mcm biasa antara org2 penting di belakang Pak Teh..eh, macam masok bakul pikul sendiri pulak . tak la pon, sebenarnya aku dan adk beradik yg lain memang suka menyibok bab2 wat program mcm neh. Ye lah, eratkan ukhuwah kan. Sapa tanak. Ye tak ? hehe…


Macam biasa , biarkan gambar yg bercerita…lets play the memories J……



lokasi...



orang kuat teknikal dan multimedia... :P



tahlil dan bacaan yaasin







macam-macam fesyen haa depa makan..hehe




model banner ?

ramai lagi neh yang tak masok..kalo tak mesti penuh..tak cukup filem. eh.haha



:)

azra :)




sebelah petang ada games sikit ntuk bebudak kecik.. aku lah ketua..haha




antara peserta...tiup dik tiup..hehe



semua dah balik..ini la sesi petang...basuh dan basuh..