Monday, September 21, 2015

Rasa hati

Tuhan, jagakan hati dan rasa cinta ku,
supaya tidak tersalah arah
supaya tidak melebihi dari cinta untukMu

Tuhan..
izinkan hidayah cintaMu menyapa hatiku..
aku tak ingin menyintai yang belum menjadi hak milikku

Thursday, September 17, 2015

Kelebihan Surah Al Kahfi

Assalamualaikum semua :)



Dah start baca al kahfi macam tips yg dalam entry lepas? Tips habiskan Al-Kahfi !


Sunnah untuk kita baca Al Kahfi pada hari Jumaat atau dimulakan pada malam jumaat iaitu selepas terbenamnya matahari pada hari khamis . Jadi, apa kelebihan baca Al-Kahfi? Kenapa dituntut sangat, lagi-lagi hari Jumaat...







  1. Dipancarkan cahaya untuknya
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  

[HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani]


       2.   Diampunkan Dosa antara dua Jumaat



Hadis Riwayat Ubnu Umar : 

" Siapa yang membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat"





     3. Dilindungi dari Fitnah Dajjal 

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

 Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]




#KahfiKamon :)


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat :)


Friday, September 4, 2015

Tips habiskan baca Al kahfi

Hai..Assalamualaikum korang :)

Harini jumaat kan. Ingat tak apa salah satu perkara yang dituntut kita buat hari jumaat? 

Recite Kahfi.

Panjang kan Surah Kahfi . Rasa macam boleh ke habiskan ni. Dalam hati tiap kali sampai khamis dah tanam niat tanam azam jumaat ni nak baca kahfi. Sebab nak dosa diampuni antara dua jumaat.  Nak melindungi diri dari fitnah dajjal kelak. Tapi selalu separuh je. kadang suku je. Hati x kuat nak lawan nafsu malas. 

Ada caranya sebenarnya. Aku belajar dari Hlovate. Hlovate selalu selit nasihat & pengajaran dalam tulisan dia. Bersahaja tapi bermanfaat. Ok, nak habiskan Alkahfi kan jumaat ni? Jom belajar tips...

Al Kahfi ada 110 ayat. So, kita split-kan pada 3 @ 4 bahgian ikot kemampuan kita. Maksudnya kat sini kita buat 3-4 kali waktu baca. Boleh mula baca lepas Maghrib hari khamis.. Kan dah masuk Jumaat masa tu. So, lepas Maghrib start ayat 1-31 .  Lagipon ayat 32 dah masuk cerita baru. Then, lepas isyak sambung ayat 32-59 . Kalau kita larat lagi sambung sampai ayat 82. Tu dah masok cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Khidir pulak . Esoknya lepas Subuh, dah tinggal ayat 83-110 ntuk habiskan. Haa... mudah kan nak habiskan 110 ayat Kahfi .

Kalau la korang xlarat nak split 3, split 4. Maknanya lepas subuh sambung ayat 60-83. Lepas tu jumaat kan rehat panjang. 12 suku dah rehat. Kalau nak ke Solat Jumaat pon x masuk waktu lagi. sempat lagi nak habiskan ayat 83-110 masa tu...

Aku akui dalam split 3-4 ni pon kadang tersungkur jugak aku. Tapi usaha. Nak pahala. Kena lawan sikit nafsu tu. Tepis-tepis sikit setan kat telinga. 

Lagi bagus bila kita baca sekali dengan makna. Mungkin bila buat macam tu baru dapat feel nak sambung lagi baca ayat-ayat seterusnya . Macam kita baca novel. Mana bole tinggal lama-lama kan. Ini pon Hlovate punya tips...  Aku pon masih merangkak dalam istiqamah. Sama-sama belajar :) 


Sebenarnya tak susah mana nak ingtkan diri pasal al Kahfi ni. Smart phone selalu je ingtkan. 
Antara nak dengan tanak je :)


Nanti kita sambung pasal kelebihan al Kahfi ye. Thanks baca ! Review la fb Hlovate. banyak pengajaran bole cedok kat situ :)