Tuesday, September 29, 2015

#PenangFamilyTrip

Hai semua! Upss..Assalamualaikum!

Ok. Tajuk entry serupa aku sefamily duduk kelantan terengganu jauh sikit sabah then buat family trip ke penang kan. Haha. Ok tipu. aku orang penang ic penang alamat penang dan pi jalan-jalan pon dalam penang jugak. Tu pon tak habis-habis lagi. Padahal penang kocik aje haa.

So, ada masa sikit cuti raya haji, pi la jalan tgok negeri sendiri. Bawak anak-anak picnic. Luang masa dengan family. Biar dekat asal value ada! Walaupun brapa kerat je dapat join but its okay, next time jalan lagi :)

So, bagi sapa yg nak review apa ada di penang, meh nak share sikit. Sikit je tak banyak sbb masa terhad, just pegi Bukit bendera , War Museum (tapi tak masuk , mahal sangat!) , Akuarium Batu Maung, last Picnic di Batu Feringghi !


 tggu tren untuk ke Bukit Bendera


Love Block @ Bukit Bendera


Hat ni wajib. Memang sodap. Puas hati!


 

Semua muka sedih sebab kelas sejarah cansel. Aku saja masih iklan Colgate. Ok nampak sgt aku tak suka sejarah. Yeay. ahha..






Kuda laut tu sumpah comel. Tapi Tioman tu nauzubillah seram sungguh.


yang kecik main , yang besaq teringin jugak :)




seronok sungguh depa. Achu kat belakang tahan ja nak terjun air.


rambuttt tu.. ni mula takot , last bila dah confident tak mau naik.haha



Okay, bab tiket masuk pulak.

Bukit Bendera, make sure bawak IC okay. Student, make sure ada matrik kad !
Jangan jadik cam aku :(

Dewasa sorang RM10
Warga Emas / Kanak-kanak RM4
Student RM5

War Museum,
Dewasa sorang RM20
student takda special price except datang dgn rombongan skolah.

Akuarium Batu Maung
Dewasa RM5
Warga Emas FREE
Kanak-kanak RM2

Tapi masa kami pi dia bagi warga emas & kanak-kanak semua free. Alhamdulillah. Cam ni baru best!


Okay. have Fun! Thank u :)







Wednesday, September 23, 2015

#Wordless Wednesday!



Wordless. Specchless.
Memang tak bole nak kata apa sebab harini posa. 
haha..


#NovelTerpakai

Assalamulalaikum. Hello korang !


Kali  ni update pasal jual beli barangan terpakai. Second item la. Tapi sejenis je. novel! Yang pastinya the most is thriller novel. Koleksi Ramlee Awang Mursyid! Ada satu je kot yg tak thrill. Sweet sikit. eheh.



semua condition 9/10. Buku semua berbalut. 
Harga sebuah RM12 exclude postage



Pening baca buku ni. 
Memang aktif la sel otak berhubung masa baca..hehe

Buku Fixi
Judul : Gantung
Harga : RM11 exclude postage
Condition : 9/10



Ni je satunya buku yang sweet konon. Tak Thriller.
Tayah pening pikiaq sapa pembunuh, sapa dalang, sapa hantu. haha

Judul : Cooper-K
Condition : 9/10
Harga : RM12 exclude postage



Aha, ini set Trilogi The Hunger Game. 
Buku 10/10
Harga : 1 set (3 buku) RM50 
Sebuah = RM20
FREE POSTAGE!



Buku ni penuh kospirasi. Penuh khianat. Best!
Kalau thriller tu memang semua best aje.hehe

Judul : Katarak
Condition : 9/10
Harga : RM11 exclude postage



Setakat ni tu je yang ada . Korang kalau berminat boleh pm Facebook sarabasri atau direct Whatsapp 017-2182862 okeh. Thank you singgah baca !


Monday, September 21, 2015

Rasa hati

Tuhan, jagakan hati dan rasa cinta ku,
supaya tidak tersalah arah
supaya tidak melebihi dari cinta untukMu

Tuhan..
izinkan hidayah cintaMu menyapa hatiku..
aku tak ingin menyintai yang belum menjadi hak milikku

Thursday, September 17, 2015

Kelebihan Surah Al Kahfi

Assalamualaikum semua :)



Dah start baca al kahfi macam tips yg dalam entry lepas? Tips habiskan Al-Kahfi !


Sunnah untuk kita baca Al Kahfi pada hari Jumaat atau dimulakan pada malam jumaat iaitu selepas terbenamnya matahari pada hari khamis . Jadi, apa kelebihan baca Al-Kahfi? Kenapa dituntut sangat, lagi-lagi hari Jumaat...







  1. Dipancarkan cahaya untuknya
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  

[HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani]


       2.   Diampunkan Dosa antara dua Jumaat



Hadis Riwayat Ubnu Umar : 

" Siapa yang membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat"





     3. Dilindungi dari Fitnah Dajjal 

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

 Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]




#KahfiKamon :)


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat :)


Friday, September 4, 2015

Tips habiskan baca Al kahfi

Hai..Assalamualaikum korang :)

Harini jumaat kan. Ingat tak apa salah satu perkara yang dituntut kita buat hari jumaat? 

Recite Kahfi.

Panjang kan Surah Kahfi . Rasa macam boleh ke habiskan ni. Dalam hati tiap kali sampai khamis dah tanam niat tanam azam jumaat ni nak baca kahfi. Sebab nak dosa diampuni antara dua jumaat.  Nak melindungi diri dari fitnah dajjal kelak. Tapi selalu separuh je. kadang suku je. Hati x kuat nak lawan nafsu malas. 

Ada caranya sebenarnya. Aku belajar dari Hlovate. Hlovate selalu selit nasihat & pengajaran dalam tulisan dia. Bersahaja tapi bermanfaat. Ok, nak habiskan Alkahfi kan jumaat ni? Jom belajar tips...

Al Kahfi ada 110 ayat. So, kita split-kan pada 3 @ 4 bahgian ikot kemampuan kita. Maksudnya kat sini kita buat 3-4 kali waktu baca. Boleh mula baca lepas Maghrib hari khamis.. Kan dah masuk Jumaat masa tu. So, lepas Maghrib start ayat 1-31 .  Lagipon ayat 32 dah masuk cerita baru. Then, lepas isyak sambung ayat 32-59 . Kalau kita larat lagi sambung sampai ayat 82. Tu dah masok cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Khidir pulak . Esoknya lepas Subuh, dah tinggal ayat 83-110 ntuk habiskan. Haa... mudah kan nak habiskan 110 ayat Kahfi .

Kalau la korang xlarat nak split 3, split 4. Maknanya lepas subuh sambung ayat 60-83. Lepas tu jumaat kan rehat panjang. 12 suku dah rehat. Kalau nak ke Solat Jumaat pon x masuk waktu lagi. sempat lagi nak habiskan ayat 83-110 masa tu...

Aku akui dalam split 3-4 ni pon kadang tersungkur jugak aku. Tapi usaha. Nak pahala. Kena lawan sikit nafsu tu. Tepis-tepis sikit setan kat telinga. 

Lagi bagus bila kita baca sekali dengan makna. Mungkin bila buat macam tu baru dapat feel nak sambung lagi baca ayat-ayat seterusnya . Macam kita baca novel. Mana bole tinggal lama-lama kan. Ini pon Hlovate punya tips...  Aku pon masih merangkak dalam istiqamah. Sama-sama belajar :) 


Sebenarnya tak susah mana nak ingtkan diri pasal al Kahfi ni. Smart phone selalu je ingtkan. 
Antara nak dengan tanak je :)


Nanti kita sambung pasal kelebihan al Kahfi ye. Thanks baca ! Review la fb Hlovate. banyak pengajaran bole cedok kat situ :)