Thursday, October 15, 2015

Walnut Cookies untuk si manja !


Semalam si Manja Azra Zahirah request cake. Tapi sebab achu kurang rajin , cookies saja yang jadi. ok lah tu.



So, sebab ada yang bertanya resepi , senang nya aku share saja di sini. Asal resepi lupa dah amik kat mana. Simple dan sedap. Just do it :)

Bahan - bahan :

2  1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang (kalau nak manis lagi bole tambah gula castor juga)
250g butter
1/2 cawan serbuk koko ( tanak pon takpa. Ikot citarasa korang)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1-2 cawan choclate chip 

*choclate chip ni ikot citarasa okay. Nak letak apa dan banyak mana. Aku letak walnut & hazelnut. Menghabiskan apa saja bahan yang ada di rumah :)


Cara-cara :

- Ayak kan tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul rata.
- Masukkan baking powder dan soda dalam tepung yang telah diayak tadi, ketepikan.
- Pukul butter dan gula perang sampai creamy, kemudian masukkan telur dan esen vanilla. 
- Pukul lagi sampai sebati, sampai puas hati . Dalam 3-4 minit okay dah :)
- Kemudian, masukkan tepung sikit demi sikit dalam adunan tadi , Pukul sebati.
- Last, masukkan chocolate chip atau apa saja yang korang guna. Kacau rata.

Ok, adunan memang akan lembik sikit, jangan risau k. Tu baru jadi. Hasil dia nati jadi halus dan rapuh. Make sure masukkan tepung sikit-sikit, tengok adunan macam mana ok. 

Next, pre heat oven dalam 10 minit dengan suhu 170 celcius. Sementara tunggu oven panas tu letak adunan dalam peti sejuk. 


Dah ready tepek je macam ni. Aku saja letak badam atas tu.



Bakar. Dalam 15-20 minit . 


dan ini hasilnya :) . Biar rupa tak cantik mana tapi sedap!


Moga bermanfaat :)

Wednesday, October 7, 2015

Tuesday, September 29, 2015

#PenangFamilyTrip

Hai semua! Upss..Assalamualaikum!

Ok. Tajuk entry serupa aku sefamily duduk kelantan terengganu jauh sikit sabah then buat family trip ke penang kan. Haha. Ok tipu. aku orang penang ic penang alamat penang dan pi jalan-jalan pon dalam penang jugak. Tu pon tak habis-habis lagi. Padahal penang kocik aje haa.

So, ada masa sikit cuti raya haji, pi la jalan tgok negeri sendiri. Bawak anak-anak picnic. Luang masa dengan family. Biar dekat asal value ada! Walaupun brapa kerat je dapat join but its okay, next time jalan lagi :)

So, bagi sapa yg nak review apa ada di penang, meh nak share sikit. Sikit je tak banyak sbb masa terhad, just pegi Bukit bendera , War Museum (tapi tak masuk , mahal sangat!) , Akuarium Batu Maung, last Picnic di Batu Feringghi !


 tggu tren untuk ke Bukit Bendera


Love Block @ Bukit Bendera


Hat ni wajib. Memang sodap. Puas hati!


 

Semua muka sedih sebab kelas sejarah cansel. Aku saja masih iklan Colgate. Ok nampak sgt aku tak suka sejarah. Yeay. ahha..






Kuda laut tu sumpah comel. Tapi Tioman tu nauzubillah seram sungguh.


yang kecik main , yang besaq teringin jugak :)




seronok sungguh depa. Achu kat belakang tahan ja nak terjun air.


rambuttt tu.. ni mula takot , last bila dah confident tak mau naik.haha



Okay, bab tiket masuk pulak.

Bukit Bendera, make sure bawak IC okay. Student, make sure ada matrik kad !
Jangan jadik cam aku :(

Dewasa sorang RM10
Warga Emas / Kanak-kanak RM4
Student RM5

War Museum,
Dewasa sorang RM20
student takda special price except datang dgn rombongan skolah.

Akuarium Batu Maung
Dewasa RM5
Warga Emas FREE
Kanak-kanak RM2

Tapi masa kami pi dia bagi warga emas & kanak-kanak semua free. Alhamdulillah. Cam ni baru best!


Okay. have Fun! Thank u :)







Wednesday, September 23, 2015

#Wordless Wednesday!



Wordless. Specchless.
Memang tak bole nak kata apa sebab harini posa. 
haha..


#NovelTerpakai

Assalamulalaikum. Hello korang !


Kali  ni update pasal jual beli barangan terpakai. Second item la. Tapi sejenis je. novel! Yang pastinya the most is thriller novel. Koleksi Ramlee Awang Mursyid! Ada satu je kot yg tak thrill. Sweet sikit. eheh.



semua condition 9/10. Buku semua berbalut. 
Harga sebuah RM12 exclude postage



Pening baca buku ni. 
Memang aktif la sel otak berhubung masa baca..hehe

Buku Fixi
Judul : Gantung
Harga : RM11 exclude postage
Condition : 9/10



Ni je satunya buku yang sweet konon. Tak Thriller.
Tayah pening pikiaq sapa pembunuh, sapa dalang, sapa hantu. haha

Judul : Cooper-K
Condition : 9/10
Harga : RM12 exclude postage



Aha, ini set Trilogi The Hunger Game. 
Buku 10/10
Harga : 1 set (3 buku) RM50 
Sebuah = RM20
FREE POSTAGE!



Buku ni penuh kospirasi. Penuh khianat. Best!
Kalau thriller tu memang semua best aje.hehe

Judul : Katarak
Condition : 9/10
Harga : RM11 exclude postage



Setakat ni tu je yang ada . Korang kalau berminat boleh pm Facebook sarabasri atau direct Whatsapp 017-2182862 okeh. Thank you singgah baca !


Monday, September 21, 2015

Rasa hati

Tuhan, jagakan hati dan rasa cinta ku,
supaya tidak tersalah arah
supaya tidak melebihi dari cinta untukMu

Tuhan..
izinkan hidayah cintaMu menyapa hatiku..
aku tak ingin menyintai yang belum menjadi hak milikku

Thursday, September 17, 2015

Kelebihan Surah Al Kahfi

Assalamualaikum semua :)



Dah start baca al kahfi macam tips yg dalam entry lepas? Tips habiskan Al-Kahfi !


Sunnah untuk kita baca Al Kahfi pada hari Jumaat atau dimulakan pada malam jumaat iaitu selepas terbenamnya matahari pada hari khamis . Jadi, apa kelebihan baca Al-Kahfi? Kenapa dituntut sangat, lagi-lagi hari Jumaat...







  1. Dipancarkan cahaya untuknya
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  

[HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani]


       2.   Diampunkan Dosa antara dua Jumaat



Hadis Riwayat Ubnu Umar : 

" Siapa yang membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat"





     3. Dilindungi dari Fitnah Dajjal 

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

 Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]




#KahfiKamon :)


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat :)


Friday, September 4, 2015

Tips habiskan baca Al kahfi

Hai..Assalamualaikum korang :)

Harini jumaat kan. Ingat tak apa salah satu perkara yang dituntut kita buat hari jumaat? 

Recite Kahfi.

Panjang kan Surah Kahfi . Rasa macam boleh ke habiskan ni. Dalam hati tiap kali sampai khamis dah tanam niat tanam azam jumaat ni nak baca kahfi. Sebab nak dosa diampuni antara dua jumaat.  Nak melindungi diri dari fitnah dajjal kelak. Tapi selalu separuh je. kadang suku je. Hati x kuat nak lawan nafsu malas. 

Ada caranya sebenarnya. Aku belajar dari Hlovate. Hlovate selalu selit nasihat & pengajaran dalam tulisan dia. Bersahaja tapi bermanfaat. Ok, nak habiskan Alkahfi kan jumaat ni? Jom belajar tips...

Al Kahfi ada 110 ayat. So, kita split-kan pada 3 @ 4 bahgian ikot kemampuan kita. Maksudnya kat sini kita buat 3-4 kali waktu baca. Boleh mula baca lepas Maghrib hari khamis.. Kan dah masuk Jumaat masa tu. So, lepas Maghrib start ayat 1-31 .  Lagipon ayat 32 dah masuk cerita baru. Then, lepas isyak sambung ayat 32-59 . Kalau kita larat lagi sambung sampai ayat 82. Tu dah masok cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Khidir pulak . Esoknya lepas Subuh, dah tinggal ayat 83-110 ntuk habiskan. Haa... mudah kan nak habiskan 110 ayat Kahfi .

Kalau la korang xlarat nak split 3, split 4. Maknanya lepas subuh sambung ayat 60-83. Lepas tu jumaat kan rehat panjang. 12 suku dah rehat. Kalau nak ke Solat Jumaat pon x masuk waktu lagi. sempat lagi nak habiskan ayat 83-110 masa tu...

Aku akui dalam split 3-4 ni pon kadang tersungkur jugak aku. Tapi usaha. Nak pahala. Kena lawan sikit nafsu tu. Tepis-tepis sikit setan kat telinga. 

Lagi bagus bila kita baca sekali dengan makna. Mungkin bila buat macam tu baru dapat feel nak sambung lagi baca ayat-ayat seterusnya . Macam kita baca novel. Mana bole tinggal lama-lama kan. Ini pon Hlovate punya tips...  Aku pon masih merangkak dalam istiqamah. Sama-sama belajar :) 


Sebenarnya tak susah mana nak ingtkan diri pasal al Kahfi ni. Smart phone selalu je ingtkan. 
Antara nak dengan tanak je :)


Nanti kita sambung pasal kelebihan al Kahfi ye. Thanks baca ! Review la fb Hlovate. banyak pengajaran bole cedok kat situ :)

Wednesday, August 26, 2015

Thursday, August 13, 2015

First-Segmen Erna : Bloglist-Walking Ogos 2015!

Hai korang! Assalamualaikum..

Tadi masa blogwalking jumpa satu blog ni, blog  ERNA. and dia tgh buat satu segmen. segmen macam tajuk entry aku ni. :) . So, sebab dah lama tak join segmen, apa lagi join le. Bole tambah kenalan sambil2 support rakan-rakan blogger. ye dok?

Jom join . Klik je kat banner untuk tgok syarat k. Tak susah pon. Ko tempek banner segmen ni kat entry blog korang. Follow blog Erna, then habis!

Eh, tarikh last penyertaan ESOK taw. 14 Ogos 2015 jam 11.00 malam k.




hashtag #supportblogger


kenapa ejaan #hashtag aku macam salah je,   eh, thanks singgah baca ! 

Wednesday, August 12, 2015

Bila Promoter Insuran call...

Hai korang..Assalamualaikum..

Mesti korang semua pon pernah dapat call dari insuran sekian-sekian nak promote insuran pakej sekian-sekian.. kan ? Kita cakap la tak nak ke,  dah ada insuran ke mesti dia masih nak jugak explain kan..hehe.

Mahgrib tadi aku dapat call.. Actually dri mggu lepas lagi tapi aku x penah nak angkat. sebab naik je num 03++++ aku taw dah tu tak lain tak bukan mesti org nak promote insuran. petang tadi 3 kali call aku x angkat2. 

Sampai la ke maghrib, kalau ikot kawasan aku , ada la dalam 5-10 mnit lagi nak azan. Tiba naik lagi num 03..tapi lain sikit dari petang tadi . aku saja la angkat jugak. Sebab masa tu husnuzon lagi, takkan agen insuran nak call promote maghrib2 kan.. Sekali angkat betul. Muqaddimah dia cantik je wish birthday kat aku, siap doakan aku panjang umor murah rezeki sebab semalam bday aku. Ok takpa lagi. Kita Thank you lagi. Masuk je dia cakap nak amik masa sikit nak terangkan sekian-sekian... aku cakap.. "eh takkan sekarang kot. maghrib ni:.. Then dia jawab. "oh yeke... " . aku pulak yang garu kepala. eh eh dik, takkan awak xtawu masa solat maghrib pukul brapa kot. cari rezeki cari jugak, tapi jeling-jeling la jam sikit yee...

Boleh pulak dia kata "oh..kak nak solat dulu ye..pukul brapa saya boleh call balik " ..  memang takla aku nak layan kau malam-malam dik oi. sebelum letak sempat dia cakap..ok kak saya pon nak gi solat maghrib ni (sambil gelak) . haish. 

Akak harap ko betul-betul solat Maghrib lah dik ye. Aminn..

Monday, August 3, 2015

Jodoh dan solat !

Assalamualaikum korang.

Bila tiap kali sampai waktu solat, aku selalu teringat pesan seorang sahabat yg selalu cakap kat aku bila aku solat lambat ..  dia pesan dalam sinis... " kenapa solat lambat2, nanti jodoh pon lambat.. "..

ok..pesan dalam sinis dia tu memang makan dalam sikit la sbb aku xda calon jodoh lagi kan. Tu soal kedua. Tapi betul-lah sebenarnya apa yang dia cakap tu. 

Ce korang fikir.. konon-nya tiap kali solat doa.. 

...."Ya Allah Kau kurniakanlah aku jodoh yang SOLEH. Yang solatnya di awal waktu. Yang selalu pi masjid. Yang beriman, Yang boleh membimbingku ke arah Cinta-Mu. Cepatkanlah sikit jodohku Ya Allah....... " blablabla...

Tapi.. kita sendiri solat buat sambil lewa. lewat-lewatkan. Pastu harap doa makbul cepat-cepat. camna tu? Tak malu ke? Aha... tak sentap kau?


Betul. Betul sangat. sama jugak dengan harapan yang nak kan jodoh baik, jodoh soleh. Jadi diri sendiri kena berusaha ke arah tu dulu. Macam tu jugak bila jadi mak-ayah. Nak anak soleh solehah, mak ayah kena sama-sama jadi soleh solehah. Baru betul :) 

Jom berubah jadi lebih baik. Frasa 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' bukan hanya untuk menabung. Tapi untuk perbaiki diri jugak!


Upss..thanks singgah page aku baca conteng yang ntah hapa-hapa ni !


Sunday, August 2, 2015

Jamuan Aidilfitri & Majlis Persaraan

Assalamualaikum. hai semua :)

Masih dalam syawal kan. Tak kan sunyi dengan Jamuan Raya . Sampai kadang dalam seminggu tu tiap hari susun jemputan raya. Harini  Pejabat Daerah, esok Bank sekian-sekian, lusa Pejabat Kesihatan, tulat Mahkamah..haa..jangan sampai tertungging kenyang sudah . uppss.


So, kitorang berjamuan raya jugak. Sekali dengan meraikan staf mahkamah yang akan bersara... aku bukanlah kakitangan mahkamah. tapi sebagai salah seorang yang selalu link dan bekerjasama dengan Mahkamah PB , jadi aku diajak la skali :)





Untuk jamuan ni memang haruslah bergotong royong. Masing -masing amiklah part masing2..




Alhamdulillah. Jamuan kecil-kecilan tapi tersangatlah kenyang. Cukupla untuk keluarga kecik kami. Selamat berehat untuk Encik Abdullah. Rindu nak kerja boleh cari kami :) . Terima kasih semua staf mahkamah yang jemput kami join jamuan ni :) . Jasamu ku kenang. 





ohh.. thanks jugak sahabat2  yang datang dari kb jenguk kami kat sini :)

Wednesday, July 29, 2015

Just Stay Strong..

Duhai teman sayang..

Ada saatnya di mana orang yang baik akan ditinggalkan
hanya tika sayang-sayangnya
hanya demi orang yang kurang baik mungkin.

Tak apa. Tuhan itu kan baik.
Yang tidak baik akan dipisahkan darimu,
 sampai kau sangat terluka..
Sehingga yang lebih baik kelak punya kesempatan
untuk datang dengan tujuan untuk menyembuhkan lukamu.. :)

Stay Strong dear..
just keep a smile on ur face even through the hardest time..
things will get better..
it can't rain forever..
believe me.. u're worth it !!!


tak perlu rasa kehilangan untuk seseorang yang tak pernah menjadi milik kamu..
kerna kita semua ini bukanlah milik sesiapa, milik Allah :)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman"

| Ali Imran | 1 : 39 |





Friday, July 10, 2015

Pengharapan

Pengaharapan
Semoga ada jalannya. Semoga ini yang terbaik. Semoga dikabulkan. 

Allah..
Kau permudahkanlah..
jangan dipersulitkan..
dan Kau akhirilah ia dengan kebaikan..

Kuatkan hati kami ya Allah..
Semoga kami tidak lalai dan tersasar dari cinta-Mu

Allahumaamen..

Sunday, June 21, 2015

The latest...

Assalamualaikum korang ...

Kali ni nak update tentang something yang latest. tantang apa? tentang business part time aku SHAKLEE !! Shaklee sekarang macam-macam dah ada. macam-macam tu maksud aku dari segi capaian teknologi untuk kita berbisness atau untuk cari apa saja tentang shaklee . Shaklee memang bisness di hujung jari. everytime everywhere kau boleh update bisness kau. haaa...syok kan?

apa yang latest tu ?

Shaklee pada yang belum tawu boleh terus ke web rasmi Shaklee Malaysia ni okay . Kat situ semua ada. korang nak cari sijil halal, news pasal shaklee. pasal produk. pasal bisness. ha semua ada. klik je. Once dah jadi member lagi senang, log in je kat MEMBER AREA ni . Member area ni memang best. segala promotion, artikel , pricelist, downlide2 korang. monthly bonus, shopping produk ..haa semua kat stu je.


Yang sekarang ni pulak shakleemalaysia dah ada instagram okay. Ce korang search @shakleeproductmalaysia nih. Kot-kot ada terselit gamba korang kat situ tanpa sedar. ehhe. Pastu Shaklee dan lancarkan My Shaklee App untuk android dan iphone user masa National Convention haritu. Ni memang best. Semua orang suka . Apa lagi cepat check korang punya GooglePlay @ App Store.


Kalau dulu semorang macam..... 







tapi sekarang.....




syok kan ?



haaa... sebelum aku lupa.. ada lagi satu yang baru. page baru. sudi-sudi lah lawat dan like page aku yaa :) JOMM sini  Healthy, Beauty & Green
Selamat ber-vitamin. Jom jana pendapatan dengan SHAKLEE !!!





The Photo-shoot raya

Assalamualaikum semua..

lama dah tak update secara ber-cerita nih. konon busy x sempat langsung nak share cerita . padahal sempat je belek satu2 gamba kawen keknis ngan hairul  , pastu kawen AFL.heeee... then Bila dah free, cerita pon dah basi. hehe.. Biasalah,  isnin sampai jumaat kerja . sabtu kelas. tapi skrang tgh cuti sem 2 bulan so rileks sikit. weekend bole lepak-lepak je kat rumah. 


Aha , firm tempat aku kerja buat photo shoot untuk raya. kemain kan kitorang . Marketing la katakan. Excaited la sorang-sorang nak tggu keluar kad raya and sampul duit raya SKM, pastu ada muka sendirik. haha.. lol. Tapi al maklumla kami ni banyak cawangan . gamba pertama ok lagi. pastu dok tggu turn cawangan masing2 pulak masing2 perut dah bunyi . siap peluh2 . nak makan ramadhan pulak . hehe..

So,  layan-kan ajelah  antara photo shoot kami ... :)



aha, yg separuh tu boss. boss memang suka selfie cemtu. hehe



kami cawangan parit buntar.

ni lah semua Peguam Syarie SKM. Moga SKM terus maju :)



all of us . SKM GROUP OF COMPANY! SKM FAMILY :)




tak sabar tunggu raya nak bagi duit raya sampul raya ada gambar sendiri.. hihi :p