Tuesday, February 21, 2012

syarat baru nak log in FB !

Assalamualaikum (^_^)

haaaa? apa pulak syarat baru nak log in facebook neh? nak log in pon kena ada syarat ke? ada jelah bnda baru kat facebook ni. haishh. kata hati dengan tak senang. belek punya belek..hehe.tawu apa syaratnya? syarat ni bermusim plak tu. dan untuk orang2 tertentu je taww. tgoklah sendiri gamba kat bawah ni..

:
:
:

ha.ha.ha.ha.ha.
sapa makan cabai, dia la yg terasa pedas kan.
tiba-tiba saya pon tersedar yang final exam dah dekat. next week.
ohhhh...tidak.

lepas ni lah cerita pasal jadual final exam this semester yg menyedihkan dan mengerikan.
bye blog. bye facebook . :(


Friday, February 17, 2012

Air mata kita yang mengalir...


Assalamualaikum (^_^)


Rasulullah s.a.w bersabda , “ Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut pada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam”


“Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT , maka bercucuranlah air matanya”


Antara air mata yang tidak dituntut :


  • · Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai.Bukankah Tuhan yang menentukannya?
  • · Janganlah menangis tika menonton filem Hindustan apalagi korea. Bukankah itu Cuma lakonan?
  • · Janganlah menangis kerna cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • · Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • · Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
  • · Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu pemberian Tuhan.

Maka simpanlah semua air mata itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT.


Saturday, February 11, 2012

Bila dah bangun pagi-pagi..

Assalamualaikum (^_^)


aha . haiii... selamat pagi yaaa semua . good morning kata mat salih . صباح الخير kata orang arab . da sarapan pagi dah semua ? harini bangun pukul berapa korang ? ishhh, banyak pulak soalnya kan. hehe. bukan apa, selalunya pagi2 weekend ni diri sendiri pun liat nak bangun awal . selalunya pagi sabtu bangun awal sbb nak kena terjun tasik kolej berkayak sbb ada ko-k. haha. this week ko-k cansel . yuhhhu :)


kena pulak semalam ada berita yang harini takde air dari 10 pg smpailah 10 pg esok. terus harini lepas subuh jeee semua jadi rajin terus mandi awal mengalahkan weekdays yang kelas pukul 8 pagi .haha..basuh baju siap . masak air untuk bekalan air masak sesiap . senang cerita semuanya berkaitan air lah kan . itulah sebabnya pagi2 aku pon dah tercongok bukak blog sana-sini sbb dah segar bugar mandi awal siap basuh baju . hehe. terus bukak blog BA , sbb kat blog BA kan banyak bloglist untuk diblogwalking . baca entry2 para blogger pasal knapa blog dorang lagi best dari ben ashaari . lawak jeee alasan-alasan mereka ini. nak layan blogwalking jugak? meh sini jommm..


1 - Blog - blog yang lagi - lagi best dari blog ben ashaari
2 - jelajah sini kot-kot ada blog korang kat senarai list ni
3 - mereka kata blog mereka unik dan lain dari yg lain


malas laaa nak blogwalking blog orang . bukan orang tu nak blogwalking blog aku balik pun . layan novel lagi best . ohhhh, nak layan novel yeee? jommm sini pulak..


1 - Cinta Kedah dan KL
2 - senarai cerpen



thanks untuk blog BA , adik hanna aleeya dan metro online yg mengisi kekosongan pagi aku harini. hehe

eh, sama pulak macam aku tgah beronline neh. wakaka..