Friday, March 27, 2020

terbiar

setahun setahun aku jengah sini
singgah sekejap
masuk lihat apa yang ditinggal
lap sana sini sikit
update mungkin sekadar buat tarikh terlihat terganti
kemudian pergi menyepi
lalu ia terus terbiar lagi
tanpa sedar tahun bertukar  lagi

tapi
apa yang pasti
aku takkan pernah lupa sini
walau lama mana ia terbiar sepi
aku takkan lupa
tak pernah.
insha allah aku datang lagi.

Sunday, June 30, 2019

No tittle

Assalamualaikum..

belek tarikh last posting.
september 2018.
hampir setahun ditinggal sepi.

jari selalu saja rindu
malah hati tetap saja ingin
cuma rajin yang selalu ke laut
skill writting juga entah ke mana
sampai post tittle saja terbiar kali ini
😆😆😆😆😆

banyak sangat yang ditempuh
entah nak mula yang mana satu
nanti aku fikir
dapat jawapan aku update lagi ya.
moga-moga update itu jadi kenyataan.
hahaha..


aku lupa aku punya tempat rahsia untuk dilepaskan
patutlah dada sesak menahan semua cerita.. 😌



Wednesday, September 19, 2018

japanese cotton cheesecake!

Assalamualaikum korang.

suka makan cheesecake?
aku.
sebab tu aku blajar buat cheesecake. samada pure cheesecake atau japanesecotton cheesecake. dua2 aku suka. tapi x bole makan selalu lah. 🤭

dari buat suka suka ntuk sendiri makan, jamu kawan2 makan, buat tambat hati mak crush. eh. tetiba terjual dan terjadi lah bisness kecil kecilan.

sorang order, pastu request topping. pastu post kat fb, sorang sorang lagi order. nak jadi rezeki masa tu tgh bulan raya. non stop la order masuk sbb org dok buat jamuanraya. alhamdulillah. ni namanya rezeki tak disangka.

dari bulan 6 haritu smpai lah harini, dlm seminggu tu msti mixer aku berpusing jgak lah. creamcheese pulak sntiasa kena ada at least ntuk 1 adunan. sbb org suka order last minit. nak esok, pukul 10 malam pon bole proceed order lagi wei. gigih tak aku cari duit. hehe.

bila kita buat benda yg kita suka, kita mmg tak pernah kisah dan berkira. happy lagi ada.

sepanjang jual japanesecotton cheesecake ni aku slalu terharu. sbb dpt jmpa balik kwn2 skolah yg lama gila x jmpa. yg tak pernah contact. yg 5 taun blaja skali x penah pegi rumah pon, tp skrang tau dah. sebab apa? sbb pi cod kek. bukan takat membe 1 batch, senior pon sama. seronok rasa. puas. bole release stress. happy bila bole buat org happy bila mkn apa yg kita masak. bukan la nak kata sedap sgt, entah aku pon bukan slalu mkn sgt kek tu tp alhamdulillah org suka. so aku teruskan saja.

adik bradik semua sokong. kawan2 slalu bg semangat. mak paling seronok. tiap kali aku nak deko cake, mak akan duk sebelah. walaupun pukul 1 pagi. itulah mak kita kan. sntiasa bg smngat. bila aku mengeluh deko x jadi, x cantik. mak x pernah kata x cantik. tapi mak akan bgi kata2 positif lg. trima kasih mak😘.

mak lagi happy bila tgok ada hasil yg bernilai aku boleh beli dari duit jualan kek.
tadaaa. .

aku pernah hilangkan cincin pusaka mak bgi. tak ganti smpai sekarang. tp x smpai 2 bulan aku jual kek alhamdulillah ini hasilnya. 

ingat lagi masa nak beli cincin ni, ada kak tu tegur, cari cincin tunang ke sarah? 😅haha..amboi kak pantang pegang cincin belah rotan sikit. risik tunang semua kluaq. xde lah. xde sapa nk bg cincin tunang kat saya lagi, tu yg beli sndri. 😂. mana la nk tau kan. kot asbab dri cincin ni, ada yg terbukak hati bg cincin tunang. 🤭😉

aminnn.   




okay, ni antara kek yg dah terjual. alhamdulillah. 
korang melting tak tgok? 
moh le order. hehe.. 😉 

doakan aku terus berjaya okay. 
duit kawen tak kumpul lagi ni. haha. 
kbai.
eh  thanks singgah. 



Monday, September 17, 2018

TRIP GANU..

haii..assalamualaikum .

3rd entry for today.
saja la sekali hupdate 3-4 entry.
satgi sekali terbiar 6-7 bulan menyepi.
heh.

throwback mggu lepas sat. cuti lama kan 4 hari. 4 hari jgaklah x stay rumah langsung.
start jumaat malam dah gerak. then selasa malam jugak baru smpai rumah balik.ish3. 
memang geleng kepala mak aku. sampai kena peli la. hahaha.. eh bukan peli mak usik manja ja.
"achu seronok dok kelantan  smpai takmau balik. dok sg siput pon seronok kan?" 
eh eh..pandai dah mak skrang.hehe

okay. trip kali ni sebenarnya mmg jadi last minit. ahlinya pon semua last minit on.sorang on tiba semua on.haha.. memang slalu gitu. plan betaun x smpai2. plan 2-3 hari terus pegi.

alkisahnya kitorang bertujuh. asalnya memenuhi jemputan walimah officemate di kuala krai. sudahnya dah 5 jam perjalanan xkan nk mkn kenduri 10 minit je kan. apalagi lajak ke ganu la, perhentian memanggil dah.hihi. tapi sebab plan kitorang ni last mnit, nak stay perhentian mmg full. so kitorang stay besut, then esoknya daytrip ke pulau perhentian.

kami ambik pakej dengan ain holiday . boleh search pakej.pulau kat instagram. okay pakej dia, not bad.semua puashati sbb layanan ok sgt. crew yg terlibat semua on time n sporting.memang enjoy.haha.. cuma kitorang punya pakej ni x termasuk lunch. korang kena bawak bekal sndri atau makan kat sana. tapi sedia duit la..makan sana mahal beb.

pakej daytrip rm85. ada 5 checkpoint plus 1 longbeach ntuk hiking windmill (kincir angin).  aku memang teruja nk g sana sbb aku suka sgt laut tpi dalam masa yg sama aku ada perasaan takot yg aku pendam sendiri. aku taktau nak luah cemana rasa tu. yang pasti aku x confident. dulu aku tak sgt mcm ni, makin dewasa aku perasan aku makin seriau pulak. sama je nak turun sungai atau laut.padahal aku suka sgt. dulu masa dgree okay je main sg siap slide. camping buat water confident terjun dari atas. buat water rafting..belajar berenang ngan terapung kat tengah tasik kuis tu dulu. tapi sekarang tak, walau sungai tu cetek aku just duduk2 cemtu je. tak excaited nak mandi. dia macam bergelodak jiwa rasa nak melawan rasa tu.haaaa.... 

so aku tak enjoy mana sgt la snorkeling. sbb aku trun ada la 2 ke 3 checkpoint je. sbb aku takot. aku x confident. tapi at least aku buat. and aku tetap enjoy dengan tenang dan cantiknya air laut kat pulau tu. aku ingt g, masa checkpoint 2, shark point kot. tgh laut, xde pantai. sbb semua turun so aku turun la xkan nak dok atas boat kan. masa nk berenang balik ke bot kemudian tu , ya ampun serius rasa macam wei maila tarik aku.penatnya berenang kenapa macam tak gerak pon ni, bila nak sampai bot ni. serius rasa nak give up.haha. dah la aku x nampak sbb x pakai spek kan. bayangkan aku rabun 600 kot. pastu aku kalut jerit tanya org depan. mana satu bot kita weh, aku x nampak ni. sbb kat situ banyak bot group lain.adoilaaa...haha. pengalaman. lepas tu aku x turun dah. smpai je checkpoint aku cakap kat crew "okay saya teman awie atas bot"haha... org yg bawak kami tu awie nama dia. org pulau kat situ jgak.

tapi so far best. puas hati dgn trip. dgn diri sendiri. walau tak turun semua tapi aku dah cabar diri aku. boleh je sebenarnya tapi aku takot. kalau ada org yg sntiasa dgn aku, berani la kot.huuu. habis daytrip masing2 penat, balik homestay, hujan lebat pulak dari ptg smpai malam. so kami mereput je kat homestay makan megi smbil layan drama.

3rd day. hari nak balik. cadang nak hiking. tapi tiba tukar pegi pulau. snorkeling lagi. masa tu aku dah ckp kat sorang ni, tanak snorkeling bole tak. tapi tgok semua yg lain on, xkan sbb aku x jadi plak kan. so ikot je. pegi pulau rhu. dari pantai ke pulau tu kami naik banana boat. konon nk extreme la sikit tanak naik boat lah sbb tgok pulau tu mcm dekat je. sekali jauh bole tahan weh, tgh tu terdiam sat semua..hahaha. tapi enjoy gila naik banana boat jauh2 walaupun seram. seram kena bagi tebalik ja. cnfirm nangis aku.haha.. 

dari pulau rhu tu ada 2 checkpoint snorkeling. satu kat gua satu lagi coral view. aku turun yg kat gua je. tu pon tarik  org.heh.sbb act masa tu aku tgh angin sakit kepala dari subuh. plus malam tu aku tido x lena sgt. tp turun jgak la. mmg sat je aku turun. yg kedua tu nyaris x turun sbb rupanya dorang kena berenang dri tmpat snorkeling tu balik pantai weh. tak sanggup. tapi dorang cakap mmg cantik la ikan n coral kat situ. okay, aku mmg kena pegi buat water confident ngan berenang dlu baru bole pegi next trip snorkeling. kalau tak, rugi.

petang lepas asar gerak balik perak. smpai kuala kangsar nak dekat pukul 12 am dah. then satu kete lagi terus sambung perjalanan balik sg siput. satu kete balik terus ke teluk intan. gigih sgt dia ni. satu kete selamat dah bole mimpi. kami yg ke sg siput esoknya sambung lagi turun sungai belakang rumah kawan ni...pon menjadi . dorang la. aku tak. macam biasa. masih ragu2. aku berendam je. padahal mmg cetek je. itulah sarahbasri. yg baru sedar kelemahan diri. trauma dgn kejadian kematian arwah abah mungkin. dulu kecik2 x banyak pikir pasal hidup, tu tak takot.main redah je semua. sekarang dah besar mcm2 pikir. paling aku pikir macam mana kalau jadi apa2 kat aku masa kat tgh laut tu. apa perasaan mak aku agaknya. camana emosi dia agaknya. cukuplah sorang org yg dia sayang terkorban tgh laut, xkan dia perlu lagi hadap yg kedua kali..yaa, itu sebenarnya yg buat aku takut, yg aku pikir sepanjang jalan atas bot..ye mmg tak baik cakap kalau. tpi aku just fikir kemungkinan yg bole terjadi. sbb aku pikirkan emosi mak aku.

ok habis dah. tu je kisah cuti 4 hari mggu lepas. best. enjoy. pengalaman yg aku x kan lupa. semuanya.dan apa saja memori yg ada di pulau. aku takkan lupa. thanks kawan2.. sayang semuanya. 

gambar? ada ni..xkan xde kan. 

malam 1st..

sebelum snorkeling..sementara tggu bot





jiwa galau ni masa ni..haha


ni dekat turtle point. tpi turtle malu2..






windmill





nampak tak semua org angkat tgn peace la bagai. aku je tgn tetap setia utuh pegang tali. sebab apa, sebab aku takot tibe banana tu jalan n aku jatuh. huh.drama kan aku . 




sekian. berakhirlah sudah... :)

caving gua tempurung

kita masih di di cerita memori ogos

eh, assalamualaikum dulu.

antara yang teringin sangat nak buat..
caving!
alhamdulillah ada peluang
bila ada kawan ajak, apalagi on la.

perasaan?
seronok. happy sgt. puas hati.
rasa nak lagi.
eheh.

tapi time ni kami tak lah amik yg paling extreme.
beginner lah katakan.
tapi masih tetap puas
merangkak, slide, meniarap, jalan itik
semua ada...haha

dah, tanak cakap banyak. kita tgok gamba.















throwback augustlovee..

assalamualaikum ;)

why augustlovee?
its my favourite month.
its my birthday.
biarlah org kata tak malu expose birthday sendiri
eh , dalam byk bulan 1 ni je nak tak malu sikit pon
yelah, ogos akan ditunggu selalu.
berharap lebih menggembirakan dari yg lain
juga buat muhasabah diri
bila sedar hayat kita semakin singkat
sedang amal kita entah makin bertambah atau berkurang
itu sebab ogos selalu menjadi kesayangan ❤❤❤

alhamdulillah. 2018 ogos menggembirakan macam selalu
malah lebih lagi
terima kasih insan-insan kesayangan di sekelilingku
moga Allah sentiasa kasih akan kalian :)

terima kasih mak yg melahirkan
yang membesarkanku tanpa abah
yang sentiasa ada pada setiap kejayaannku
juga terima kasih arwah abah
yang aku selalu rindu .




holla..

Assalamualaikum..
hai .. hello.
rindu?
ya rindu sangat.
jari selalu gatal nak menari di sini melepas rindu dan resah hati
tapi apakan daya
masa tak selalu mengizin
jadi apa sudahnya?
hanya pendam dan simpan dalam kotak memori hati
kemas dan rapi

hari ni kita jumpa lagi
Alhamdulillah Allah izin
kita cerita satu satu ya.

kenapa aku suka cerita di sini?
bukan untuk siapa-siapa pun sebenarnya
tapi lebih pada diri sendiri
buat tatapan masa akan datang
kerna tika rindu datang mengundang
tempat ini yang selalu menjadi persinggahan

Saturday, January 6, 2018

Kata hati dan kata Pencipta

Ketika hati berkata 'ingin'
Kadang Allah kata ' tunggu'
Ketika airmata jatuh menitis
Tapi Allah berkata bersabarlah
Kita merancang..
Allah juga merancang
Sesungguhnya rancangan Allah
adalah sebaik-baik perancangan
Ingatlah...
Allah menitipkan kelebihan di balik kekurangan
Allah titipkan kekuatan di balik kelemahan
Allah titipkan senyum di balik  kesedihan
Allah titipkan harapan di balik keputus-asaan
Bahagia  akan hadir jua
Bila sampai waktunya .
Insya allah.

Inspirasi credit to thetarbiyyah,

Wednesday, November 22, 2017

Japanese Cotton Cheesecake

Assalamualaikum..hai kome :)

sebetulnya aku bukanlah orang yang selayaknya nak update resepi bagai ni. tapi apa salahnya kan . memandangkan haritu time rajin membaking  pakat dok mintak resepi, dan memandangkan blog ni pon lama tak bercerita..so, share sinilah . :)



terliur tak ? haha.. saja up gamba dulu. Act ni kek pertama kali buat.

Allright. 

Bahan-bahan :
[A]
220 g cream cheese (resepi asal guna 250g)
50 g butter
100ml freshmilk
5 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
60 g tepung kek superfine
20g tepung jagung
garam secubit

[B]
140g gula
5 biji telur putih 
3/4 sdk jus lemon *tanak letak dah pon takpe
1/4 sdk tartar

JOm masak!
1- cairkan cream cheese dan butter dan susu dengan teknih double bloiler. Kemudian sejukkan.
2- Pukul kuning telur, then masukkan dalam adunan cream cheese tadi, kacau sebati.
3- Ayakkan tepung, masukkan dalam adunan tadi sikit demi sikit, kacau sebati. Pastu masukkan garam , jus lemon, kacau sebati, ketepikan jap.Siap bahan A.
4- Now kita nak buat meringue. So pukul putih telur sampai buih, then tambah tartar, masukkan gula sikit2, pukul lagi sampai bertanduk n bila korang tebalikkan bekas tu dia tak jatuh. ha jadi dah la tu. nak buat ni make sure telur putih takde campur sikit pon dgn telur merah eh. kang tak jadi la tanduk tu. tapi jgn terlalu lama sgt pulak pukul. OK .Setel bahan B.
5- Next campur adunan bahan A dan bahan B tadi. kaup balik rata sampai sebati.
6- Tuang dalam loyang.Upss, sebelum tu griskan bawah loyang, bawah dan tepi salut dgn kertas baking supaya nati kek dah masak senang dan angkat bawa keluar. Kalau takde ketas baking boleh je guna kertas A4 putih n griskan dgn butter.pon boleh.
7- Bakar 170C , 1 jam. jgn lupa panaskan dulu oven sebelum tu dlm 10 minit. 

OK Setel . Selamat Mencuba:)

Sebenarnya resepi ni ada yang aku dah olah sesikit ikot citarasa aku dan orang2 di sekeliling. nak cheese lebih la. cheese kurangkan sikit lah. macam2 lah depa. tapi takpa, cooking is the way to love others :) . haha. so, pengalaman aku bila kita kurangkan cheese tapi bahan lain sama, teksturnya akan jadi ala-ala span. lagi2 kalau kita makan panas2. mak aku suka camtu. sebab dia tak makan cheese2 bagai ni tapi bila cheese dia kurang dan jadi ala-ala kek span dia suka pulak. haha. tapi biasanya kita nak tekstur dia gebu, padat. so biasanya lepas masak masukkan dulu dalam peti ais. aku biasa masak malam, then esok baru makan. semalam la sejukkan. korang akan nmpk beza tekstur dia dgn baru2 lepas masak.




Once again, selamat mencuba guys !

eh. thanks jengah baca :)





Thursday, November 16, 2017

Masa

Assalamualaikum..

Lama rupanya masa yg aku ambik untuk  update semuanya.
Tapi tetap bukan semuanya. Bukan cara aku cerita semuanya di sini.
Yg biasa menjengah ke sini sedari dulu pasti tahu
Update ini sekadar melepas rindu sang jari yg dah lama tak menari di keyboard :)

Dalam tempoh masa ni byk yg berlaku
Yg gembira.yg sedih. Pertambahan dan kehilangan.
Alhamdulillah aku senyum gembira dengan pertambahan
Tapi aku jadi sangat rindu dgn kehilangan
Tapi tetap Redha dan ikhlas dalam melepaskan
Kerna dia disayangi Tuhan 

Okay.tutup yg sendu
Ntuk diri  sendiri ?
Good job ntuk diri.tahniah ntuk diri
Ntuk tiap improvement
Inshaallah semuanya baik-baik saja
Baik kerja, keluarga dan personal.


So, good job Sara! Well done!
 Tahniah sempat curi masa di waktu pg ntuk update blog.haha...
Nasib ada yg kasi jelajah iPad. So jgn persia peluang depan mata
Makanya laju la update . Sbb aku tau ada yg rindu dgn blog ini.Tq :)

Okbaiiiii....

Wednesday, May 17, 2017

GUNUNG SEMANGGOL - AIR TERJUN PECAH BATU

Assalamualaikum kome!

alahai. lamanya tak menulis. habis hilang skill mengarang semua :P  takde lah nak mengarang mana sangat . just nk share hiking bebaru ni dgn officemate. Kami gi gunung semanggol, perak .

Nice. View cantik. atas tu sejuk. gila ramai. cuma kami tak dapatlah  view awan carpet sbb sampai atas pon dah pkul 9. tapi still sejuk bekabus sbb subuh tu hujan . Bila sampai atas puncak tgok 80% semua adik2 jee.. dari rombongan adik2 tadika, skolah rendah, skolah rendah, geng2 baru habis blajar. geng2 ipt... yang golongan cem kitorang ni atau pakcik makcik sikit sgt lah . tapi takpe lah nasib baik kitorang pon muda lagi memasing . eh. 

tapi serius ramai betul bebudak kecik. lajuuu plak tu dorang naik turun. kebanyakannya memang org kampung situ. bila tanya, " berapa kali dah naik ni dik? " " masuk ni 8 kali dah kak" ohhhhh....padan lah laju. ok bai. paling kecik aku jumpak umur 5 tahun. perempuan. pon kemain. masa selisih tu dah nak sampi puncak. aku dah nk turun. masa tu tgok stamina adik tu macam xde apa. macam baru start hiking. maknye yang termengah2..haha.. 

trek gunung semanggol ? agak mencanak naik.  gunung ni tak tinggi mana. 390 m. tapi boleh tahan penat sbb banyak mendaki. tapi so far ok. niceee... kalau korang laju, bole buat tak smpai sejam. haritu kitorang santai2..banyak benti. so dalam 2 jam jugak... trek dia jgn risau dah ada tanda. and korang mesti akan jumpa selisih ramai yang naik turun. tapi walaupun dah ramai yang mula naik gunung semanggol ni , khazanah hutan ni masih bersih terjaga. trek tak teruk lagi. 

Nak repeat ? Mesti . sbb nak cuba buat tak sampai 2 jam. Insha allah . 

Jom layan gamba. 






ini tgh otw lagi. akan jumpa satu kawasan lapang. 
dari sini boleh nampak view cantik jgak. ni orang panggil bukit botak.

memang ini je port yang tinggal ntuk kitorang lepak makan nasi lemak kat atas puncak tu. 
hujung2 je. lain penuh.haha..

sia -sia bakar lemak 2 jam. haha.

puas hati :)

Kitorang cam biasa, turun hiking akan cari port mandi air terjun. so alang-alang kat semanggol, 
naik lajak atas sikit ke trong. Air terjun pecah batu . Bukan kawasan peranginan ke reakreasi ke apa. 
dia kampung-kampung je. bebudak yang mai mandi situ pon banyak org kampung situ je. 
Best. Tak tercemar. Air gila sejuk. 





muka aku nampak sangat aku penakut nak selam dalam air sebenarnya. 
tangan menggagau cari tgn orang nak pegang. hahaha. aish. terok.


bakar-bakar sikit. makan. mandi. balik. habis sehari. esok sambung kerja dgn kaki sakit.hahaha.. padan la sapa suh pegi hiking time cuti sehari tgh2 weekdays. dah la kerja nak hadap naik turun tangga. urghh..