Tuesday, January 13, 2015

MISI BANTUAN BANJIR KUALA KRAI

Asslamualaikum semua :)


Insha allah  saya dan rakan-rakan office dari Shazril Khairy Mustafa & Associates (SKM GROUP) dengan kerjasama PGSM UTARA (Persatuan Peguam Syarie Malaysia) ada anjurkan Misi Bantuan Banjir Kelantan . Insha allah Rombongan Misi bantuan akan bertolak dari Pulau Pinang pada 30hb Januari ini ke Kampung Ngangoh Kuala Krai , Kelantan. 


Berikut adalah antara senarai barang-barang yang diperlukan. Maklumat dari keluarga rakan di kampung tersebut mereka sememangnya memerlukan sumbangan wang tunai bagi membeli barangan keperluan rumah. Dan diharapkan kita kecualikan sumbangan dari bentuk pakaian dan beras kerana dah terlalu banyak. Beras terlalu banyak tapi alatan memasak tiada. Untuk membawa segala barangan alatan rumah dari Penang ke Kelantan juga mungkin mengalami sedikit kekangan jadi kita  lebih cadangkan untuk kita mengumpul dana dan diserahkan pada mangsa banjir untuk membeli barangan yang diperlukan. 

Selain di dalam senarai di atas, Antara barangan yang masih diperlukan adalah persalinan solat seperti sejadah, kain telekung, kain batik dan kain pelekat.

Kami ada beberapa tempat pengumpulan barang-barang sumbangan :
1) Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Bertam, Kepala Batas, Penang
2)Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Anak Bukit, Kedah
3)Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Kulim, Kedah
4)Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Sungai Petani, Kedah
5) Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Balik Pulau, Penang
6) Office Shazril Khairy Mustafa & Associates di Parit Buntar, Perak

Pada yang berdekatan dengan mana-mana pusat pengumpulan barang boleh ke sana. 
Untuk sumbangan wang tunai boleh salurkan ke Akaun Maybank 157410158626 atas nama Siti Sarah Bt Basri. 

Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi Encik Shazril Khairy Mustafa di talian 012-4394730 atau saya sendiri untuk di kawasan sekitar Parit Buntar-Nibong Tebal , Siti Sarah Basri di talian 017-2182862. 

Jika ada sumbangan wang tunai diharapkan agar maklum pada saya sama ada melalui call/mesej/whatsapp.

Insha allah setiap sumbangan dari kita adalah ibadah dan tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T. Semoga usaha kecil kita ini dapat membantu meringakan beban saudara-saudara kita di sana. Doakan misi kami berjalan lancar. Terima Kasih semua :) Jazakallah.

No comments: