Tuesday, January 31, 2012

Murahkan harga " TERIMA KASIH " anda !

assalamualaikum !

satu malam seorang pakar motivasi bertanya para pesertanya , "apa ucapan yang paling mahal?" lalu satu dewan itu pantas menjawab "terima kasih" .


korang pernah terfikir tak apa yg menjadikan ucapan terima kasih tu sangat mahal harganya? semahal apa? semahal cincin berlian atau batu permata? jutaan ringgit atau mencecah billion ? mahu buktinya?


buktinya..kita lihat yaa satu persatu.
sehari berapa banyak kalikah kita ucapkan TERIMA KASIH YA ALLAH atas segala nikmat kemudahan yg Dia berikan?
sudah ucapkah TERIMA KASIH MAK, ABAH untuk hari ini ?
setiap kali keluar kuliah , terlontarkah TERIMA KASIH PUAN, USTAZ pada lecturer kita?
dalam bekerjasama membuat assgment , ingtkah kita untuk saling ucap TERIMA KASIH ?


mulai hari ini, kita tinggalkan yang lama, jadikanlah TERIMA KASIH itu ucapan yang mahal maksudnya tapi murah nilainya di bibir dan hati kita :)


Terima Kasih Ya Allah, Engkau masih berikan aku bernafas pagi ini sebagai hambaMu
Terima kasih Allah , Engkau bangunkan aku subuh ini
Terima Kasih ya Allah, beri aku kekuatan menyebarkan dakwah walau secebis melalui blog ini
Terima Kasih Allah , Engkau berikan aku mak, abah yang sayangkan aku, guru-guru yang baik, teman-teman yang mendorongku berbuat kebaikan di JalanMu..

Terima Kasih ya Rasulullah , memilihku sebagai umatmu
Terima Kasih Rasulullah, mengajarkan Islam buat umatMu
Terima Kasih Rasulullah kerna aku rindukanMu..

Terima Kasih mak, tiap masa doakan adik
Terima Kasih mak, berikan adik kasih sayang, pendidikan dunia dan akhirat , duit belanja , baju
Terima Kasih mak kerna menjadi ibu dan ayah buat adik..

Terima Kasih Mukhaiyarah , menjadi bestfriend forever ku
Terima Kasih Wahida , selalu ada untuk aku
Terima Kasih kechik yang tak pernah muak melayan kerenahku
Terima Kasih Saed menjadi sahabat yang memahamiku
Terima Kasih kak Ai selalu menjadi kaklong untukku
Terima Kasih para pemba blogku
Terima Kasih semua sahabat realiti dan sahabat maya yang menjadi kecintaanku selalu :)

Terima Kasih pendidik dari umurku 6tahun hingga saat ini..
Terima Kasih MSQ kerna menyedarkan aku pentingnya ucapan TERIMA KASIH ini...


Sunday, January 29, 2012

Baiknya Tuhan kita



Assalamualaikum !


Seminggu ni jiwa aku macam kosong. Banyak nya masa aku buang sia-siakan. Aku mengejar hal dunia smpai tak cukup 24 jam yang Allah kurniakan rasanya, tapi seminit pun aku tak mengisi untuk bagi makanan jiwa santapan rohani. Astaghfirullah. Sampailah lewat ptg semalam, masa bermalas-malasan atas tilam yang tak berapa empuk tu, dapat mesej dari sorang sahabat..katanya “ jomlah datang program motivasi ni. Best sangat. Penceramah dia ustaz yg zikir sedap yg selalu kita dengar kat masjid tu” .. wahhh, teruja jugak aku.sbb dah lama aku cari-cari sapa yg alunkan zikir tu.sedap.nak cari cdnya tapi tak taw..tiba mlm ni dia datang buat program kat kolej.. tapi kemalasan masih selimut diri aku. Malasnya nak siap.malasnya nak gerak ke kolej..aku biar je..entah kenapa, tiba tengah berfikir-fikir, baring-baring aku semacam datang satu semangat , macam ada yang berbisik suruh pegi jugak. Mana tawu tak banyak ada jugak ilmu yang aku dapat. Boleh jugak basuh diri aku yang tengah malas ni.huhu

So, lepas maghrib , solat siap terus ikut kawan sorang ni yang memang dah pegi program tu dri siang tadi. Aku ajak sorang lagi kawan aku.segan jugak aku nak join sbb program ni bukan ntuk jabatan aku sbenarnya.tapi dorang da sudi ajak, kita pon sudi lah pegi. Hehe . start je penceramah tu cakap, aku tgok peserta lain suma semangatnya..wahhh.luarbiasa yaa.tapi aku blur lagi sbb xjoin dari siang..bila start je dia zikir, dia bagi santapan rohani , aku da tersentuh. Sbb aku rasa aku jauh dari Allah.sampaikan aku rasa dari mula aku masuk dewan tu smpai lah habes program laju je air mata ni turun. Bukanlah saja nak menangis atau apa, tapi air mata kekesalan.air mata keharuan, keinsafan, kerinduan suma bercampur baur..dan sesungguhnya menangis kerana Allah akan padamkan api neraka kita. program ni memang buat aku rasa kerdilnya aku sbg hamba Allah. Tapi untungnya aku dipilih sebagai umat Rasululullah..

Baiknya Tuhan kita, walau kita selalu lupakan Dia, kita selalu biarkan masa berlalu sia-sia, tapi Dia masih lagi berikan kita lain peluang , Dia tak pernah lupakan kita. Baiknya Tuhan kita, walau kita selalu lupa cakap TERIMA KASIH TUHAN, tapi Tuhan tak marah pun, tetap bagi kita macam2.

Terima kasih sahabat nan satu, nurul atiqah dan suma kawan-kawan jabatan dakwah sbb ajak aku lebih mengenal Allah dan Rasulullah..motivasi sentuhan Qalbu sangat bermakna. Semoga kita menjadi umat Rasululullah yang bertaqwa yang takut akan hilangnya cinta..insyaAllah.


Sunday, January 15, 2012

Don't lose hope :)

assalamualaikum!
rebutlah peluang selagi ada..
kerna
peluang itu datang secara tiba-tiba
datang tidak menentu masa
datang di saat kita kesempitan atau kesusahan
fikir-fikirkanlah
(^_^)