Harini jumaat kan. Ingat tak apa salah satu perkara yang dituntut kita buat hari jumaat?
Recite Kahfi.
Panjang kan Surah Kahfi . Rasa macam boleh ke habiskan ni. Dalam hati tiap kali sampai khamis dah tanam niat tanam azam jumaat ni nak baca kahfi. Sebab nak dosa diampuni antara dua jumaat. Nak melindungi diri dari fitnah dajjal kelak. Tapi selalu separuh je. kadang suku je. Hati x kuat nak lawan nafsu malas.
Ada caranya sebenarnya. Aku belajar dari Hlovate. Hlovate selalu selit nasihat & pengajaran dalam tulisan dia. Bersahaja tapi bermanfaat. Ok, nak habiskan Alkahfi kan jumaat ni? Jom belajar tips...
Al Kahfi ada 110 ayat. So, kita split-kan pada 3 @ 4 bahgian ikot kemampuan kita. Maksudnya kat sini kita buat 3-4 kali waktu baca. Boleh mula baca lepas Maghrib hari khamis.. Kan dah masuk Jumaat masa tu. So, lepas Maghrib start ayat 1-31 . Lagipon ayat 32 dah masuk cerita baru. Then, lepas isyak sambung ayat 32-59 . Kalau kita larat lagi sambung sampai ayat 82. Tu dah masok cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Khidir pulak . Esoknya lepas Subuh, dah tinggal ayat 83-110 ntuk habiskan. Haa... mudah kan nak habiskan 110 ayat Kahfi .
Kalau la korang xlarat nak split 3, split 4. Maknanya lepas subuh sambung ayat 60-83. Lepas tu jumaat kan rehat panjang. 12 suku dah rehat. Kalau nak ke Solat Jumaat pon x masuk waktu lagi. sempat lagi nak habiskan ayat 83-110 masa tu...
Aku akui dalam split 3-4 ni pon kadang tersungkur jugak aku. Tapi usaha. Nak pahala. Kena lawan sikit nafsu tu. Tepis-tepis sikit setan kat telinga.
Lagi bagus bila kita baca sekali dengan makna. Mungkin bila buat macam tu baru dapat feel nak sambung lagi baca ayat-ayat seterusnya . Macam kita baca novel. Mana bole tinggal lama-lama kan. Ini pon Hlovate punya tips... Aku pon masih merangkak dalam istiqamah. Sama-sama belajar :)
Sebenarnya tak susah mana nak ingtkan diri pasal al Kahfi ni. Smart phone selalu je ingtkan.
Antara nak dengan tanak je :)
Nanti kita sambung pasal kelebihan al Kahfi ye. Thanks baca ! Review la fb Hlovate. banyak pengajaran bole cedok kat situ :)
4 comments:
Nice entry acu!
Thank u andak :)
ha bru tau cara mcm tuh..sebelom ni ase xmampu je nak habiskan heheh
Jom amalkan :)
Post a Comment