Monday, June 13, 2016

Settle study!

Akhirnyaa....yeay.
habis dah study.
habis dah final exam.
habis dah travel parit buntar-ukm.

FREE!

boleh dah nak plan jalan-jalan hujung minggu :)
boleh dah nak pi escape! yeass!
boleh dah buat jadual holiday :)
boleh dah pegi kenduri sabtu-ahad.
dah tak payah nak ponteng kelas semata nak pegi kenduri. haha.lol.

kalau tak,  hari khamis je stress tak beli tiket lagi . hehe

So, sekarang fokus kerjaya. Cari duit raya. duit jalan-jalan. duit kawen. eh.




                                   Bye classmate yang happy go lucky.haha...



Selamat Maju Jaya untuk diri sendiri. Korang, doakan aku okay! Tq :)




Wednesday, June 8, 2016

Kerjaya - Bukan cita-cita tapi impian

Hallo. Assalamulaikum !

Last week, alhamdulillah . Setelah 2 tahun bersabar dalam berusaha akhirnya sijil Peguam Syarie Penang dalam tangan. Jadi seorang Peguam Syarie bukanlah impian, kerjaya yang aku tak pernah mimpi. Sejujurnya walau habis ijazah dalam bidang undang-undang keyakinan ntuk jadi lawyer x pernah wujud. Nak jadi lawyer camna pon tak tau. Tapi Alhamdulillah, Allah tu Maha Merancang. Dia dah susun cantik. Dipertemu dengan mentor yang sangat berjiwa besar , tak tawu kat mana lagi boleh jumpa org macam dia. Bukan bodek tapi hakikat. Dia orang yang bertanggungjawab buka mata aku dalam dunia guaman syarie . Sentiasa memberi ruang dan peluang . Nasihat berbakul-bakul tak pernah jemu. Terima kasih bos!


Tetiba teringat lebih kurang 7 tahun lepas. waktu memula daftar kolej dalam diploma syariah dan undang-undang. Masa tu ada orang cakap kat mak  "nak jadi apa esok keluaq?" " ada kerja ke ambik bidang syariah"... senyum je lah masa tu. sebab rasa takziah untuk pemikiran orang sebegitu. Tapi Alhamdulillah, sekarang masa untuk aku buktikan bidang syariah bukan lah sesuatu yang cikai yang korang rasa boleh pandang jeling sebelah mata pon tak nak, yang korang rasa asal syariah esok-esok jadi ustaz ustazah, yang tak profesional langsung. Tak, Bukan. Bukan ye dik :)

Bagi aku kalau  tak dapat nak menjiwai dunia guaman syarie, kau tak kan paham apa sebenarnya Peguam Syarie. Kau tak kan rasa haibah Peguam Syarie tu sendiri :) So, dont judge a book by its cover . 


2 Jun 2016. Ini bukti. Ini hadiah aku untuk mak. Juga hadiah buat boss  bila kami 17 orang di bawah didikan beliau berjaya ditauliah sebagai Peguam Syarie Pulau Pinang :) 






 Terima kasih mak untuk setiap kasih sayang dan doa : )




Satu saja kata. Alhamdulillah. 
Selamat mencintai dunia hitam-putih. 
Pesan aku satu cuma, 
don't simply judge. don't assume. u better ask :) 

aha, thanks singgah jenguk :)

Tuesday, June 7, 2016

Update...

Assalamualaikum korang! Lamanya x update. sampai dah puasa pon. Cepatnya masa berlalu. Banyak sangat benda-aktiviti-entah apa segala memori 5 bulan ni . Sampai tak ter-singgah dah blog. Konon busy. Manis pahit semua ada. Yang manis-manis nanti kita update :)


Apa pun wishing u all happy fasting. Moga diberi kesihatan yang baik dalam melakukan ibadah sepanjang Ramadhan ini dan seterusnya :) .


Jom ODOJ!



Ok, thanks singgah. eh , jangan lupa niat posa :)